Monday, September 19, 2011

Penipuan Eskay Bermula Sejak Sidang Akhbar Pertama Dato 'T'!!





Selepas Papagomo mengeluarkan video baru jam 10pagi hari Jumaat lalu, beberapa blog pro-Pakatan Rakyat telah mengeluarkan hujah masing-masing bagi menyangkal dakwaan blogger Papagomo. Edyes tidak menolak usaha baik sahabat-sahabat blogger yang bangkit memberi penerangan kepada rakyat terbanyak mengenai apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - sememangnya Fitnah !

Namun begitu tahukah anda, Buletin Utama hanya mengambil masa selama 2 minit setengah untuk keudarakan pendedahan terbaru Papagomo? Ini memberi gambaran yang jelas betapa pendedahan Papagomo itu sebenarnya tidak cukup kongkrit, malah hanya memberi 'backfire' kepada pihak regim. Overkill akan memberi kesan backfire yang lebih effective berikutan kes ini adalah cukup lucah.

Pendirian Edyes mudah - Mengapa perlu kita percaya kepada Eskay atau Rahim atau Datuk Trio, yang sememangnya dari awal didapati menipu?

Jangan kita lupa ketika sidang akhbar pertama yang menampilkan Datuk T, Eskay telah membuat pengakuan bahawa dia berada di tempat berlakunya aksi seks tersebut dan lokasi yang disebut ialah sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam buku FITNAH yang diterbitkan oleh SAMM, tulisan che'GuBard dan Edyes, telah dinyatakan dalam pertikaian pertama yang menyebut pengakuan Eskay mengenai lokasi kejadian iaitu di hotel. Hari ini, pendedahan video terbaru yang tersiar dalam blog papagomo dan Buletin Utama sebentar tadi menyatakan lokasinya ialah sebuah apartment di Ampang. Jelas dan nyata ia bercanggah !

Jadi mengapa perlu kita percaya sesuatu yang jelas bercanggah ? Kalau di mahkamah, sudah tentu awal-awal lagi pendakwaan ditolak... Maksud Edyes mahkamah yang adil.

Kalau nak pertikai sekalipun, memang banyak yang boleh dipertikai contohnya bagaimana baju gelap dan seluar gelap Eskay menjadi terang sedangkan talipinggangnya tidak pula bertukar menjadi warna terang. Masa masuk dan keluar lif juga boleh dipertikai, pakaian Anwar Ibrahim juga boleh dipertikai. Tetapi mengapa perlu terus dilayan lagi fitnah ini?

Oleh demikian, untuk rujukkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah dari Fitnah Liwat I hingga ke Fitnah ketiga iaitu skandal videoseks, dapatkan senaskah buku bertajuk FITNAH terbitan SAMM. Kepada yang belum memiliki dan ingin memiliki buku tersebut, sila klik di sini untuk mendapatkannya. Buku wajib dimiliki kerana di sinilah perlawanan bermula.

Ayuh tolak politik lucah !!


EDYES @ edyesdotcom

6 comments:

  1. aku berlepas diri hal ni. cuma pelik, time kat lobby lift, baju eskay gelap. time kat bilik, baju cerah. kalau kat bilik tu negative image, awat rambut masih berwarna gelap?

    wallahua'lam bissawab.

    ReplyDelete
  2. Harimau-menaip.

    jawapan ko ada disini. cuba layari you tube dibawah. agar ko faham tentang infrared cctv.

    What an IR (infrared) camera in low light sees

    ReplyDelete
  3. Isu video baru ini mmg mudah utk dipertikai...

    Kalau CCTV kat luar tu Eskay pakai baju dan seluar gelap, kenapa dalam bilik baju dan seluarnya terang? Kalau jadi terang sbb Infra Red, kenapa pula talipinggang dan rambut masih gelap??

    ReplyDelete
  4. maaf bercakap ini dato songkla punya video tahap lombu pada lombu bermula dgn MahaLombu.

    ReplyDelete
  5. video ni hanya tipu,fitnah dan hanya dengan tujuan untuk memalukan DSAI, TIPU, PENIPU DAN MAHA PENIPU
    1. cuba lihat video terdahulu tarikh dan masa dibuat2, mana ada tarikh dan masa diletak ditengah gambar kerana akan menjadikan gangguan untuk melihat dan mencacatkan gambar, biasanya diletak dibahagian atas atau bawah dan penjuru kiri dan kanan.
    2.Cuba lihat gambar terbaru catatan bagi tarikh dan masa pada gambar nak lift terletak pada penjuru sebelah kiri agak ketengah sedikit tetapi pada gambar kedua semasa masuk lift tarikh dan masanya terletak pada penghujung penjuru kiri gambar walaupun menggunakan CCTV yang sama. (kalau nak tipu pun agak2 la jangan ingat semua orang bodoh)

    ReplyDelete