Wednesday, November 24, 2010

Wartawan RTM Melapurkan Salahlaku Rasuah Pegawai Pejabat Najib ??

Arakian beberapa siri laporan Chegubard terhadap pelbagai kepincangan JPP dan kemuncaknya apabila laporan kali ke-tiga kepincangan JPP memasuki ruang blog (termasuk malaysiakini), maka berbondong-bondonglah wartawan menghubungi Chegubard untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut.

Untuk wartawan Malaysiakini dan Agenda daily, Chegubard menegaskan surat laporan itu memang wujud tetapi ianya sama sekali bukan untuk tontonan umum. Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Chegubard. 

Akhirnya pada sebelah petang, Chegubard telah dihubungi pula oleh wartawan RTM yang ingin meminta komen melalui rakaman perbualan telifon yang berkaitan dengan kepincangan Pemilihan 2010 untuk disiarkan dalam berita perdana malam tersebut.

Chegubard dengan sinis membalas dengan persoalan, mengapa ketika beliau cuba untuk expose mengenai rasuah yang berlaku di kalangan kepimpinan rejim, RTM langsung tidak memberi ruang? Kemudian Chegubard mengusulkan untuk memberi pendedahan tentang aktiviti rasuah yang melibatkan pegawai pejabat Najib, dan untuk pendedahan rasuah ini, Chegubard mengatakan bukan sahaja melalui rakaman perbualan malah beliau sanggup hadir ke Angkasapuri untuk tujuan itu.

Wartawan RTM itu terkedu dan kenyataan terakhir wartawan tersebut berbunyi "ok, lain kali".

RTM yang menjadi alat propaganda kerajaan BN memang wajar untuk dilayan sedemikian rupa kerana selama ini seperti yang kita sedia maklum, mereka sering sahaja memaparkan berita-berita yang menjatuhkan Pakatan Rakyat. RTM dan media perdana lain cuba mengambil kesempatan dengan mengasak setiap ruang yang ada demi memberi persepsi yang buruk terhadap Parti Keadilan Rakyat khususnya pada setiap cacamerba yang berlaku sepanjang Pemilihan 2010. 

Adalah harus bagi setiap pemimpin Pakatan Rakyat memulaukan RTM, TV3, Utusan dan Berita Harian termasuklah tidak memberi walau sedikit ruang kepada wartawan-wartawan mereka supaya mereka sedar, tiada tempat bagi penabur fitnah seperti mereka.

Begitu jugalah dengan tindakan Chegubard apabila berhadapan dengan wartawan RTM. Jika mereka fikir Chegubard boleh dibeli dengan kedudukan dan wang ringgit bagi menjatuhkan parti sendiri, nyata mereka salah perkiraan.

Di bawah adalah link terdahulu laporan terhadap JPP dan link-link berkaitan;




No comments:

Post a Comment