Malam nie aku tengok banyak sumpah seranah terpacul... Aku belum dengar lagi, tapi baru tengok sebab sumpah seranah tu terpacul di mana-mana dalam FB dan dalam twitter dan tak kurang juga di blog.
Aku pun nak ambik bahagian untuk melontar pendapat yang serba ringkas. Ringkas sebab dalam blogosfera, facebookara dan twitterjaya, ramai yang bagi pendapat negetif terhadap kerajaan Malaysia atas tindakan jahat serupa ini. Komen aku juga sudah tentu bersifat negetif terhadap kerajaan dan positif terhadap nasib rakyat.
Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry-entry berkenaan RON95 dan RON97, kesimpulan yang aku tekankan ialah - Inilah hasrat kerajaan Malaysia sejak perkenal RON95! Melambungkan harga minyak milik rakyat yg sebenar - RON97!!
Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Harga ini melebihi rekod kerajaan Paklah ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, meletakkan harga tertinggi ketika itu ialah RM2.70 per liter.
Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti!
Apa bangsat sangat ke rakyat Malaysia nie?
Sampai bila rakyat Malaysia nak berdiam diri? Sampai ada saudara mara yang terkorban dek kemalangan terbakar? Ok itu klausa lain dalam bab yang sama, refer entry terdahulu.
Oklah, moga lebih ramai yang tersedar dari lamunan, dan menyertai perjuangan kita menumbangkan kerajaan zalim yang berwajah alim! Alim taik kucing!!
EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
any time nak jalnraya sound je,mnympah sampai rasa nak santau ni..kalu tak pikir not worth it masuk neraka dek...puak celaka ni( sori 4 1st time mencarut dlm idup) n i 'll spend every nite sampai bila2 doakan bala tuk puak setan ni...ni kalu tak aniaya ntah pa gi...tak cukup lg ke rembat harta negara ? NAK TINDAS RAKYAT G ,SBIJIK ben ali,mubarak n gadafi...mudah2an mampus ikut puak tu gak.
ReplyDeleteMasih ramai lagi rakyat Malaysia guna Ron97 tak kira kaya dan golongan sederhana.Malahan Mat motor pun ramai guna Ron97.Kita orang nak jaga kenderaan mesti nak pakai barang baik.Beli kereta mahal2 tapi tak jaga buat apa.Kalau kereta HAK KERAJAAN MALAYSIA boleh la pakai Ron95.Rosak blh repair ribu riban takde hal.Kereta buatan Malaysia yang mahal harga nak mampus tu bolehla pakai petrol cap kuning.Untung kroni.Kalau nak naik pun patut2 la.Kita nak beli kenderaan kerja overtime sampai lewat malam takkan pakai minyak cap kuning.Dah tu dapat gaji lebih sikit pasal overtime dah kena cukai.kerja overtime pasal nak bayar cukai ke??kalau tak overtime pasti tak kena cukai tapi tak cukup makan pulak.nak pusing macam mana tu????ke sana ke sini kena jugak kat kita.Tu mereka yg sokong petrol naik tak pernah bayar cukai ke?Ni bulan bayar cukai tau tak??
ReplyDeletebadrul.hayat@
Aku duduk US, sini melambung2 minyak naik...
ReplyDeleteSuma org faham kenapa...takde plak org maki2 gov...
Keluar la dari kepompong ko tuh...
Asal UMNO je jahat, asal UMNO je jahat...
Emosi mengatasi rasional...
US pengeluar minyak ker? Yer memang US ada keluarkan minyak di alaska. Tapi minyak yg dikeluarkan jauh lebih kurang dari penggunaan 300juta rakyat amerika.
ReplyDeleteMalaysia, masih net exporter minyak. Ditambah lagi dgn jenis minyak tanpa plumbum yg jauh lebih berkualiti hasil dari Malaysia, dah tentu lebih mahal dari biasa. Jadi apakah pulangan pada rakyat??
Fikirlah baik2... Jgn rasa diri tu bijak sgt walaupun belajar sampai US, tapi senang2 diperbodohkan kerajaan BN.
MANA DIA YG DOK US TU KATA MYAK NAIK XBISING??
ReplyDeleteNI NK TANYA LA 1SOKLAN..
KT US TU GAJI DEPA ADA RM700 SEBULAN MCM KITA KA???
AKU XKISAH SANGAT MYAK NAIK ASALKAN GAJI AKU SEBULAN RM7000.
Salam bro edeys..you seems to be a smart man....can you explain what is the fuss about ron95 ni...why kita semua ni takut sgt fasal penggunaan ron 95 ni yg mana low in octain compare to 97. By the way theres no pr nor bn in petroleum engineering..
ReplyDelete