Tuesday, April 2, 2013

GEMPAR!! Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis


Kenyataan Terbuka
2 April 2013

Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.

Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

5 comments:

  1. Cerita hilangnya pi bala berulang kembali!

    ReplyDelete
  2. Mintak selamat.... Jangan pecah berita kena letup dgn C4 jugak mcm Altantuya...

    ReplyDelete
  3. tak dapat dihubungi pun buat repot polis.....bangang punya kerja.....kan pepatah ada menyatakan " takut kerana salah,, berani kerana benar.." isu lapuk berulang....nak ikut stail Bala....sikit2 lari...lepas tu tuduh sana sini.....lepas sumpah mati....kenapa senyap.....tu la sebenarnya perangai puak2 PR....nasib baik mati dihospital....klu mati tepi jalan....UMNO disalahkan...tentu ada demontrasi mcm teong beng hock....sampai ada orang Islam pegang lilin

    ReplyDelete
  4. nanti tiba2 muncul ada dengan puak2 umno lahanat tue...celaka umno,dah terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan...tumbangkn umno/apco dalam pru13...hidup rakyat...!!!!

    ReplyDelete
  5. anon 11:33PM..bodohnya ko tahap bodoh piang...tu je aku nk komen...kah kah kah...hidup lg spesis mcm ko ni...kah kah kah...

    ReplyDelete