Wednesday, December 15, 2010

Imbas Kembali, Kenapa Kita Perlu LAWAN !!

Mengfaraidkan Harta Awam
 
Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

NONEJKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham.

Tak perlu silap mata

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

syabas logoKementerian kewangan mengeluarkan 'pink form' atau borang merah jambu. Tertera di borang ini adalah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa borang ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di borang. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.

Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan borang merah jambu akan dapat dijualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapungkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya borang merah jambu dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan di mana kaum kerabat, kroni dan elit kawan-kawan di Umno dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

NONEJusteru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Mereka semua mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan - memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak di siang hari?

Betul. Ini satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh Umno. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kisah rompakan

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

water bill 110608Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

khalid ibrahim selangor waterHari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

azlanTahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

Kembalikan hak rakyat
Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

NONEJusteru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan



HISHAMUDIN RAIS

3 comments:

  1. mike ni marah kt al-jubur ke sbb wikileak dh dedahkan dia peliwat??

    "pink-form" ni dizaman al-jubur jdi menteri kewangan

    ReplyDelete
  2. Inilah dinamakan zalim mengikut terma Islam.

    ReplyDelete
  3. bodoh sungguh budak kat atas ni...dah tentu selangor nk bagi kemudahan air kat rakyat selangor.

    dh tak kenal mana baik dan buruk ...sebab hati dah gelap sebab percaya dgn fitnah liwat....kalau anwar liwat pun...BERAPA BILLION DUIT RAKAYT YANG HABIS? Tapi kalau BN liwat rakyat, semua susah....anak cucu kita semua berhutang sebelum mereka lahir lagi..........UMNO Al Juburi

    ReplyDelete