Tuesday, August 2, 2011

SPR Benarkan Pemastautin Tetap (PR) Mengundi ??



Benarlah bagai dikata, demi menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional daripada tumbang dalam Pilihanraya ke-13, SPR telah diperkudakan!! SPR telah memberikan hak mengundi kepada Pemastautin Tetap (PR), apakah ini berkaitan dengan kempen Pemutihan PATI ?

Perdana Menteri harus jawab!! Bukan berdiam diri...

petikan dari malaysiakini;

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

NONESeorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama "Mismah" didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru. Baca berita penuh]

NONESementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Mohd Faizul Mohd Salleh (gambar kanan, tiga dari kiri) hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu.

Dakwanya, semakan rambang terhadap beberapa nombor kad pengenalan melalui laman web SPR semalam mendapati sejumlah pengundi berkongsi nombor kad pengenalan lama yang sama walaupun berbeza nombor kad pengenalan baru.

Faizul juga mendakwa, kebanyakannyamempunyai nama yang sama atau seakan-akan sama.

"Atas penemuan ini saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk membuat laporan polis kerana bimbang berlaku manipulasi ke atas senarai daftar pemilih pilihan raya Malaysia," laporan itu dipetik.

Nama-nama yang didakwa meragukan adalah Lee Chui Ching, Sabran Hosnan dan Ong Peng Seng.

No comments:

Post a Comment