Tuesday, August 2, 2011

Antara Al Quran dan Perlembagaan - Pedoman Pimpinan Tertinggi Negara Bercanggah ??



Ini dia pedoman PM kita;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengelak mengulas kenyataan timbalannya bahawa beliau adalah "Melayu terlebih dahlu, manakala Malaysia di tempat kedua".

"Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan," kata Najib.

Katanya, semua mereka yang menganggotai jemaah menteri adalah sehaluan dan mengikut arahan yang sama.

"Percayalah saya, 1Malaysia akan menjadi pedoman kita. Kita akan adil dan berpandukan perlembagaan," kata Najib yang cuba mengelakkan isu berkenaan.


Ini pula pedoman TPM kita ;



Timbalan Perdana Menteri (gambar) ini berkata umat Islam khususnya di negara ini harus mengambil iktibar daripada mukjizat al-Quran untuk memperkukuhkan kesatuan ummah di bawah kitab suci agama Islam.

"Telah terbukti bahawa masyarakat Arab jahiliah yang paling parah perpecahannya pun dapat disatukan dengan keimanan Allah SWT setelah mereka menerima ajaran al-Quran yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

"Sewajarlah umat Islam hari ini mengambil iktibar daripada mukjizat al-Quran yang paling istimewa ini untuk memperkukuhkan kesatuan ummah di bawah lembayung dan panduan al-Quran," katanya ketika merasmikan Seminar al-Quran Peringkat Antarabangsa di Institut Latihan Islam Malaysia di sini.

Justeru, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, umat Islam harus menjadi al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup selain menurut perintah Allah.


Apa akan jadi pada negara kita bila pedoman PM dan TPM jauh bercanggah ?


No comments:

Post a Comment