ADUN BN Lenggeng Mustafa Salim telah dijatuhkan hukum penjara 3 tahun dan denda sebanyak RM20,000 kerana rasuah. Dengan keputusan ini, Kerusi DUN Lenggeng harus dikosongkan!
Mengikut undang-undang tubuh negeri bagi Negeri Sembilan, untuk penggal 2008 - 2013, sekiranya terdapat kekosongan kerusi DUN sebelum 28 April 2011, maka satu pilihanraya kecil akan diputuskan oleh SPR.
Namun demikian, hakim mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman bagi memberi laluan kepada mahkamah rayuan. Justeru, apa yang menjadi persoalan ialah bilakah agaknya tarikh sebutan mahkamah rayuan yang bakal menentukan sejauh mana kekebalan seorang ADUN BN ?
Saya mengambil contoh keputusan mahkamah tinggi ketika MB Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi hanya setelah sehari mahkamah rayuan telah menyebelahi kem Barisan Nasional.
Sesungguhnya UMNO Barisan Nasional dan gejala rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, bagai ombak dan pantai... saling memerlukan... BERI SALAH TAK BERI KALAH !!
EDYES @ edyesdotcom
sekali imbas, nampak mcm gerombolan betul-betul nak memerangi rasuah. butuh laa!!
ReplyDeleteada PRK ke tidak tak kisah...meluat tengok janji manis BN bila berkempen .. seumpama rakyat bodoh belaka...
ReplyDelete