Thursday, May 19, 2011

Tarif Letrik Naik 25 Mei !! Sokonglah Kerajaan BN (lagi)...

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.-mkini

Adakah kerajaan Malaysia sudah hilang akal ? Sudahlah rakyat kian terbeban dengan kenaikkan harga barang-barang keperluan, disentak pula oleh kenaikkan RON97 yang kini mencecah RM2.90 seliter.

Walaupun ura-ura kenaikkan RON95 menjadi tanda tanya, namun harus diingat bahawa kenaikkan RON97 juga menjadi faktor kenaikkan harga barang di mana kenaikkan tersebut menjadi alasan kepada kenaikkan barangan berasaskan petrol dan juga yang melibatkan logistik. Contohnya, harga susu tepung yang meningkat kerana harga minyak yang melambung.

Hari ini, rakyat digegarkan pula oleh berita kenaikkan tarif elektrik yang sepatutnya dinaikkan serentak dengan kenaikkan harga gula tetapi ditangguhkan di atas faktor mengelak kemarahan rakyat. Apalah nasib rakyat Malaysia, merempat di bumi sendiri!

Justeru itu, saya menggesa agar semua rakyat yang dibebani kehidupan yang melarat supaya cepat-cepat mendaftar sebagai ahli UMNO. Dengan keahlian UMNO, beban kenaikkan harga barang, harga petrol dan tarif letrik dapat dikurangkan dengan menunjukkan kad keahlian UMNO ketika membuat sebarang pembayaran. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saudara dikehendaki bersumpah serta merta untuk hanya mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.

Sokonglah Barisan Nasional, pasti harga yang lebih berpatutan akan hadir buat anda di kala sesak. Dengan syarat, bersumpah laknat bersama-sama.


EDYES @ edyesdotcom

2 comments:

  1. Senang je nak bagi operator yang bertugas menjaga letrik kecut perut dan takleh tidur malam. Kecut perut ini lebih teruk dari kabel letrik kena rembat. Tapi tak mau bagi tau lagi... kalau letrik betul-betul naik nanti kita kemukakan pada pimpinan PR.

    Biar depa demam sebab naikan letrik.

    ReplyDelete
  2. KENAIKAN TARIF ELEKTRIK ADALAH UNTUK MENGURANGKAN SUBSIDI KERAjaan... janganlah wahai rakyat sekelian marah. Semua negara memang macam tu.... nanti KERAjaan akan bina jalanraya tanpa tol....yang bertol tu pun dalam masa terdekat nanti...jalan nie pun akan terhapus tol nyer...marilah kita undi BN lagi demi ketuanan Melayu..yang tiada melayu selain dari melayu sahaja... Brtoi ...pakcik tak tipu...cuma cakap politik sahaja.

    ReplyDelete