Thursday, June 7, 2012

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA


Kenyataan Terbuka
7 Jun 2012

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja. Pendedahan tersebut jelas mengatakan Najib Razak telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris. Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar
The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider - Roger Mitton. Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara ketika skandal rasuah berskala tinggi melibatkan kelengkapan pertahanan negara semakin memuncak, malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu.

Berikut adalah antara yang didedahkan oleh Roger Mitton yang mengatakan Najib pernah bertemu Altantuya, dan juga skandal melibatkan pemimpin Umno;


Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.
...
It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition.

SAMM dengan ini menegaskan, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana artikel kenyataan yang dilempar oleh wartawan The Phnom Penh Post adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia yang akhirnya mengundang persepsi - Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan. Ini kerana sikap berdolak-dalik Najib dalam membicarakan statusnya terhadap Altantuya kini menjadi persoalan yang besar.

Jika Najib sudah tidak mampu lagi meneraju negara ini dengan kredibiliti yang bersih, maka SAMM sangat berbesar hati jika Najib mengambil langkah mengundurkan diri daripada terus memalukan negara. Mungkin Muhiyuddin boleh memangku sementara waktu sebelum PRU13 menjelang. Ini bukan lagi persoalan politik domestik tetapi persoalan maruah negara di peringkat antarabangsa.


Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya.

Sekian.

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

3 comments:

  1. Lepas C4 meletup, kini kes scorpene scandal pulak bakal meletup,letupan yang lebeh dahsyat dari C4... jadi bom jangka bagi yang terlibat

    ReplyDelete
  2. Lepas meletup di Msia, meletup di Hong Kong kemudian di Thailand dan sekarang di Vietnam. Esok mungkin di Spore atau Papua New Ginue. Kenapa isu ni tak meletup di Perancis ya. Pelik kan? Belum cukup kuat letupannya sebab tu Najib tak saman kut.

    ReplyDelete
  3. Warghhhh kah kah

    padan muka najib, satu dunia dah tau!

    ReplyDelete