Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Tuesday, April 30, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Monday, April 22, 2013
Video Penjelasan DSAI - Ternyata Pemuda PAS P.Pinang Langgar Arahan Pimpinan PAS Pusat
Rasanya ucapan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada pagi hari pencalonan, sebagaimana Pemuda PAS P.Pinang telah melanggar arahan pucuk kepimpinan PAS.
Saya telah menulis pada malam 20 April 2013, pengamatan saya tentang N21 Sg Acheh. Walaupun saya bias, tetapi tidak salah saya melaporkan apa yang sebenarnya berlaku...
Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh
Assalamualaikum WBT,
Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut.
Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah pertindihan telah pun selesai.
Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008 bagi tidak membenarkan Umno menang percuma… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!
Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.
Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…
Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.
InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.
Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013…
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Monday, April 15, 2013
SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA
Kenyataan Terbuka
15 April 2013
15 April 2013
SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA
Logo 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 September 2010. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya Logo dan konsep 1Malaysia adalah milik negara. Telah ratusan juta ringgit duit rakyat digunakan bagi membina dan mempromosi 1Malaysia. Lihat sahaja semua agensi kerajaan dan mana-mana sudut dalam negara ini telah diperkenal serta dinaikkan logo 1Malaysia. Malah, kerajaan telah menghabiskan RM77juta kepada sebuah syarikat berkaitan Israel, APCO worldwide yang memberi ilham penerbitan konsep dan logo 1Malaysia.
Namun mutakhir ini memasuki arena pertembungan pilihanraya menyaksikan logo 1Malaysia telah digunakan dalam kempen pilihanraya Barisan Nasional. Lihat di papan billboard, lihat di banner dan bunting, malah di bendera dacing juga terdapat logo 1Malaysia. Ini tidak sepatutnya berlaku.
SAMM ingin mengingatkan semua bahawa parti Barisan Nasional tidak membelanjakan walau sesen untuk membangunkan logo ini. Oleh demikian sudah semestinya BN tidak ada hak untuk guna dan pakai logo 1Malaysia termasuklah untuk kempen pilihanraya.
Bagi SAMM, tidak ada masalah jika pihak yang menggunakan logo 1Malaysia itu adalah untuk kempen program dan aktiviti kerajaan ketika masih memerintah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Barisan Nasional yang sudah tamat mandat sebagai kerajaan tetapi telah mencuri logo 1Malaysia untuk digunakan dalam kempen pilihanraya mereka.
Turut perlu diperhatikan, logo Barisan Nasional seperti yang kita kenal hanyalah berbentuk dacing. Meletakkan logo 1Malaysia di sebelah dacing menjadikan ianya entiti lain, bukan lagi logo parti BN.
Justeru itu, SAMM mendesak keras supaya SPR mengarahkan semua bendera parti BN yang mempunyai logo 1Malaysia diturunkan dan harus tidak dibenar untuk dinaikkan sebagai paparan umum. 1Malaysia adalah hak eksklusif negara dan tidak patut diguna oleh mana-mana parti untuk memancing undi.
SAMM juga menuntut SPR untuk batal penyertaan Barisan Nasional dalam PRU-13 jika mereka masih berdegil menggunakan logo 1Malaysia.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
Friday, April 12, 2013
Bancian Manifesto Pilihan di Portal Sinar Harian ‘Dipadam’ Atas Arahan Siapa?
Kenyataan umum
12 April 2013
12 April 2013
Bancian Manifesto Pilihan di Portal Sinar Harian ‘Dipadam’ Atas Arahan Siapa?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini berasa terkejut dengan sikap luar biasa yang ditunjukkan oleh portal Sinar Harian apabila beberapa kotak bancian online di sebelah kanan portal tersebut telah dipadam.
Sebagai media arus perdana baru yang mengamalkan ‘media baru’, SAMM memuji portal Sinar Harian di atas pelbagai bancian yang dipaparkan di satu sudut demi mendapat maklum balas dari pembaca. Ia Berbeza dengan era media konvensional yang sehala.
Namun bancian undian yang berkisar mengenai pilihan di antara manifesto Barisan Nasional dan juga manifesto Pakatan Rakyat tidak bertahan lama seperti kebiasaannya. Kali terakhir bancian tersebut kelihatan di portal Sinar Harian ialah pada lewat malam tadi.
Terdapat tiga bancian mengenai manifesto pilihanraya hilang dari paparan. Salah satu bancian berbunyi “Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda?”. Hasil bancian dari lebih 10 ribu responden menunjukkan 81% memilih manifesto PR manakala selebihnya 19% berpihak kepada BN.
Mengapa bancian online tersebut hilang secara tiba-tiba? Sedangkan sering kali bancian online di portal Sinar akan terpapar sepanjang masa dan tidak hilang walaupun bancian yang baru masuk mengambil tempat.
Apakah ada tekanan dari Kementerian Dalam Negeri atau SKMM agar tiada bancian mengenai manifesto dipapar? Apakah bancian mengenai manifesto pilihan itu mengancam keselamatan negara dan boleh menimbulkan huru-hara sehingga perlu dipadam?
Dalam perkara ini, SAMM sesekali tidak menyalahkan pihak portal Sinar Harian. SAMM yakin dan percaya bahawa Sinar Harian merupakan media yang telus dan berani dengan penyiaran berita yang neutral. Dengan keberanian ini juga, Portal Sinar Harian telah menyiarkan bancian manifesto yang kemudiannya dipadam.
SAMM tidak menolak kemungkinan ada tekanan besar dari pihak yang terdesak agar bancian online itu ditarik dari terus dipaparkan.
SAMM juga mendesak supaya pihak portal Sinar Harian memberi sedikit penjelasan apa yang sebenarnya telah berlaku. Jika benar Sinar Harian ditekan, nyatakanlah kebenaran itu dan rakyat akan bersama dengan kebenaran.
Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan syabas kepada media neutral Sinar Harian kerana acap kali melaporkan berita tanpa berselindung sepertimana yang diamalkan oleh media konvensional arus perdana yang lain.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Monday, April 8, 2013
TRANSFORMASI KEPALA HOTAK DIA!
Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.
Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.
Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.
Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?
Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.
Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?
Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."
Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.
Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.
Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.
Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?
Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.
Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?
Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."
Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun? [WAJIB TAHU]
Kenyataan Media
7 April 2013
Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?
Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran 'cubaan' untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;
1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.
2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu 'cincin Imelda Rosmah RM24 juta' menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.
3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.
4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah 20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat 'pemilik asal' selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?
5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?
Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan "Zebra Safari" berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.
Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang rakyat.
Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24 juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada pihak 'jahat'.
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
Thursday, April 4, 2013
Wajah Sugul Najib Bubar Parlimen Akan Jadi Ingatan [Wajib Baca!!]
Kenyataan Terbuka
3 April 2013
Wajah Sugul Najib Bubar Parlimen Akan Jadi Ingatan
Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?
Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan 'rasuah-rasuah' pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.
Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.
Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.
Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.
Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.
Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.
Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal.
Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13.
Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.
Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik - kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never.
Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk 5 tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Wednesday, April 3, 2013
AKHIRNYA BUBAR JUA!!
SETELAH DITEKAN OLEH MUHYIDDIN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan.
Beliau akan berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," menurut pesanan twit pejabat akhbar Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Tuesday, April 2, 2013
GEMPAR!! Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis
Kenyataan Terbuka
2 April 2013
Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.
Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.
Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia