Kenyataan Terbuka
11 Mei 2012
KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Merujuk kepada dua plaza tol di atas Lebuhraya Persekutuan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Malaysia supaya SEGERA melupuskan kutipan di kedua-dua plaza tol tersebut.
Ini berikutan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyedarkan umum betapa kutipan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja telah memperolehi modal pembinaan, malah telah menghasilkan keuntungan lebih 500 peratus. Angka ini sudah cukup untuk mendesak kutipan tol dihapus serta-merta.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyatnya termasuklah pembinaan lebuhraya. Setelah kos pembinaan yang dikeluarkan oleh konsesi telah selesai, sepatutnya tiada lagi kutipan wang dari rakyat. Tidak timbul soal pengurangan harga tol mahupun kenaikkan harga tol, tiada rundingan lagi harus berlangsung - lupus segera kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau!
Tinjauan SAMM mendapati, Lebuhraya Persekutuan adalah lebuhraya yang sentiasa 'jammed'. Tahap kesesakkan lalulintasnya juga melampau dan diburukkan lagi dengan barisan yang sangat panjang ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Batu Tiga. Tujuan membina lebuhraya adalah untuk memudahkan, tetapi apa yang berlaku sangat menyusahkan rakyat. Walaupun tersekat beberapa jam, bayaran tolnya tetap sama dan ini adalah kejam kerana ia berlaku setiap hari!
SAMM dengan ini menegaskan sekiranya kerajaan terus berkeras tidak peduli masalah rakyat, maka satu demonstrasi besar akan berlangsung di atas antara lebuhraya paling sibuk dalam negara iaitu Lebuhraya Persekutuan. Rakyat tidak harus bersabar lagi dengan karenah kerajaan yang terlalu menyebelahi konsesi dan korperat yang mengaut keuntungan berbilion-bilion. Ini dasar kerajaan yang berselindung disebalik slogan 'rakyat didahulukan'!
SAMM menyambut baik kerahan demonstrasi 13 Mei yang diatur sendiri oleh rakyat yang terpaksa melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, bersama sengsara kesesakkan lalulintas dan derita kutipan tol.
Sekian.
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"
EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com
asyik asyik nak free.
ReplyDeletecuba la belajar memberi.
exchange skali bosssssssss
ReplyDeletehttp://jkkkfanclub.blogspot.com/
berehhhh
ReplyDeleteAku dah lama tunggu janji pembangkang yang tak tertunai dari pru 2008.. Nampak sangat janji auta pembohong...dey sekurang kurangnya kerajaan sekarang lagi bagus dari kerjaan juboq pakatan pembangkang la
ReplyDelete