Monday, April 8, 2013

TRANSFORMASI KEPALA HOTAK DIA!

Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

3 comments:

  1. hehehe mmg kepala hotak dia.

    ReplyDelete
  2. JUAH OOOI HARAMJADAH NI..KIRA NAK LEPUK ORANG,NAK HENTAM ORANG SAJA BILA SOALAN XLEH JAWAB!!!UMNO LAAANI MCM GANGSTER NAK REMBAT KERJA DEPA..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Walaupun rakyat ingin perubahan, tetapi calon pakatan
    sediada masih belum cukup menyakinkan bahawa perubahan
    yang bakal dilakukan betul-betul bermanfaat.

    Saya sendiri hanya yakin Islam sahaja yang benar dan akan
    membawa manfaat.

    Tidakkah pucuk pimpinan pakatan sebenar-benar yakin bahwa
    masih ramai keturunan ahlul bait yang memilih hidup sederhana
    itu berkualiti memimpin? Memang mereka bukan jenis menonjol
    diri seperti kebanyakkan manusia. Jika anda semua mencari
    kebenaran carilah mereka. Tepuklah dada.

    Untuk manifesto pula
    1. Kembalikan wang haram keluar berjumlah RM 1 Trillion
    http://www.keadilandaily.com/aliran-wang-haram-rm150-bilion-kerajaan-cuba-sembunyikan-sesuatu-azan/
    2. Gunakan sebahagian wang kembali tadi untuk langsaikan hutang isirumah RM 600 Billion
    http://www.keadilandaily.com/hutang-sebenar-negara-lebih-53-peratus-kdnk-azan-ismail/
    3. Baki RM 400 Billion pula guna untuk memulangkan simpanan ahli KWSP
    http://en.wikipedia.org/wiki/Employees_Provident_Fund_(Malaysia)

    Berpandulah hadis : "bayarlah upah mereka sebelum keringat mereka kering"
    Janganlah lagi berpandu pada undang-undang yang bukan Islamik.
    Dana sebenar di KWSP yang masih tidak diusik kerana pemulangan hanya mengguna wang terkembali,
    gunakanlah sebaga modal pembangunan negara tanpa hutang. Siapkan negara untuk hadapi fitnah
    dajal kelak

    Untuk syiar pula
    Undi anda sebagai jihad politik

    Janganlah menangguk di air keruh

    Ikhlas,
    HA

    ReplyDelete