Friday, June 8, 2012

TANGGUH TAYANGAN VIDEO KEGANASAN 28 APRIL TERBITAN KDN BUKTI REGIM HILANG PUNCA


Kenyataan Terbuka
8 Jun 2012

TANGGUH TAYANGAN VIDEO KEGANASAN 28 APRIL TERBITAN KDN BUKTI REGIM HILANG PUNCA

Setelah hampir dua bulan menunggu, akhirnya Kementerian Dalam Negeri tetap gagal menyiarkan kompilasi video kononnya keganasan yang berlaku pada 28 April lalu oleh peserta himpunan BERSIH. Apabila tayangan tersebut ditangguh buat kesekian kalinya, ia memberi gambaran KDN menyembunyikan sesuatu dan usaha penyiaran tersebut dilihat semakin tidak relevan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan bahawa klip video tersebut sama sekali tidak relevan kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Pastinya unsur-unsur suntingan akan dilakukan dengan lebih terperinci demi meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja. 

Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan oleh pihak polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah 'SOP' yang betul. Rakyat menunggu dengan sabar menanti apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini 'suntingan' masih tidak siap dan ia jelas buktikan KDN hilang punca.

SAMM komited memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di himpunan BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu (selepas 428) untuk menerbitkan dokumentari 49 minit dalam bentuk DVD, lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1, 2 dan 3. Selain dari menjawab propaganda polis, SAMM juga mengajak rakyat fokus kembali kepada tuntutan BERSIH.

DVD yang bertajuk "MERDEKA RAKYAT" ini menjelaskan punca dan komplikasi BERSIH dan mengapa lahirnya perjuangan BERSIH sejak ia kali pertama dilancarkan pada tahun 2006 sehingga 28 April 2012 - hari yang dinamakan sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' dan juga 'Hari Polis Merusuh'.

Mengorak langkah ke persada antarabangsa, NGO-NGO sekutu SAMM di beberapa negara telah bersetuju untuk sesi tayangan umum DVD dokumentari terbitan SAMM ini.

Sempena Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh malam ini, DVD dokumentari 'Merdeka Rakyat' akan disiarkan sebelum program bermula dan diedar dalam bentuk jualan dengan harga kos. Bagi yang tidak berkesempatan, dapatkan DVD ini secara pos dengan berhubung di talian SMS: 0102675872.

Justeru, adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim, dan adalah menjadi peranan semua untuk saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan. Kita diajar untuk menilai dari sudut kedua belah pihak sebelum menterjemah sebarang keputusan.

Sekian

EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Sent from my Samsung Galaxy Tab

1 comment:

  1. Tangguh sebab nak tayang bila dekat pilihanraya kot. Barule pr tak sempat nak counter attack. Tapi tak pe, filem dah basi. Orang dah tau crita sebenar..

    ReplyDelete