Friday, May 20, 2011

Isu Sabotaj Rekaan Anwar, Dakwaan Arman Jauh Meleset !!

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.

DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;
Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.


Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.


Menurut Armand, ‘drama kemalangan’ itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;





Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan.  Sebagai anak muda  ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.


EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

  1. biasalah hanjing kurap dah lama tak dapat tulang dari tuan pandikutty olih itu hanjing kurap terpaksalah buat2 menyalak supaya tn pandikutty kesian bagilah saki baki tulang..kesian kita nengok hanjing-hanjing kurap krna mulai semalam tiada lagi prk lagi jadi peluang nak makan daging dah tipis jadi dapat tulang pon tak apa..klau tak caya kita tunggu salakan2 hanjing2 kurap dimasa yg terdekat...

    ReplyDelete