MEMORANDUM
KEPADA : POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA : SOLIDARITI
ANAK MUDA SAMM (SAMM)
DAN 28
PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH :
7 MEI 2012
TAJUK : DESAK
ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN
#BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI
Pada 28 April 2012 yang
lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara.
Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk
menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan
ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan
yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih
mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.
Kalau ada pun kesalahan
ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan
beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis
berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau)
Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak
halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan
tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur
selepas itu?
Polis segera dengan
kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan
orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan
puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang
dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar
terdapat unsur jenayah.
Namun, bagaimana dengan
anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang
berlaku ?
SAMM dan 28 organisasi
massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :
1.
PDRM
tampil memberikan penjelas mengenai
a. kewujudan
ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah
dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap –
cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator
sebagai agen provokasi.
b. bagaimana
gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger
pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim
penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri
kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka
perolehi dengan blogger pro umno ?
2.
PDRM harus melakukan siasatan
a. Khabar
angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak
diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang
bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua
anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang
dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.
3.
Semua kegiatan ganas dan jenayah yang
dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak
jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk
serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada
hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman
video dan gambar dan seumpamanya ialah :
a. Secara
sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai
dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai –
gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b. Memukul
secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun
tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c. Mencuri
barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan
lain – lain
d. Memaki
hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja
terhadap orang awam yang ditahan.
e. Menahan
orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan
dalam perjalanan pulang.
f. Polis
menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai
terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g. Menghalakan
senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua,
wanita dan kanak – kanak.
h. Ada
kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan
pakaian kuning.
i.
Ada juga laporan beberapa kes orang awam
yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah
jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya
kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.
Tindakan juga harus diambil kepada
anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan
melanggar orang awam
4.
Polis dan orang awam adalah mangsa pada
hari tersebut.
a. Semua
operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk
Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam
kawalan penguasa.
b. Orang
awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota
polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya
jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk
menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c. Polis
bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis.
Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang
takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran
Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan
anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja
demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d. Anggota
polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa
keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan
melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan
gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas
boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja
dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu
penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari
tersebut.
Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej
PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana
ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah
ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’
brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus
diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek
positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat
tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari
Rusuhan Polis.
Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa
Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis
yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang
– undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius
dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak
untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam
risalah dan poster.
Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan
bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk
bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama
membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.
Isu keganasan anggota
polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak
seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya
bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum
pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan
pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli
Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini
tidak diendahkan maka bersedialah untuk mopbilisasi rakyat lebih besar lagi.
che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.com
website : www.anakmudamalaysia.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.com
website : www.anakmudamalaysia.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
Organisasi Masyarakat
(Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini
2. Malaysia Youth and
Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda
Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif
(50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat
Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum
(FPF)
13. Civil Society Committee
LLG
14. Sunflower Electoral
Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis
Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa
Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa
Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa
Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa
Nasional
23. Kelab Rakan Islah
Malaysia
24. Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan
Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan
Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar
Utama (IBU)
29. Student Power Group
Sumber: www.anakmudamalaysia.com
jangan lupa bukti kukuh . jangan video sekerat 2 buat bukti . tak bleh nak tangkap punya kalo bukti macam tu . WAAAAA polis 27 gangster .... pendemo 116 GANGSTER .... mana lebih hebat ni ... MACAM azmin kata " nanti bila kira ramai dari polis kita masuk dataran " semangat nya. dok esok botak kepala cover line ....hhahahahaha
ReplyDeleteAku cadangkan kita print copy dan kita tampal di pokok2, di pondok2 awam atau di mana2 lah muka2 polis yang mengganas ini.
ReplyDeleteIni penting kerana mereka ini adalah penjenayah. Mereka telah mencederakan orang ramai. Mereka telah memijak, menendang, menumbuk orang ramai.
MEREKA ADALAH PENJENAYAH...
MEREKA BUKAN LAGI ANGGOTA POLIS YG NAK MENEGAKKAN KEAMANAN. MEREKA LAH YANG MEROSAKKAN NAMA POLIS.
ada yang salah satu gambar tu kau kata polis menyamar jadi orang awam.aku baca dari post kau yang lepas.yang kau compare gambar tu.dua orang dalam gambar tu org lain lah.orang tu dah pergi balai polis serah diri ngan bapak dia.yang kau pulak pergi kata dia tu polis menyamar jadi orang awam.apa ke bodoh nie.dah pandai sgt sampai tv ngan suratkhabar pun taknak baca.1
ReplyDeleteyg menghairankan....kalau yg merempuh halangan itu bersalah...tangkap lah mereka. yg sampai nak belasah tu kenapa? bukan nya mereka melawan pun.
ReplyDeleteyg lebih menghairankan...kenapa perlu tangkap mereka2 yg tidak berkaitan dgn merempuh halangan tersebut? menyertai bersih 3.0 bukan satu kesalahan dari segi undang2....jd kenapa mereka dibelasah dgn begitu teruk sekali?
ini benar2 kerja gila...dan kalau IPG sengaja buat wayang dgn tidak mengmbil apa2 tindakan terhadap polis yg mengganas tersebut...maka kau pergi lah ke mekah seribu kali pun...kesalahan kau terhadap mereka yg tak berdosa tak kan terhapus.
umor kau tu bkn nya muda lg...Allah boleh panggil kau anytime....takut2 tak sempat nak minta ampun kpd mereka yg tak berdosa. ingat2lah akhirat sama wahai polis2 dan IGP. jgnlah jadi anjing kpd umngok.
anon May 8, 2012 8:17 AM,
ReplyDeleteTu la pasalnya terlalu sangat percaya penipu, dah namanya penipu, memang la kena tipu, aku tau gambar yang ko maksudkan tu.. in ila jawapannya!!
http://dppwm.blogspot.com/2012/05/edisi-kantoi-gambar-khalid-tendang.html
aku tau ko takkan percaya sebab hati dah kematu!! ko akan percaya kepada penipu TV3, Utusok sahaja!!
Kalau KDN tidak mahu mengambil tindakkan keatas anggota2 polis yang KEJAM ini, marilah kita bawa ke mahkamah antarabangsa atau badan hak asasi antarabangsa pulak.
ReplyDeleteNampaknya KPN dan KDN macam main bole sepak saja... melindungi kesalahan2 anggota mereka yang membuat kesalahan dan kekejaman terhadap rakyat.
Dasar otak kominis selalu menyalahkan kerajaan pii rah jahanam dengan bersit
ReplyDeleteBoddo piang punya admin blog ni. Tu gambar Unit Anal PUkimak PAS manyamar jadi polis. Kebanyakan mereka tu kena reject time inteview kat PULAPOL fail ujian stamina sebab kuat makan eskrim.
ReplyDeleteNak menipu pun tengok orang la, bodoh. Rakyat Malaysia dah semakin cerdik bukan makin bodoh mcam pengikut2 Ambiga tu!!
Pakai kopiah cakap pasal Islam meletup-letup, tapi sokong LGBT.. Adeii..
Sama2 Anjing Kurap mana mau tangkap bang.
ReplyDeleteAnjing buat bodo ja
Sbb kurap dah banyak.
Nak mengaku ada kurap...malu, so, Anjing kurap buat bodo ja.
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
ReplyDelete1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
Bila dah tersepit mulalah nak salahkan polis pulak..puak puak haram jadah pembangkang mmg nampak sangat dah tak ada idea..dah terang terang vdo paparkan semuanya jadik tak payahla nak salahkan orang lain...yang lagi dungunya boleh plak si ambiga buat aduan polis bila kononya privacynya diganggu..apsal tak panggil je puak bersih puki yg jaga
ReplyDelete