Di bawah ini saya paparkan semula komen-komen yang terhasil dari entri tulisan saya mengenai bibble berbahasa melayu (di sini). Sebelum membuat apa-apa kesimpulan, saya saran supaya para pengunjung baca dan memahami satu lagi entri tulisan Khalid Samad (di sini).
Sebenarnya saya berasa sedikit terkejut kerana mendapati ramai di antara kita yang takut dengan kitab bible berbahasa melayu. Saya percaya takut itu adalah kerana dikhuatiri kitab tersebut akan menjadi ancaman kepada umat Islam dalam negara ini.
Namun bagi saya, UMNO lebih mengancam kedudukan Islam dan orang melayu dalam negara ini. Saya pernah menulis (di sini);
UMNO adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan bangsa, dan bukan bangsa cina yang diperjuang oleh UMNO walaupun kita melihat negara ini ekonominya dikuasai oleh orang cina. UMNO memperjuangkan bangsa melayu, itulah yang mereka katakan sejak dulu, kini dan selamanya walaupun sekali sekala mereka katakan memperjuangkan Islam disebalik meluluskan judi sukan.Cuba anda fikir baik-baik, apakah dengan memperjuangkan bangsa melayu sebagai pemerintah ulung sejak kemerdekaan itu, berjaya menjadikan melayu hebat?UMNO memperjuangkan melayu ketika UMNO menjadi parti melayu tunggal yang memerintah Malaysia selama 54 tahun, bukan sebagai pembangkang tetapi sebagai peneraju. Jangan kita perkecilkan kemampuan UMNO kerana statistik menunjukkan melayu menjadi juara dalam beberapa aspek. Di antara aspek yang menjadikan melayu hebat ialah, melayu menjadi juara di penjara, juga memiliki majoriti lebih dua pertiga dalam pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak. Melayu juga menjadi pendominasi utama kepada aktiviti mat rempit. Serta statistik yang baru diterima sebentar tadi dalam siri 360 TV3 menunjukkan setiap 17 minit akan ada kes wanita hamil anak luar nikah yang kebanyakkannya pesertanya ialah berbangsa melayu.Dari segi ekonomi melayu pula, siapakah yang menggelapkan saham bumiputra? Siapakah yang menyusutkan lebih separuh rezab tanah melayu? Siapakah yang sentiasa mengamalkan rasuah, sistem orang tengah dan sistem ali baba? Siapakah yang menyerahkan Singapura dan seterusnya mengadai Tanjung Pagar? Siapakah yang berbelanja besar di luar negara di sebalik menaikkan harga minyak dalam negara ketika harga minyak yang tinggi itu sebenarnya menguntungkan negara? Siapa lagi kalau bukan parti UMNO!Parti UMNO melalui Presidennya yang automatis menjadi Perdana Menteri Malaysia juga telah tergamak mencuaikan diri apabila ditipu oleh beberapa presiden MCA. Tun Leong Sik berjaya menipu kerajaan Malaysia di bawah kehebatan Mahathir, Chan Kong Choi juga menipu Paklah ketika Paklah lena tidur dan akhir sekali Najib juga ditipu oleh Presiden terbaru dan terlampau dari MCA iaitu Soi Lek.Jadi adakah anda rasa sebuah parti perjuangan bangsa itu benar-benar memberi pulangan yang baik kepada bangsanya sendiri walaupun menjadi pemerintah sejak kemerdekaan? Justeru itu, mengapa harus memilih untuk mendekati UMNO? Tidak dapat dipastikan samada PAS pula yang tergamak untuk menjalin hubungan dengan pencadang Malaysia sebagai hub hiburan asia.
Lihatlah, kita sebenarnya berdepan dengan ancaman lebih besar iaitu UMNO.
Terpulang pada pendapat saudara pengunjung, samada melihat bible berbahasa melayu itu adalah ancaman kepada umat islam, atau satu cabaran akhir zaman untuk kita berdepan sebagai sebuah umat yang kuat dan teguh dalam istiiqomah!
Harapan saya ialah, pembaca dapat menilai dengan baik kekuatan agama kita apabila umat Islam benar-benar memaksimumkan penggunaan Al-Quran dan mengikut sunnah Baginda Rasul SAW. Baca komen-komen di bawah untuk melihat apa yang dibicara sebelum ini;
19 comments:
- amer_hoosynie said...
-
pemikiran positirf & terbuka... thumbs up!!! =)
-
-
tidak perlu takut dengan penerbitan inijl versi bahasa melayu seandai anda benar2 seorang yang taat pada agama.kami umat kristian pun langsung tidak tergugat iman kami dengan berlambaknya penyiaran tentang agama islam baik di media cetak mahupun media elektronik. bagi kami itu bukan masalah selagi kami masih taat pada ajaran agama kami.
-
terpulanglah pada individu untuk memilih agama yang disukai kerana peruntukan undang2 dalam negara ini jelas menyatakan kebebasan untuk beragama dan itu hanyalah hubungannya dengan yang mahakuasa. saban hari kami disajikan dengan bermacam-macam maklumat tentang islam tetapi kami tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk umat kristian murtad.
-
jadi isu untuk murtad di kalangan penganut islam seharusnya tidak bangkit selagi anda percaya dan taat pada ajaran agama anda. jangan dipersalahkan tentang penerbitan versi injil bahasa melayu ini seandainya ada kalangan umat anda yang murtad kerana tanpa injil bahasa melayu sekalipun ada kalangan penganut agama anda yang murtad. contohnya diluar negara yang tidak menggunakan bahasa melayu pun ada juga penganut islam yang murtad.jadi ini bukan masalahnya kalau kami yang sekian lama pun disajikan dengan pelbagai maklumat tentang islam di media cetak mahu elektronik boleh berpegang teguh pada ajaran agama kami kenapa pula anda tidak? tidak cukupkah lagi tentang apa yang kalian ada selama ini.
-
di sekolah-sekolah pun ada pendidikan islam untuk memberi anda ilmu tentang islam. jadi dimana silapnya? apakah kesilapan itu kerana wujudnya injil versi bahasa melayu? sudah tentu tidak kerana tanpa injil versi melayu pun ada juga yang murtad. jawapan nyata ada pada anda dan itu hanyalah hubungan anda dengan yang mahakuasa. jangan perlekehkan mana2 agama selagi anda sendiri tidak tahu dimana letaknya syurga yang mahakuasa itu.
-
-
bukan ke sebelum ni pon dah ada Bible berbahasa melayu? bukankah munsyi abdullah penterjah yg pertama?
-
Saya tercabar!!!
Apabila diperluaskan pengedaran injil versi bahasa melayu tersebut,makin mudahlah anak muda tambahan anak melayu menelaah buku ini. -
Mula2 sekadar membaca, lama-kelamaan bertambah suka. Dengan berbekalkan hati muda yang mudah & ingin mencuba, tidak bimbangkah kita untuk menghadapinya?.
-
Ibu bapa kini lebih cenderung membesarkan anak-anak mengikut peredaran zaman moden. Kebanyakan ibu bapa zaman moden juga hanya Islam pada nama namun jauh sekali untuk mendalami dan mentaati suruhanNYA. Islam bukan sahaja menwajibkan solat, menjauhkan diri dari maksiat & zina dan sebagainya. Namun pada zaman moden kini maksiat & zina merata-rata. Artis dijadikan contoh berpakaian zaman kini. Selain itu, contohnya: Mata yang Allah jadikan untuk melihat sesuatu yang baik tapi kita tidak pernah'menggelak' daripada melihat sesuatu yang 'baik & percuma'.
-
Renung-renunglah tuan, iman tuan yang tipis itu belum tentu dapat menghadapi gejala sosial zaman sekarang. Anak muda melayu berbangga berbotolkan arak, anak muda melayu juga berbangga berpeluk-pelukan di tangga flat, taman permainan anak2 kita, di tempat2 awam & sebagainya. Adakah tuan mengambil jalan yang baik untuk menegur meraka??
Berdoalah kepada Allah supaya diberikan tawfiq & hidayah serta perubahan yang baik untuk diri sendiri, bini, anak2 dan ahli keluarga lebih baik daripada segalanya.
Isu injil versi bahasa melayu ini bukan sahaja mengancam orang melayu yang berstatus Islam tapi ia lebih dasyat lagi apabila mengancam anak2 dan ahli keluarga kita sendiri.
Wallahualam. -
-
perg...pertama salam dulu...
kalau anda hanya memeikirkan diri sndiri, memang lah anda rasa tak terpengarauh lah, err x perlu risau lah, tak perlu takot lah..ntah base ape lagi yng menunjukkan saudara2 ini tdk sayangkan agama sndiri..
cbe lihat keaadaan Melayu yang semakin lemah ini dan ditambah dengan usaha perlemahan oleh kerajaan (maaf sy tdk berpolitik). Betapa rapuhnya aqidah ummat Islam Melayu harini, Tulisan JAWI pun dah tak boleh baca, apatah lagi al-quran..Pendidikan Islam disekolah?? Kalau belajar tuk semata2 lepas exam, sebenarnya ia tdk mungkin akan diamalkan..
Sesungguhnya kata2 anda menunjukkan kedayusan tahap tinggi!
Contoh yng orang bodoh pon boleh paham, tak yah pi belajaq tinggi2 kat luar negeri..
"anda bawak bini keluar bejalan2, tibe2 ade laki ensem kacak(muke ko pulak mcm tong sampah), anda hanya melihat dan tersenyum sambil berkata, Eh, bini aku tau kalau dah jadi bini orang tak boleh nak pasang orang lain dah sbb dah berlaki..." lalu anda pon terus membiarkan jantan ensem tu mengayat bini anda, bini anda tersenyum2 dan sekali sekala menjeling anda yang juga tersenyum2 alang...
"Jantan tu ngan penuh gentleman berkata " Ni no I.. U can contac me kalau de pape..mmuuuaahhh!"
Anda terus juga tersenyum dan membiarkan bini anda yg lawa gebu tu 'save' no..
Bini hang ngan agama mana lebih perlu disayangi dan dipelihara.. Biar mati Adat, jgn mati Syariat.. -
-
Penulis terlalu moden sehingga boleh menghasilkan tulisan ini secara terbuka...
Habis masa depan melayu Islam yang selalu diMelayaukan oleh puak2 UMNO - Anonymous said...
-
Salam...
jawapan yg saudara tulis bagi isu kitab injin versi melayu hanya sekadar ingin menyedapkan hati saudara dan pembaca ttg permasalahan tersebut. -
Okey,1st skali. setiap perkara yg dibuat oleh kerajaan mmg ada pro dan kontra. sy nak tnye knape perlu bible versi melayu dimasukkan ke M`sia seperti mana yg kita sedia maklum dlm perlembagaan persekutuan Pekara 3 (1) menyebut Islam adalah agama rasmi. Apa yang saya cuba tekankan dan saya amat TERTEKAN apabila saudara cakap ada kaum bumiputra yang beragama kristian yg xpandai berbahasa english ingin m`baca bible dlm bahasa melayu. Itu jawapan yg paling BODOH pernah sy dengar. Minta maaf kerana mengunakan perkataan x spatutnya ttp itulah hakikat yg perlu saudara terima.
-
Bangsa melayu,cina,india,bumiputera yg lain yg beragama islam jauh lebih besar berbanding kaum bumiputera yg beragama kristian yg xpandai bahasa english,dan disebabkan kaum bumiputera yg xpandai bahasa english tu sedikit,kitab bible versi melayu yg menjadi satu jarum suntik kepada permasalah murtad dan menjadi ancaman kepada seluruh umat islam di M`sia. Kelakar. Sekarang penganut kristian berusaha menarik lebih ramai umat islam supaya murtad secara sulit dan sekarang meraka "berdakwah" secara terang2.
-
Dulu masa kritian menghasut supaya umat islam murtad dgn menaburkan harta kekayaan, ada pihak cakap "xpe,padan muka dgn sikap tamak haloba tu,skarang dah murtad,masuk api neraka". sekarang kristian cube kaedah terang2 plak,dgn memasukan bible versi melayu pastu saudara pula memberi jawapan seperti diatas.(sambil mengeleng kepala).
saya tak faham la dgn sikap "terbuka" saudara ni. Saya pun bersifat terbuka,tp bagi sesetengah kes yg mmg kita tidak boleh bagi muka,kita kena pertahankan jugak yg Haq. Islam menganjurkan kita m'pertahankan agama Islam dari sebarang ancaman ( kitab injil versi melayu adalah ANCAMAN!). -
Saudara juga ada menyebut pasal "kalau iman kuat,apa nak ditakutkan?".. Hahahaha..(maaf sbb tertawa). nak tanya sedikit,kuat mana iman saudara sehinggakan sampai tahap saudara berkata demikian? Nabi junjungan S.A.W pernah bersabda bahawa "umatku pada akhir zaman imannya senipis kulit bawang." Nabi sendiri bersabda mcm tu,xkan saudara bleh ckp kot,ramai iman kuat dapat menepis tempias akibat dakwah bible versi melayu ni..
-
saudara, sedarlah..sebelum lebih ramai terbaca blog saudara ni,dan myebabkan meraka yg mmbaca blog ini berfikiran "terbuka" seperti saudara,saya minta dan merayu kepada saudara yg seagama dgn sy ni (Islam),padamlah blog saudara. saya merayu.. saya sayang agama saya.. saya sayang saudara2 seIslam dgn saya..
yang buruk semua datang dari saya,yang baik semua datang dari Allah S.W.T.. Allahuallam.
-MїĐїËÿ フまやひカ- -
-
Assalamualaikum..
bersetuju dgn -MїĐїËÿ フまやひカ-. kita perlu pertahankan agama Islam bukannya 1malaysia!!!
dlm kubur malaikat xtanya,kenapa xpertahan agama lain masa didunia? malaikat tanya kenapa xpertahankan agama ISLAM masa didunia!
saudara ckp ikut sedap hati je,xtgk ke kes murtad sekarang?,berlambak2.. mungkin meraka baca bible versi english. sekarang ada bible versi melayu,tgklah apa akan jadi. majoriti agama islam di m`sia berbangsa melayu dan faham bahasa melayu..
saudara,adakah saudara cuba nak pertikaikan kenapa Al-Quran boleh dimelayukan dan bible xboleh? oiiii,tgk la agama rasmi di m`sia ni agama pe? adehh,saya pelik la apa yg cuba diketengahkan oleh saudara,patut saudara perlu menentang,ni seolah2 saudara cuba mengalu-alukan kemasukan bible versi melayu yg menjadi ancaman kepada umat islam di m`sia..
xkan semata2 1malaysia kita perlu bertolak ansur dgn "benda" yg boleh mengancam agama kita? jgn jadi sepeti "monyet di hutan disusukan,anak dirumah kelaparan"
sy xfaham dgn pendirian saudara kerana saudara berfikiran terbuka,sy ni "KOLOT",org kampung,tp yg pasti saya sayang agama saya!!!!
sy minta page ini dipadam! sy takut semakin ramai org yg berfikiran terbuka macam saudara nanti. dan lebih megeruhkan lagi keadaan..
Sy budak baru belajar,kalau ada salah tolong tunjukan..allahuallam.. - Toi'Toi' said...
-
COPY: sedarlah..sebelum lebih ramai terbaca blog saudara ni,dan myebabkan meraka yg mmbaca blog ini berfikiran "terbuka" seperti saudara,saya minta dan merayu kepada saudara yg seagama dgn sy ni (Islam),padamlah blog saudara. saya merayu.. saya sayang agama saya.. saya sayang saudara2 seIslam dgn saya..
MїĐїËÿ フまやひカ-, saya rasa tak payah sampai padam blog... cukup padamkan sahaja post ini.
COPY: sy minta page ini dipadam! sy takut semakin ramai org yg berfikiran terbuka macam saudara nanti. dan lebih megeruhkan lagi keadaan..
Anon 2:08pm, saya amat SETUJU jika tuan edyes mendelete post ini dengan SEGERA supaya jangan ada lebih ramai lagi sikap 'TERBUKA' seperti ini. -
-
SALAM HORMAT!
HANYA MELAYU YANG MENGAKU ISLAM SAHAJA YANG MENGELABAH DAN SAWAN
TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)
HANYA MELAYU YG GAGAL MEMAHAMI AJARAN ISLAM SAHAJA YANG PANIK XTENTU PASAL TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)
HANYA MELAYU YANG DAH LAYU IMANNYA SAHAJA YG MENGIGIL TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)
HANYA MELAYU YG TIDAK ADA JATI DIRINYA SAHAJA YANG HILANG PEDOMAN TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)
HANYA MELAYU YANG BUTA MATA,PEKA TELINGA SAHAJA YANG MENGELUPUR NAK MAMPUS APABILA INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)
KESIANNYA MAKHLUK ALLAH SEPESIS MELAYU!!!
TANAH ALLAH PUN MELAYU MENGAKU :TANAH MELAYU(BILA MASA MELAYU BUAT TANAH???
MELAYU KELIRUKAN AJARAN ISLAM...
MELAYU BYK BAWA AJARAN SESAT
MALAH MELAYU ADA YG TAK SEGAN SILU MENGAKU JADI RASUL!HEBATNYA!!!
ISTIHARKAN BAHAWA MELAYU SEMUANYA ISLAM...
MENYAMPAH....
PERANGAI MACAM IBLIS!!!
CONTOH/BUKTI MELAYU MEMANG HEBAT:
RAJA LAWAK:MELAYU
RAJA DADAH: MELAYU
RAJA ZINA:MELAYU
RAJA LIWAT:MELAYU
RAJA SUMBANG MAHRAM:MELAYU
RAJA PONDAN:MELAYU
RAJA DENDAM:MELAYU
RAJA RASIS:MELAYU
RAJA RASUAH:MELAYU
RAJA KATAK:MELAYU
RAJA FITNAH:MELAYU
RAJA FANATIK:MELAYU(PERKASA)
RAJA SEGALA RAJA:MELAYU
TAUBATLAH MELAYU!!!!
DALAM NANTI MALAIKAT TAK TANYA:"APA BANGSA KAMU?"
AKU MASUK ISLAM BUKAN KERANA MELAYU
AKU MASUK ISLAM KERANA ALLAH YANG LAYAK DISEMABH TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN DIA.
SAMPAI MATIPUN AKU TAK ISLAM KALAU AKU MELIHAT AKHLAK MELAYU!!!
MUSLIM BUT NON MELAYU - Toi'Toi' said...
-
Tuan Edyes,
Maaf saya katakan. Ini kali ke-2 saya berasa sedih dengan post tuan. Post ini telah menyentap hati saya di pagi hari.
Sebelum ini tuan mengikut jejak beberapa blogger utk projek 'Langgar Hadi'. Bagi saya 'langgar ulamak' adalah contoh tidak baik utk kita contohi. Walaupun cara Hj Hadi salah dimata tuan & teman2, namun masih ada jalan lain yang perlu kita perbaiki. Spt orang2 bawahan Hj Hadi atau sebagainya. Saya tidak mahu mengungkit cerita lama. Cukup setakat ini!.
Post kali ini memang menyedihkan & memeritkan hati saya apabila mengenangkan nasib anak2 melayu Islam jika tuan terus bersikap 'terbuka' seperti ini. Bagaimana dengan nasib anak2 saya sendiri jika buku ini senang didapati di kedai buku. Ia, tidak salah membaca, katanya! Seperti teguran saya sebelum ini.. Mula2 sekadar membaca, lama-kelamaan bertambah suka. Bagaimana????
Saya antara pengikut setia penulisan tuan dr tahun 2008 sehingga kini. Potensi tuan untuk menentang kejahatan UMNO bangsat amat diperlukan. Biarpun kerajaan UMNO bangsat telah meluluskan versi bodoh ini, kita tidak sepatutnya menyokong dengan memberi pandangan peribadi yang akan MENJAHAMKAN BANGSA ANAK MELAYU ISLAM.
Saya terus menyakinkan hati saya bahawa tuan keliru untuk menghuraikan tajuk di atas. Blogger2 seperti tuan terus bangkit menentang kejahatan UMNO BANGSAT
Seperti Anon 2:08, saya kolot! Kolot2 saya BERTEMPAT!!. Kolot2 yg menjaga batas pergaulan, kolot2 yg menjauhkan diri drpd kemaksiatan, kolot2 yg menjaga MARUAH DIRI, KELUARGA, BANGSA & AGAMA...... - Anonymous said...
-
INJIL VERSI BM APA MASALAHNYA DENGAN MELAYU???
MELAYU WAJAR BANGGA BAHASA MELAYU DIGUNAPAKAI AGAMA LAIN!
BUKANKAH MARUAH MELAYU NAIK!
BAHASA MELAYU DAH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN
MAKNANYA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MENGUNAKANNYA.
BUKANKAH ITU SATU KEJAYAAN!
KENAPA MELAYU KECUT PERUT????
APA YG DIBIMBANGKAN SGT2??
TAKUT MURTAD??
MEMANG DAH ADAPUN MELAYU MURTAD
(NAMA SAHAJA ISLAM)
BUKAN KERANA BACA INJIL PUN!
SAYA DARI KECIL HIDUP DALAM KRISTIAN DAN BACA INJIL TIAP HARI,TAPI AKHIRNYA SAYA PILIH ISLAM!!!
KENAPA? PUNCANYA SAYA BUAT KAJIAN TENTANG KALIMAH 'ALLAH'
ALLAHU AKBAR!!!!
MELAYU USAH TAKUT
MELAINKAN MEMANG IMAN KAMU DAH LAYU!!!
QUL AMANTU BILLAHI SUMMUSTAQIIM!!
"KATAKALAH KAMU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN TERUS BERISTIQAMAH!"
DAYAK MUSLIM -
-
Jangan fikir sgt ttg injil...fikirkan ramai umat mlyu Islam yg x tau baca Quran, x sembahyang, x puasa,x zakat dan begitu jauh dgn masjid...sepatutnya giat promosikan jemaah 5 waktu di masjid,giatkan mengkaji Quran, makmurkan majlis ilmu. kemudian kurangkan karaoke, night club, dandut,konsert, program melalaikan dan dgn itu semua tanpa injil bm pun dah jadi fasik dan munafik. Berpeganglah pada tali Allah dan rujuklah Quran dan Sunnah, dan masuklah Islam secara keseluruhan(total) insyallah selamat.
- Anonymous said...
-
pelik..
niat sy cuma nak pertahankan yg HAQ! bkn sy kecut perut disebabkan kitab injil versi melayu ni.. SUMPAH xkecut perut,sy cuma bimbangkan KITAB INJIL VERSI MELAYU INI ADALAH ANTARA PENYUMBANG KADAR MURTAD DI MALAYSIA MENINGKAT!! tolong faham..
Perlu ke nak menaikan bahasa melayu sehinggakan hampir mengadai agama? dlm agama ada ke ckp kena mendahulukan bahasa daripada agama? SILA JAWAB.
okey2,sy nampak kita sesama islam ni berkelahi ttg kitab injil versi melayu ni,mungkin ada pihak sedang bertepuk tgn disebabkan baca kita punya komen. sesama islam berkelahi. sy xmahu mcm tu. okey,sy berundur,tp skali lagi sy tekankan sy xmahu tgk la agama kita tergadai disebabkan ego umat islam sendiri ( terlalu bersifat terbuka ). Allahuallam.
sy gembira mendengar saudara yg post komen sebelum ni adalah seorang muaalaf. Sesungguhnya saudara telah memilih agama yg benar. akan tetapi tolong la faham akan bahaya nya kitab injil versi melayu ni,xade pro nye kitab ni,melainkan kontranye yg byk.
PERTAHANKAN YANG HAQ!
-MїĐїËÿ フまやひカ- - anti misionary said...
-
tak lama l;agi...dlm rumah mak bapak islam,anak2 ada yg kristian,ada yg athies,ada yahudi,ada budahh,ada hindu,ada yg athies.....haaaa tu le dia contoh bersifat terbuka.....wakakah.....melingkup le melayu ni semua nanti.....biasa nya melayu pi masjid pada hari jumaat...tapi kini ramai melayu berpusu pusu pi gereja pada hari ahad ......nanti dah ada ramaio le melayu jadi paderi,bishop...dan tak lama lagi mungkin pope dinrome tu nanti mungkin org melayu agaknya.....pope tu nanti dah tak songkok pope lagi tapi pakai songkok tinggi mcm geng pekasa dan pekida....wakaka wakaka wakaka....ingattttt klu nak bermenantu ,berlaki dan berbini....kena le hati hati....takut takut bermenantukan yg pakai salib di dada....wakakakaka....kena le kawin kat gereja pulak......melingkup le melayu melayu yg dah sememang ramai yg bangang dan bebal.......buku tu bukan nya alkitab,iaitu injil yg patut kita imani seperti yg di syaratkan dlm rukun iman...tapi buku tu ia lah "NEW TESTIMENT".buku tu bukan nya injil tapi buku yg telah di ubah suai dari kitab injil yg sebenar dan tak sepatutnya di beri nama AL KITAB.....memang ketara saja muisionary ni nak memurtadkan org2 melayu....sementelah nya memang org2 melayu ni memang ramai yg jahil dan bangang dlm ilmu islam dan lemah iman.....jahanam le melayu nanti...tak lama lagi banyak le kita akan lihat rumah2 org melayu yg menghias rumah2 mereka dgn pokok krismas
- Anonymous said...
-
SAUDARAKU SEKALIAN!!
BERTENANG!BERTENANG!
KALAU NAK BACA 'INJIL' YG ASLI MEMANG DAH TAK ADA ZAMAN NIE!
LEBIH BAIK TUAN2 BACA KISAH HIKAYAT HANG TUAH DAN SEUMPAMANYA.
KALAU NAK BACA INJIL JUGA BACALAH
'INJIL BARNABAS' DI INTERNET ADA!!!
INJIL NIE LEBIH ASLI DARIPADA YANG LAIN2
MALANGNYA INJIL BARNABAS NIE DIHARAMKAN PIHAK GEREJA!
TUAN2 TAU KENAPA INJIL BARNABAS DIHARAMKAN OLEH PIHAK GEREJA.
JAWAPANNYA, NABI ISA DAH MAKLUMKAN BAHAWA NABI AKHIR ZAMAN ADALAH AHMAD(MOHAMMAD SAW)!!!
TOLONG CARI DAN BACA
KALAU TAK SILAP,PUTAKA AMAN PERNAH TERBITKAN INJIL TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU.
WASSALAM. - Edyes said...
-
Salam,
Terima kasih atas setiap komen. Sy percaya masing2 punya pendapat yang diperkuat dgn hujah. Cuma sy berharap semua pembaca agar jgn hanya tertumpu pada sudut pandangan yang satu semata-mata, kita harus melihat dari pelbagai angle sebelum membuat kesimpulan.
Saya hormat setiap pendapat, dan saya juga punya pendapat seperti yg dinyatakan dalam entry ini.
InshaAllah kita akan bicara lagi isu yg sama selepas ini dlm entry baru kerana skarang ini agak dlm sedikit kesulitan... -
-
ye2...teruskan lah perjuangan saudara membela kristian laknatullah!! Benda yang terang2 salah admin masih pertahankan... saya xfaham ape yang cube admin pertahan..saudara tahu x agama ape yang betul dan benar?? Islam @ Kristian???
Atau admin cuba berlagak baik di depan mata penganut kristian ( agama yang sering mencuba untuk menjatuhkan Islam ) dengan mempertahankan kemasukkan bible versi melayu.. itu cuma sia2,klu tu pun malaikat tak masuk pun dalam list pahala!! Sebab admin cuba tolong tak kena pada tempat!!!!!!
Semoga admin tahu ape yg sedang admin pertahankan.. Sepatutnya admin pertahankan agama admin sendiri ( Islam ). Ini sebaliknya.. Allahuallam..
-MїĐїËÿ フまやひカ- - Anonymous said...
-
Mengapa anda risau sgt!
kalau anda bnar2 muslim dan berpegang teguh dgn Al Quran dan Al Hadis,...nescaya anda tidak akan sesat...malah umat Islam digalakkan membacanya...nescaya anda akan jumpa dan nilailah sendiri apakah ada kebenaran di dalam nya...
Sabda Rasulullah SAW,bermaksud"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir)
Wassalam
Buat apa nak kecoh kecoh pasal Injil berbahasa Melayu ni. Melayu dah lama murtad.
ReplyDeleteTengok saja nama seperti Idris Jala dan lain-lain.
Nama macam orang Melayu, tapi kristian.