Friday, December 31, 2010

Mungkin Rajagopal Tidak Boleh Dikurnia Gelaran Dato?

 Malaysian Arsene Wenger

akarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."- K. RAJAGOPAL




edyes wrote:


Apa de hal gelaran dato bila dah ada gelaran RAJA... aku salut dengan kata-kata jurulatih negara seperti di atas. Jangan hancurkan pasukan yang telah dibentuk dengan air mata, air peluh malah air darah...

Mungkin aku tak sempat mengecapi kehebatan skuad negara yang melangkah ke sukan olimpik Jerman dan Kesatuan Soviet, mungkin aku hanya samar-samar ingatan ketika skuad senior ketika itu, menggapai pingat emas sukan SEA 1989. Tetapi minggu ini menjadi sejarah kerana setelah berbelas tahun menyokong skuad negara tanpa kenal erti jemu, sentiasa memberi sokongan positif dan tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Malaysia waima di Pestabola Merdeka sekalipun, sehingga Malaysia menjadi Juara Asia Tenggara.

Jangan rosakkan pasukan ini dengan politik sempit! Ingin menyambut kemenangan di PRK Tenang adalah satu kemusnahan untuk skuad Rajagopal !!

Ingatlah, Rajagopal tidak memerlukan gelaran Dato untuk sentiasa dikenang sebagai susuk yang membawa pasukan negara kembali menjadi Harimau Asia, yang hilang beberapa dekad lamanya!

Cukuplah dengan campurtangan golongan diraja sebagai peneraju bolasepak negara, cukuplah... itu pun dah kira baik... kerana kehilangan skuad yang dicari-cari, akhirnya berjaya ditemui oleh seorang Raja...

EDYES @ edyesdotcom

Aurat-Aurat Yang Dimaafkan ! (Mesti Lihat!!)

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

youth convension 111210 teo nie ching"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu. - mkini


Salam 1Malaysia,

Kepada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Menteri Agama, Mufti-mufti dan ulama muda tarbus, ingin saya bertanya sebuah persoalan bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbinya lemah ini.

Soalannya berbunyi - Adakah etika pemakaian seperti di bawah boleh dimaafkan ?
Ini bersukan boleh dimaafkan... ?
Ini juga mungkin boleh dimaafkan... ?
Ini alasan pekerjaan, boleh jadi dimaafkan...?

 
Ini artis, jadi ia boleh dimaafkan kerana menjalankan tanggungjawab...?

Ini boleh sudah tentu boleh dimaafkan, kerana dosa 'tersebut' boleh dikambus dengan pahala bacaan Al-Quran itu ?

Ini boleh dimaafkan, dan menjadi contoh terbaik...



Tetapi yang ini langsung tidak boleh dimaafkan kerana telah mencemar perkarangan masjid! Kalau perempuan berbaju putih itu orang Islam, sudah tentu hukuman berat menanti beliau sepertimana yang berlaku kepada orang-orang Islam yang lain...


Fikir-Fikir... nanananana...


EDYES @ edyesdotcom

Thursday, December 30, 2010

Tahun Baru, Harga Pengguna Juga Baru

Oleh Nazli Ibrahim aka Beduk Canang

PETALING JAYA: Rakyat negara ini dijangka akan menyambut kedatangan tahun baru-2011 dengan perasaan yang kelat berikutan wujudnya tanda-tanda awal berlakunya kenaikan harga barangan pengguna pada awal tahun nanti.

Spekulasi kenaikan harga susu sejat dan susu krim di antara 20sen hingga 30sen pada permulaan tahun baru juga semakin bertiup kencang pada masa ini.

Sebelum ini sebuah syarikat pengeluar susu sejat dan krim mendakwa kenaikan harga gula akan turut memberi implikasi kenaikan harga produk keluaran meraka berikutan gula sebagai salah satu bahan utama produk mereka.

Kesan berantai kenaikan harga daripada langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan kerajaan itu dijangkakan turut memberi kesan terhadap harga makanan dan minuman oleh pengusaha restoran.

Manakala tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar negeri Selangor pula mendapati bekalan minyak masak dalam paket 1kg semakin berkurangan, keadaan yang sama sebelum berlakunya kenaikkan harga gula pasir sebelum ini.

Ketika beberapa peniaga yang memberitahu mereka telah kehabisan bekalan minyak masak, beberapa peniaga lain pula terpaksa menghadkan pembelian kepada satu paket sahaja untuk setiap seorang pelanggan.

Minyak masak juga merupakan antara barangan yang tersenarai di dalam perlaksanaan langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Memetik berita yang disiarkan oleh sebuah stesen tv swasta malam tadi, bekalan kelapa turut mengalami kekurangan yang ketara di beberapa tempat di semenanjung khususnya di sebelah pantai timur dan mengakibatkan kenaikkan harga santan.

Harga bahan api dijangka naik lagi

Sementara itu, Gabenor OPEC Iran, Mohammad Ali Khatibi dalam satu kenyataannya dalam laman sesawang Shana, Kementerian Minyak semalam, menjangkakan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa akan mencecah US$100 setong.

Harga komoditi utama dunia itu telah mencecah paras tertingginya semenjak 2008 dengan US$95 setong pada Jumaat lalu, sebelum ditutup pada harga US$93 pada hari yang sama.

Berdasarkan formula apungan harga minyak yang diguna pakai oleh kerajaan, kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ini akan mempengaruhi harga pengguna bahan api itu di pasaran tempatan.

Pada masa ini harga bahan api terbabit pada setiap liter ialah RM1.90 bagi petrol Ron 95, RON97-RM2.30, diesel-RM1.80 dan gas petroleum cecair (LPG)-RM1.90 bagi setiap kilo gram.

Rasionalisasi subsidi beri kesan kenaikan inflasi 2011

Sementara itu, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh CIMB Research sebelum ini, Pemotongan subsidi akan memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI).

Menurut Ketua Ekonomi CIMB, Lee Heng Guie langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kenaikan inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011 dan pengguna akan menerima kesannya.

"Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011 dan kesannya akan lebih dirasai pada tahun itu.

"Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Wednesday, December 29, 2010

Awas Indon, Belangnya Harimau Malaya Bisa Membungkang sang garuda, apatah lagi taringnya !! (Mesti Baca!)


Muncul sebagai Juara Kejohanan Piala Suzuki AFF edisi 2010 pada jam lebih kurang pukul 10 malam ini, pasti akan menggegarkan seluruh Asia apabila mengenangkan betapa pasukan Harimau Asia yang hilang 3 dekad lamanya, telah kembali muncul mengambil tempat bagi mencabar keegoan pasukan timur tengah, timur jauh dan seluruh pelusuk asia! - Edyes

Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... Sayur Kot ? - Safiq Rahim, Kapten Pasukan Malaysia

Salam Perjuangan, sesungguhnya dalam sukan juga kita berjuang untuk negara.

Jika dalam entri saya sebelum ini secara ringkasnya saya amat berharap 90 minit pertama perlawanan berakhir dengan kegembiraan di wajah setiap penyokong pasukan kebangsaan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tidak saya peduli akan apa yang bakal berlaku di Gelora Bung Karno.

Harapan saya dimakbulkan malah diberi bonus yang begitu besar apabila 85ribu penonton di stadium dan jutaan penonton di rumah, mapley dan skrin besar di beberapa tempat, telah dihidangkan dengan permainan menarik serta bersemangat waja dari setiap pemain negara.

Setinggi pujian harus diberi kepada Rajagopal dan anak-anak buahnya. Sudah kita dihidangkan dengan permainan mantap, kita juga disajikan dengan gol-gol menarik yang bukan satu, tetapi tiga gol menarik menerusi gerakan gelecek yang penuh keyakinan oleh Norshahrul Idlan Talha dan diterjemahkan secara tepat oleh Safee Sali dan Asharudin Samsudin, termasuk juga hantaran loop menarik oleh Mahali yang disudahkan sekali lagi oleh Safee Sali dengan sebuah tandukkan yang menjadi rakaman sejarah.

Lebih membanggakan ialah, bagaimana rentetan dan jerih perih pasukan kebangsaan merangkak dari saat sepak mula Piala Suzuki AFF edisi 2010 ketika perlawanan pembukaan di antara Malaysia menentang Indonesia 1 Disember lalu, bertatih ketika cuba bernafas dalam perlawanan penuh debaran menentang Thailand, hinggalah akhirnya kita berlari meninggalkan Indonesia 3 kilometer jauhnya di perlawanan akhir pertama Ahad lalu. Pasukan kebangsaan hadir sebagai pasukan serba tempang yang pemainnya di ambil secara runcit-runcit dari beberapa kelas pemain, lalu dikumpulkan menjadi sebuah pasukan.

Kesudahan pertama melihatkan pasukan negara dibelasah 5-1 oleh Indonesia sebelum barisan pertahanan dirombak bagi menghadapi Thailand, yang akhirnya 1 mata paling berharga diperolehi. Seterusnya pasukan Rajagopal tidak menoleh ke perlawanan Indon-Thai di Senayan ketika membelasah Laos 5-1 di Palembang apabila keserasian sebenar berjaya dibentuk dan digilap bersama. 

Melangkah ke separuh akhir dengan bantuan Bambang Pamungkas, pasukan kebangsaan bertindak cemerlang setelah menumbangkan keegoan juara bertahan Vietnam senior, setelah sebelum ini pasukan yang sama juga mengecewakan skuad junior Vietnam bagi merebut emas sukan SEA. Ini satu kepuasan kerana selama ini pasukan kebangsaan kerap disekat oleh Vietnam dalam kebanyakkan kejohanan serantau yang disertai.

Apabila tiba perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, persoalan yang dibangkit oleh setiap penyokong, jurulatih dan penganalisa sukan hanyalah berbunyi - dendam kekalahan sebelum ini harus ditebus! Keberanian dan keyakinan setiap mereka yang mahukan pasukan kebangsaan menebus kekalahan sebelum ini hadir dari pengamatan yang begitu jelas, bagaimana pasukan sekuat Vietnam tersungkur di tangan Harimau Malaya. 

Dengan keyakinan ini yang turut terserap dalam jiwa pasukan kebangsaaan, menjadi azimat terbaik untuk bermain cemerlang dalam 90 minit pertama yang akhirnya kita tidak langsung dibolosi walau satu gol pun, tetapi gawang sang garuda lolos 3 jaringan berkualiti - bukan satu pun gol berpunca dari nasib dan keadaan kelam kabut depan pintu gol. Ini satu kedudukan yang sangat baik bagi pasukan kebangsaan demi mencipta sejarah pertama kali menjulang Piala Suzuki AFF. 

Kedudukan semasa pasukan Malaysia akan menjadi jauh lebih baik sekiranya kita berjaya menyumbat gol awal seterusnya memberi tekanan kepada Indonesia yang pastinya 'ghaplah' untuk mencari 5 jaringan bagi menyaingi kedudukan baik Malaysia. Ini kerana di atas faktor jaringan di tempat lawan (away goal) adalah dikira mengikut apa yang dilaporkan walaupun sebelum ini saya menyangka sistem jaringan tempat lawan  tidak efektif dalam kejohanan Piala AFF. Oleh demikian, andainya kita menyumbat gol awal, Indonesia tetap kalah sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan 4-1 atau 5-2 (Indonesia - Malaysia).

Semua rakyat Malaysia sedang bangga dengan pasukan kebangsaan yang ada pada hari ini, saya percaya ia lebih kuat dengan sekembalinya kembar emas negara, Aidil dan Zafuan yang mengalami kecederaan panjang. Pasukan ini adalah hasilnya dari sebuah liga profesional kebangsaan yang tidak meletakkan sebarang pemain import. Inilah hasilnya apabila semua pos-pos penting setiap pasukan negeri diisi oleh anak watan dan seterusnya mewakili negara.

FAM seharusnya lebih bijak dengan melihat keputusan cemelang pasukan kebangsaan setelah liga Malaysia tidak menggunakan khidmat pemain import sejak tahun 2008. Hasilnya kita nampak pada hari ini, pasukan Malaysia melangkah bergaya ke perlawanan akhir ke dua berbekalkan 3 butir jaringan. Fikir-fikirkanlah kembali satu persoalan yang kerap saya timbulkan, adakah liga Malaysia menjadi keutamaan, atau pasukan kebangsaan menjadi keutamaan? Sila lihat entri di sini.

Berbalik kepada perlawanan akhir malam ini, saya begitu optimis bahawa pasukan kebangsaan akan beroleh kemenangan apabila menentang kesebelasan pemain Indonesia bersama ratusan ribu penyokong fanatiknya. Saya tidak mahu seri apatah lagi kalah (walaupun Malaysia akhirnya digelar juara Piala AFF). Saya mahukan sebuah kemenangan bagi menyentap keegoan seluruh pasukan yang pernah mentertawakan pasukan kebangsaan selama saya mengikuti satu demi satu kejohanan melibatkan Malaysia sejak mengenali bolasepak. 

Bayangkan perasaan yang dilalui oleh seluruh peminat bolasepak tanahair dalam kejohanan Piala Tiger sebelum ini, dan saya tidak lupa bagaimana pasukan Alan Haris diaibkan, pasukan Bertalan Biskei diaibkan ketika jauh mendahului Indonesia. Juga saya tidak lupa bagaimana kita dibangsatkan dalam kejohanan Piala Asia sebagai penganjur pada tahun 2007. Malaysia jadi bahan tertawa seluruh Asia di bawah kendalian Norizan Bakar!! Saya tidak lupa semua itu!! Jadi saya mahu kemenangan dijelmakan pada malam ini walauapun seri itu sudah memadai!! 

Tidaklah saya peduli dan tidak kita gentar dengan penyokong fanatik Indonesia yang meraikan sukan tanpa menggunakan akal fikiran. Kita pun ada penyokong seganas Kelantan, jadi apa harus dibimbangkan? Awas Indonesia, belangnya Harimau Malaya bisa membungkang sang garuda, apatah lagi taringnya !!

Jika sebelum ini saya menyatakan hanya mahu kemenangan di Bukit Jalil untuk dirai oleh penonton yang membayar tiket (entri di sini), kini saya tidak lagi menoleh ke belakang apabila peluang untuk mendakap piala paling berprestige dari nusantara ke indochina. Malaysia harus digelar juara bagi menyambung legasi tamatnya penantian emas 20 tahun sukan SEA 1989. Pasukan Malaysia harus digelar juara dalam langkah mengembalikan zaman kegemilangan Harimau Asia pada era 3 dekad yang lalu. 

Muncul sebagai Juara Kejohanan Piala Suzuki AFF edisi 2010 pada jam lebih kurang pukul 10 malam ini, pasti akan menggegarkan seluruh Asia apabila mengenangkan betapa pasukan Harimau Asia yang hilang 3 dekad lamanya, telah kembali muncul mengambil tempat bagi mencabar keegoan pasukan timur tengah, timur jauh dan seluruh pelusuk asia!

Awas Korea Utara dan Selatan! Awas Jepun! Awas negara Saud! Awas Oman, Qatar, Bahrin, Iran dan Iraq!! Awas Turkmenistan, Tajikistan Uzbekistan mahupun gohead gostan!! Awas juga Australia ! Harimau Asia kembali menggegar Dunia !! Kami ada jelmaan Supermokh, kami ada jelmaan James Wong walaupun beliau masih hidup! kami ada jelmaan Santokh Singh, dan kami juga ada celoteh Shebby Singh!! Kami ada jelmaan R 'spiderman' Arumugam!! Russia 2018 tunggu, pasukan Malaysia akan hadir mewakili Asia Tenggara buat kali pertama !! 

Untuk semua ini, menangkan dulu perlawanan akhir kedua yang bermula jam 8 malam nanti.

Sama-samalah kita doakan, semuga hayat ini berjaya menyaksikan bolasepak negara berjaya di arena antarabangsa. Ini satunya peluang, yang luas terbuka dan terhidang untuk sebuah sejarah satu permulaan.Ini satu permulaan bagi menempa sejarah - Kemunculan Semula Harimau Asia !!


EDYES @ edyesdotcom - blogger sukan anda !

sila klik di sini untuk melihat kembali klip video gol-gol Malaysia dalam perlawanan sebelum ini!

Negaraku....



NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAHTA

RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAHTA

 (Dengar lagu negaraku sambil melihat gol-gol Malaysia)

Tuesday, December 28, 2010

Rais Yatim, Sila Buat Penafian !!

Atau diam itu tandanya setuju...

"and now with talk in the Umno Blogs that the Minister who raped the Indonesian maid is Rais Yatim the government may be hard-pressed in covering up this scandal any further."

Sumber dari sini.

Saya merayu kepada menteri warisan agar buat penafian segera atau akhirnya akan berlaku fitnah yang sememangnya tidak diundang.

Jika sebelum ini berlaku fitnah BESAR terhadap ADUN Selising kononnya terlibat dengan skandal tangkap basah dalam koc keratapi kelas pertama, namun ADUN berkenaan sekurang-kurangnya telahpun membuat penafian walaupun belum mengambil tindakkan undang-undang terhadap si pengfitnah. Sedikit lewat tidak menafikan kebenaran.

Kini tibalah giliran menteri berkenaan untuk membersihkan namanya kerana telah terdapat tuduhan di merata blog dan laman sosial lain, membabitkan Rais Yatim(sepertimana dalam quote di atas) dengan skandal merogol amah - satu skandal yang sangat memalukan nama negara.  

Kita tidak prejudis dalam perkara serius ini, tetapi satu kenyataan media bagi menafikan tuduhan di atas adalah diperlukan bagi membersihkan nama Rais sendiri dan seterusnya membersihkan nama negara buat seketika. Tetapi ini tidak bermakna perogol VVIP terbabit harus dibiarkan bebas! Difahamkan, perogol VVIP itu masih lagi salah seorang menteri kabinet Najib, yang juga sebelum ini merupakan menteri kabinet bagi Perdana Menteri terdahulu iaitu Paklah.

Sebagai rakyat, jangan kita biarkan peristiwa yang berlaku melibatkan VVIP seperti Rahim Thambi Chik di Melaka dan Jamaludin Jarjis di dalam pub berulang dengan pesalah dibiarkan lepas dan masih lagi memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Begitulah juga dengan skandal Soi  Lek yang kini susuk tak bermoral itu masih diangkat menjadi presiden MCA.

Justeru itu, sekali lagi diingatkan kepada Rais Yatim, agar menafikan tuduhan perogol amah ini dengan segera. Atau diam itu tandanya setuju...


EDYES

Artikel ini juga diilhamkan oleh brader saya IkutSukaAku dengan tajuk yang jauh lebih ganas - "Perogol Itu Bernama RAIS YATIM???"

Cerita Penuh Menteri Rogol Amah !!

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang. -harakahdaily

Laporan polis terhadap Rocky's Bru bertepatan peruntukan undang-undang: Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog adalah bertepatan dengan haknya sebagai individu negara ini.

Katanya tindakan itu wajar mengikut peruntukan undang-undang bagi mendapat perlindungan setelah namanya tercemar berikutan laporan di dalam blog berkenaan.

"Saya mempunyai hak sendiri sebagai individu, kita harus menghormati undang-undang sedangkan hari ini pun PM (Perdana Menteri) cakap kena hormat undang-undang. Jadi setiap individu perlu menghormati undang-undang yang ada di negara kita.

"Saya tidak ada melibatkan sesiapa. Barang siapa yang mencemarkan dan memburukkan sesiapa, waima, beliau seorang penulis blog ataupun seorang kerani, kita mempunyai hak masing-masing, jadi ini yang saya tegaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky’s Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Selain itu, Dr Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat.

"Misalnya, kalau kita takut kepada mengimplikasi undang-undang yang kita cipta, ini bukan satu keadaan yang positif, ini negatif. Jadi apa kita jadikan undang-undang, kita perlu ikut dan jadikan azimat perjuangan kita.

"Saya tergolong kepada orang seperti itu, jadi saya tidak menakuti mana-mana komen tapi kalau melanggar hak saya sebagai individu, saya perlu mengambil lindungan di bawah undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno yang menegaskan bahawa hak-hak orang Melayu dilindungi dalam Perlembagaan, Dr Rais berkata orang Melayu tidak seharusnya terus menerus bergantung kepada peruntukan Perlembagaan itu.

"Kalau orang Melayu hanya bertongkat mahu berjalan, ini tentu sekali tidak membawa kita ke mana-mana.

"Kita perlu berganding bahu dengan orang bukan Melayu, rakan-rakan Cina dan rakan-rakan India kita, bagaimana mereka bertahan kerana kita perlu berkebolehan untuk mencapai tahap seperti mereka," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak untuk menghormati asas-asas Perlembagaan negara membabitkan Raja-Raja Melayu, Kontrak Sosial dan kuasa-kuasa rizab Melayu kerana ia telah dipersetujui oleh "nenek moyang kita terdahulu".

Dr Rais juga menyifatkan ucapan Perdana Menteri berhubung hak istimewa orang Melayu sebagai "tindakan berani" dan menjadi satu titik permulaan yang mampu menyemarakkan lagi perjuangan UMNO.

"Ini adalah mesej yang sangat jelas, yang seharusnya kita perjelaskan ke bawah selepas ini. Kita perlu memberi tahniah kepada Perdana Menteri dan Presiden yang berani tampil kemuka menjelaskan situasi ini.

“Kontrak sosial itu adalah tulang belakang kepada Perlembagaan Malaysia. Seharusnya ucapan ini dijadikan azimat perjuangan dan orang Melayu khasnya serta orang Malaysia amnya kena menghormati Perlembagaan Malaysia,” katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Kes ini kes lama tetapi meletup setelah blogger, Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru) mendedahkan mengenai laporan WikiLeaks yang menyatakan ada menteri yang pernah merogol amahnya.

Dan sementelah lagi sebagai seorang wartawan senior dan blogger, Ahirudin sepastinya memiliki maklumat yang lebih banyak dari orang lain.

Bodohnya menteri berkenaan bertindak untuk berlawan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang wartawan cum blogger.

Jika Rais berkata, beliau mempunyai hak sendiri sebagai individu untuk membuat laporan polis ke atas Rocky's kerana kita harus menghormati undang-undang - sehingga nama Rocky's yang baru mendapat pingat "Datuk" itu terjejas dan komputernya dirampas, maka kini Rais tidak boleh menghalang jika Rocky's bertindak balas.

"Patuhi undang-undang" - satu klise yang sedap didengar dari mulut Rais. Dan Rocky's cuma melaporkan pendedahan Wikileaks yang mana ada menteri yang telah melanggar undang-undang lebih awal dan untuk kes yang lebih dasyat.

Salin dan tampal oleh EDYES dari blog greenboc...

Monday, December 27, 2010

Kenyataan Media : Menolak Lantikan TSUA KEADILAN !!

Tuan Ibrahim Tuan Man pernah berkata, "PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah" . Maka saya katakan, Chegubard lebih rela menolak jawatan dalam mempertahankan Prinsip daripada berkompromi dgn penipuan yang berlaku !! - edyes
 

Pertahan Prinsip - Anwar tetap kereta kebal terbaik


Kenyataan Media

27 Disember 2010

21 Muharram 1431h

MENOLAK LANTIKAN TSUA KEADILAN DAN MENANTI KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SIASATAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Yg Berbahagia Datuk Seri Dr. Hjh Wan Azizah Bin Dato' Hj Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dari awal apa juga jawatan yang diberikan saya anggap ia merupakan amanah besar . Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat.

Seperti yang dijanjikan saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah.......

Namun setelah berfikir panjang, saya ingin memohon maaf kepada Dato Seri Dr. Presiden KEADILAN dan teman-teman yang lain kerana saya terpaksa menolak lantikan tersebut.
Penolakan ini adalah atas prinsip dan pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya.

Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.

Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan.


Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini
dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu. Mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam gerakan perubahan, mereka mahu kita lakukan sesuatu diluar batasan untuk memudahkan mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Dalam konteks nasional juga kita memerlukan kumpulan muda yang sentiasa mendesak perubahan dan penambahbaikan negara. Sesuatu negara akan mudah berada dalam zon krisis apabila anak muda hilang roh mendesak ini.

Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan memang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet.

Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelansungan nafas semangat reformasi.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

Che'GuBard TOLAK Jawatan Lantikkan Yang Ditawarkan PKR !!

Che'gubard telah umum! Menolak jawatan yg telah dilantik!! Tahniah che'gubard kerana mempertahankan prinsip!
 
Hidup che'gubard ikon anak muda!!

Sidang Media Tergempar che'GuBard Jam 11.30pg !!

 
Sidang Media tergempar cheGuBard (bekas calon ketua AMK) : Umum keputusan tawaran Anwar
 
Tarikh: 27dis, Isnin
 
Masa : 11:30pg
 
Venue : di alamat No 9, Lorong Tembikai 1, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam - rumah sharpshooter..
 
sahabat-sahabat seperjuangan, blogger dan media dijemput hadir..

Juarai hati anak muda: Pengaruh SAMM mampu tenggelamkan AMK

Oleh Nazli Ibrahim aka Beduk Canang

Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM), baru-baru ini berjaya menganjurkan Konvoi Perdana Anak Muda Malaysia Rembau ke Permatang Pauh yang disifatkan konvoi yang membabitkan kumpulan anak muda yang terbesar pernah diadakan di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh.

Konvoi ini yang bermula pada malam Khamis lalu ini turut melibatkan pelbagai program-program selama tiga hari iaitu program kemasyarakatan, sukan, forum, keusahawanan, kesenian, pertunjukkan permotoran dan lain-lain.

Kejayaan SAMM yang pengasasnya Chegu Bard menganjurkan program tersebut boleh dianggap sebagai titik permulaan bagi pertubuhan tersebut merintis program-program lain yang lebih besar dan berkesan bagi memenangi hati anak-anak muda negara ini.

Selain itu program ini yang juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai signifikan cabaran kepada AMK agar lebih proaktif mengadakan program yang mampu memenangi hati golongan muda ini turut mendapat pujian daripada Ketua Umum PKR, Dato Sri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Melalui program-programnya, SAMM walaupun dengan sumber kewangan yang terhad ini juga seolah-olah sedikit demi sedikit akan mengambil alih dan mengisi kekosongan yang sepatutnya diisi oleh AMK yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar Md Akin.

Bagi Chegu Bard yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat pusat PKR, kini mempunyai jadual lebih padat berbanding sebelumnya apabila kerap diundang untuk memberikan ceramah dan menghadiri program lain yang dianjurkan oleh cabang-cabang parti itu sendiri mahupun oleh parti-parti lain dalam PR.

Kepadatan jadualnya terjadi apabila didorong oleh minat yang semakin bertambah daripada pihak penganjur program untuk mengundang beliau baik program yang dianjurkan oleh cabang PKR sendiri mahupun parti lain dalam PR.

Secara umumnya pada masa ini, ketika menghadiri jemputan mana-mana program, imej Chegu Bard lebih dilihat sebagai personaliti yang mewakili anak-anak muda akar umbi dalam AMK dan tentunya SAMM sendiri berbanding Shamsul yang berada dalam 'kelasnya tersendiri'.

Shamsul yang kejayaannya mempertahankan jawatan ketua AMK dengan tidak mendapat pengiktirafan dari sesetengah pihak dalam AMK sendiri seharusnya memandang 'kepantasan' SAMM ini sebagai satu cabaran untuk beliau lebih proaktif memenangi hati masyarakat muda di peringkat akar umbi.

Menjadikan ayat 'pemilihan baru sahaja selesai' sebagai alasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang tercalar dengan aduan-aduan yang masih tiada jawapan ketika sepanjang pemilihan berlangsung.

Apatah lagi, AMK Pusat yang mampu memperolehi sumber kewangan yang lebih besar seharusnya lebih pantas berbanding SAMM untuk mengatur program anak-anak muda sekaligus mampu mengikis label kura-kura yang dibawa beliau sewaktu pemilhan berlangsung sebelum ini.

Malangnya Ketua AMK itu lebih menampilkan lagak seorang Naib Presiden, jawatan yang mahu ditandingi pada awalnya sebelum membuat pusingan 'U', berbanding lenggok yang sepatutnya ada pada anak-anak muda.

Lebih-lebih lagi apabila Shamsul dilihat lebih gemar mendampingi dan 'mengekori' samada Anwar Ibrahim mahupun Azmin Ali di lokasi-lokasi ceramah sehinggakan dilabelkan sebagai 'escort' kepada kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu.

Malahan kehadiran Shamsul di tapak-tapak ceramah yang membariskan pemidato hebat seperti Anwar Ibrahim akhirnya menenggelamkan beliau sendiri apabila rata-rata audien hanya memfokuskan kepada penceramah utama yang jauh lebih hebat pidato mereka.

Keadaan ini boleh disamakan dengan pasukan bola sepak Malaysia yang tentunya tidaklah nampak begitu teruk apabila menentang pasukan negara-negara Asia Tenggara lain berbanding akan dilihat sangat kerdil apabila berhadapan pasukan seperti Brazil atau Sepanyol.

Sebagai Ketua AMK, seharusnya beliau sedar bahawa kejayaan untuk menarik minat anak-anak muda ke arah kesedaran politik dan hak mereka sebagai rakyat tidaklah memadai dengan sekadar pendekatan berceramah semata-mata.

Kelompok anak-anak muda ini seharusnya diberikan tumpuan khusus dengan mendekati mereka melalui program yang mampu menarik minat mereka sekaligus mewujudkan perasaan tidak terasing kelompok ini dengan barisan pemimpin mereka.

Sunday, December 26, 2010

Tak terkata...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Malaysia Menang 3-0 !!!

Gamatnya kat sini mcm dah menang AFF Suzuki CUP

Edyes
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jersey Malaysia Paling BESAR!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jersey Malaysia Paling Besar!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Edyes melaporkan dari stadium bukit jalil

Penyokong malaysia 5 kali ganda penyokong indonesia!! Perlawanan akan bermula 20 minit lagi...

Harapan saya supaya bila habis game nanti, kita akan keluar stadium dgn penuh bangga dan penuh kepuasan. Tidaklah saya pedulik akan apa yg bakal berlaku di senayan kelak, yang penting adalah hari ini!!

Edyes
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, December 25, 2010

Konvoi: Malam Kemuncak!

Berikut adalah rentetan peristiwa malam kemuncak konvoi Rembau - P. Pauh SAMM. Saya sampaikan dgn ringkas mengikut point.

1. Acara buffet BBQ bermula

2. Ceramah Amir Ghazali ketua AMK Penang.

3. Ceramah YB Ng Chin Wen ADUN Komtar

4. Ceramah YB Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau.

5. Ceramah dan nyanyian santai dari ustaz Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa

6. Persembahan dari Pak Long 'selagi ada rindu'.

Ketika ini, Paklong sedang menyampaikan persembahan muzikalnya dimulakan dgn zikir munajat bergitar.

Selepas ini akan tiba giliran che'GuBard utk menyampaikan ceramah dan akhir sekali ceramah oleh YB Timb Ketua Menteri P.Pinang, Dato Mansor Othman.


Edyes
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anwar Ibrahim: Bangga dengan kejayaan dan ketibaan Konvoi Anak Muda

Sebentar tadi, DSAI melalui laman tweeternya mengucapkan kata-kata semangat kepada anak muda SAMM yang menyertai konvoi dari Rembau ke Permatang Pauh.

Ianya berbunyi "ptg. Pauh bangga dgn kejayaan dan ketibaan konvoi anak muda. Reformasi bergema!"


Edyes


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

KONVOI: Program Bersarapan bersama YB Permatang Pasir

Yb ust saleh man sedang berucap di program bersarapan di pusat khidmat msykt DUN Permatang Pasir.

Program seterusnya ialah sebuah program kemasyarakatan bersama rakyat Sg. Petani - Program Gotong-Royong di Sg Petani.

Konvoi dari P.Pasir ke Sg. Petani kali ini akan diketuai oleh saudara Yasir Said. Bekas juara Cuprix Asia. Semoga perjalanan ini diberkati dan dilindungiNya.


Edyes

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, December 24, 2010

Perjalanan bermula

Sekarang nie sesi mengisi minyak di tanjung malim.

1. Berkumpul di dataran senawang. Dilepaskan oleh yb paroi.
2. Berkumpul di pjs, dilepaskan oleh yb haniza.
3. Berkumpul di kg kuantan, shah alam. Dilepaskan oleh yb khalid samad dan yb yaakob shaari.
4. Kini di tg malim
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Update Konvoi Anak Muda Malaysia ke dari Rembau ke Permatang Pauh

Update oleh Suara Anak Muda Malaysiahttp://suarajohoronline.blogspot.com/ bermula perjalanan dari Dataran Senawang Negeri Sembilan terus menuju ke Taman Medan,di sana rombongan telah disambut oleh YB Haniza Talha dari Taman Medan.Sedikit program santai bersama blank di sana,kemudian rombongan dilepaskan oleh YB Haniza terus menuju ke Kg Kuantan untuk bergabung dengan Anak Muda di sana.Di sana kami disambut oleh Yb Yaakob Sapari dan Ketua Kampung Kg Kuantan. rombongan terus menuju ke permatang pauh.Now singgah di Perhentian Tg Malim untuk berehat sebentar ..selepas ini akan menuju ke Tapah bergabung dengan Anak Muda di sana..


Thursday, December 23, 2010

Pelepasan Konvoi Motor Anak Muda M'sia "dari REMBAU ke PERMATANG PAUH" bersama CheGuBARD oleh ADUN Paroi & pimpinan.

Pelepasan Konvoi Motor Anak Muda M'sia "dari REMBAU ke PERMATANG PAUH" bersama CheGuBARD oleh ADUN Paroi & pimpinan.
 
Anjuran SAMM, AMK Rembau, Kelab Motor United Shark, DACS Shah Alam & teman-teman aktivis Reformasi.
 
Pada 23.12.2010 jam 845 mlm ini di Dataran Senawang, Seremban. 
 
Pertanyaan Yaser 012 6794704. Sebarkan!

Utusan Malaysia : Pengakuan ADUN Selinsing !!

 
PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan. - utusan
 
 
edyes wrote:
 
Aku dah hagak dah... fitnah semata-mata... tak logik bila tiada tindakkan di ambil kepada ADUN berkenaan walaupun telah ditangkap 'basah'... takkan 4 orang saksi tu takde hp kamera utk jadi bukti bergambar??
 
 

Rosmah-Najib Pembazir Wang Rakyat !!

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.


NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.


Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.



edyes wrote:

aku malas nak ulas apa-apa malam nie... sebab dah semak dan menyampah bila mengenangkan duit rakyat berjuta-juta habis kat diorang nie, tapi rakyat makin tersedak dek kenaikkan harga barang-barang keperluan... RM4.5 juta untuk raikan bini2 presiden / perdana menteri negara afrika?? what the hell!!

Berapa rumah teres jenis sederhana boleh dibina dari jumlah RM4.5 juta?? berapa orang ibu-ibu tunggal dapat diberi peluang untuk berniaga dengan kursusnya sekali dengan jumlah RM4.5 juta??

Dengar pulak si Najib habiskan beberapa juta hanya dalam masa setahun lebih pemerintahannya, dgn renovate rumah sri perdana yang menelan belanja 65 juta... macam pundek !!

aku serius malas nak ulas... bacalah entri aku bertarikh 22 September 2010 - Rosmah Pembazir Wang Rakyat !


EDYES
entry malam tadi diperbaharui atas sebab teknikal..

Apa kata Kolumnis Rahman Shaari tentang Chegu Bard?

Oleh Nazli Ibrahim aka Beduk Canang

Saya tertarik apabila membaca ruangan Bicara Selasa di akhbar Sinar Harian oleh kolumnis Rahman Shaari pada 14 Disember lalu.

Tulis beliau dalam ruang itu, gelaran cikgu yang ada pada guru yang melibatkan diri dalam politik hari ini tidak lagi menjadi kebanggaan guru-guru ini. Kebanyakkan guru yang berpolitik ini lebih menunjukkan minat untuk menggunakan gelaran yang datang dari istana.

Keadaannya amat berbeza ketika zaman sebelum merdeka hinggalah ke era 80an di mana guru-guru ketika itu amat berbangga dengan gelaran cikgu yang disandang mereka.

Walaupun ada antara guru tersebut yang turut mendapat gelaran lain dari istana tetapi gelaran guru tetap menjadi kebanggaan lantaran status seorang pendidik anak bangsa dan juga pejuang menuntut kemerdekaan.

Tulis beliau lagi, kalaulah ada guru berpolitik hari ini yang dipanggil dan beliau juga merasa selesa dan bangga dengan gelaran cikgu yang ada padanya ianya ialah bekas calon Ketua AMK, Chegu Bard.

Alasan untuk beliau percaya begitu kerana Chegu Bard tentunya tidak akan terkenal dengan gelaran Chegu Bard sekiranya beliau sendiri tidak menggemari gelaran itu.

Beliau turut menulis, seseorang yang sedar akan pentingnya peranan guru dalam kehidupan, akan berasa bangga apabila memikirkan Chegu Bard yang rupa-rupanya ada lagi manusia Melayu yang masih senang hati dengan gelaran 'cikgu'.

Rahman Shaari turut memberikan beberapa contoh personaliti terkenal dikalangan orang-orang terdahulu yang mengekalkan gelaran cikgu walaupun telah menerima gelaran lain.

Antaranya ialah Cikgu Ali Ahmad (MB Perlis) yang menerima gelaran Dato, Cikgu Ishak Arshad (Dato), Cikgu Shahnon Ahmad (Profesor) dan Noordin Hassan dan tidak ketinggalan Allahyarham Ghafar Baba yang entah bagaimana tiba-tiba lebih dikenali dengan gelaran Encik Ghafar Baba (sebelum bertukar kepada Tun).

Biarpun mereka ini tidak lagi bertugas sebagai guru dan menjawat jawatan tinggi dengan gelaran Dato, namun mereka tetap kekal dengan panggilan cikgu dikalangan masyarakat setempat dan mereka amat selesa dengan keadaan itu.

Komennya lagi tentang anak muda yang bernama Chegu Bard ini, beliau melihat Chegu Bard seorang pemimpin muda yang progresif dan tidak mudah mundur dalam mempertahankan pendiriannya.

Rahman turut menyebut jika Chegu Bard dijaga dengan baik oleh pucuk pimpinan parti pasti beliau dapat memberikan jasa terbaik kepada partinya dan rakyat negara ini.

Beliau turut mengulang apa yang disebut oleh Chegu Bard, PKR haruslah membuktikan ketelusannya seperti mana yang dipertikaikan oleh parti itu terhadap ketelusan SPR.

Di akhir tulisannya, beliau titipkan, "Chegu Bard akan terus berkeras, kerana itu ialah sifat pejuang. Kita yakin, dia akan menjadi aset kepada rakyat."

Begitulah antara ringkasan pandangan Rahman Shaari terhadap Chegu Bard dalam artikelnya itu, bukan pandangan saya.

Cikgu Rahman Shaari (Profesor Madya) adalah seorang sasterawan yang juga seorang bekas guru di awal kerjaya beliau. Pernah berkhidmat di IPTA tempatan dan telah melahirkan banyak novel, cerpen, kajian dan lain-lain.

Kini beliau berkhidmat di Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebagai Senior Research Fellow.

Betul Aku Cakap, Rosmah-Najib Pembazir Wang Rakyat !!

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.


NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.


Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.






edyes wrote:


aku malas nak ulas apa-apa malam nie... sebab dah semak dan menyampah bila mengenangkan duit rakyat berjuta-juta habis kat diorang nie, tapi rakyat makin tersedak dek kenaikkan harga barang-barang keperluan... RM4.5 juta untuk raikan bini2 presiden / perdana menteri negara afrika?? what the hell!!


Berapa rumah teres jenis sederhana boleh dibina dari jumlah RM4.5 juta?? berapa orang ibu-ibu tunggal dapat diberi peluang untuk berniaga dengan kursusnya sekali dengan jumlah RM4.5 juta??


Dengar pulak si Najib habiskan beberapa juta hanya dalam masa setahun lebih pemerintahannya, dgn renovate rumah sri perdana yang menelan belanja 65 juta... macam pundek !!


aku serius malas nak ulas... bacalah entri aku bertarikh 22 September 2010 - Rosmah Pembazir Wang Rakyat !




EDYES