Thursday, November 4, 2010

Shamsul Iskandar Membidas Dr MAZA ?

SIAPA LEBIH BIJAK MENANGANI ISU ?

Anda nilailah sendiri, pemimpin mana yang bijak dalam menangani sesebuah isu dan pemimpin mana yang mengamalkan pendekatan terbaik demi parti;


1(a). Isu Dr MAZA -KENYATAAN CHEGUBARD

Menjawab kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima. Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.

Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik. Penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar Ibrahim merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut. Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN. Kuasa politik mutlak yang mahu di pegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.

Anwar Ibrahim di lihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan UMNO khususnya. Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang di bentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan UMNO dalam memegang kuasa di negara ini. Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar Ibrahim sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya UMNO. Ini merungsingkan BN/UMNO sehingga berbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau. Kita lihat hari ini tindakan – tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar Ibrahim wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN/UMNO yang sedia ada.

Kemantapan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan. Faktor kehadiran Anwar Ibrahim dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia. Sekiranya Anwar Ibrahim gagal kita percaya BN dan UMNO tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar Ibrahim dalam politik.

Generasi baru ini melihat Anwar Ibrahim sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat. Generasi baru hari ini juga nampak bahawa usaha terdesak BN dengan menggunakan segala jentera kerajaan, melakukan ketidakadilan serta kezaliman dan usaha jahat untuk membunuh politik Anwar Ibrahim hanya menunjukkan betapa korup dan pincangnya pentadbiran kerajaan dibawah BN. Ini memerlukan pembelaan dan pembelaan ini bukan setakat membela Anwar Ibrahim tetapi membela rakyat dari terus dipimpin oleh kerajaan zalim yang ada.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak realistik dalam menuntut Anwar Ibrahim berundur dari politik. Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus di tipu oleh kerajaan memerintah. Anwar Ibrahim telah berjaya mengerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia. Regim yang ada ini seharusnya di tentang dan diruntuhkan. Faktor kejayaan Anwar Ibrahim dalam membentuk kuasa berasaskan kuasa rakyat inilah yang mengerunkan kerajaan yang ada.

Memang perjuangan ini bukan kerana sosok Anwar Ibrahim tetapi kenapa sosok Anwar ini berjaya dengan mudah diterima rakyat selepas dipecat dan dihina oleh Umno ?

Selain dari sejarah latar yang dilakar Anwar sebagai pejuang rakyat sebelum memasuki Umno, beliau juga tidak dapat dinafikan telah membuktikan punya keazaman peribadi dan keazaman politik yang kuat dalam melakukan perubahan.

1997 menyaksikan (Tun) Dr. Mahathir bercuti. Anwar diberi laluan memangku jawatan Perdana Menteri, Menteri dalam Negeri dan turut memangku Presiden Umno. Ramai mengatakan pada ketika itu Anwar sedang di uji oleh Dr. Mahathir sama ada layak untuk mewarisi kerusi beliau.

Ada kuasa sekejap apa yang Anwar lakukan ? Beliau tidak beretorik. Anwar kembali ke parlimen membentangkan pindaan akta rasuah 1997 ini mencemaskan ramai pihak apabila akta rasuah diperketatkan. Akhirnya ini juga punca pada kaca mata ramai mengatakan Anwar gagal ujian tersebut. Kemungkinan jika Anwar ketika punya kuasa sekejap itu mungkin lulus ujian jika tidak membuat pindaan akta rasuah sebaliknya terus menggalakkan rasuah maka sekarang sejarah perjuangan dalam negara mungkin tidak sebegini.

Jesteru itu Anwar mungkin ada kekurangan tetapi Anwar kini kuasa penyatu yang diterima rakyat. Anwar mampu membawa rakyat bersatu ke pintu perubahan. Maka barisan anak muda harus bersiap, apabila dipintu perubahan nanti jangan tunggu tetapi terobos masuk. Sebelum itu kita anak muda harus siap.

Perubahan perlu didesak bukan ditunggu.


1(b). Isu Dr MAZA - KENYATAAN SHAMSUL ISKANDAR

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd (gambar) berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana “rentak tari politik yang makin tidak seimbang” adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.

“Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.

“Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.

“Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Asri menyarankan agar Umno-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar,” kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata, AMK berminat untuk menyarankan agar Asri menasihati idola beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bawah hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat.

“Jika ini gagal dilakukan Asri, terbuktilah kenyataan Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh Umno-BN.

“AMK mendoakan agar Asri terhindar daripada diperguna oleh Umno-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak Umno-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan,” kata beliau.


2. ISU BERKENAAN PENGUNDI HANTU DI CABANG REMBAU

Sayap pemuda PKR: Shamsul dakwa pencabarnya bawa pengundi hantu

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tercalar dengan dakwaan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pencabarnya, Badrul Hisham Shaharin membawa pengundi hantu ketika pemilihan hujung minggu lalu.

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” mendahului saingan selepas 68 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) melangsungkan pengundian setakat kelmarin.

Shamsul Iskandar mendakwa wujud pengundi hantu di cabang Rembau dan Tampin.

Bagaimanapun dalam reaksi segera, Badrul Hisham tengah hari tadi menafikan dakwaan itu serta menganggap Shamsul Iskandar bertindak terburu-buru menggunakan media demi mempertahankan kerusi ketua AMK.

“Saya juga mendapat maklumat ini tetapi saya tidak terburu-buru bertemu media,” ujar beliau ketika dihubungi.

“Itu terpulang kepadanya (Shamsul) untuk menuduh saya atau parti (PKR), kalau saya nak bangkitkan kepada media tentang keterlibatan jenteranya (Shamsul) dalam Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta memanipulasi banyak perkara, sebenarnya banyak,” kata beliau.

Menurut Shamsul Iskandar, seorang ketua cabang di Negeri Sembilan yang ditangkap oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat kelmrin dikenali umum sebagai ‘orang kuat’ Badrul Hisham.

Katanya, Badrul Hisham tidak boleh menafikan dakwaan tersebut kerana akar umbi PKR di Negeri Sembilan, khususnya di bahagian Parlimen Rembau mengenali galur politik antara Badrul Hisham dan ketua AMK cabang terbabit.

“Kalau ditanya pada orang Rembau, sudah pastinya diketahui dia (ketua AMK cabang terbabit) bukan ‘orang Rembau’,” ujarnya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Badrul Hisham, yang juga Ketua cabang Rembau turut dituduh membawa pengundi hantu ke Pusat Pembuangan Undi cabang Tampin pada hari yang sama.

“AMK di Tampin baru ditubuhkan, cabangnya pun baru diaktifkan, tapi apabila turun mengundi sampai 82 orang,” katanya.

“Yang lebih menarik 76 undi dapat pada Chegubard dan enam undi berbaki saya dapat, itulah persepsi (membawa pengundi hantu) yang ditimbulkan ke atas peribadi Chegubard,” ujar Shamsul Iskandar.

Melihat pada insiden tersebut, Shamsul Iskandar mendesak jawatankuasa itu menggantung keputusan pemilihan peringkat pusat di Rembau dan Tampin sehingga mereka yang terbabit disiasat dan dibuktikan tidak bersalah.

Badrul Hisham yang mengaku terkejut dengan tuduhan tersebut pula menasihatkan Shamsul Iskandar supaya menggunakan saluran rasmi disediakan parti.

“Saya buat laporan dan minta JPP siasat seadil-adilnya...(bukan) membuat tuduhan, “ ujar beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.

“Saya rasa terkejut tetapi apa jua alasan kita (PKR) tidak boleh berkompromi dengan proses pengundian yang tidak telus,” katanya.

Ekoran itu, beliau meminta pihak berwajib supaya prihatin dengan cadangan Shamsul Iskandar supaya menggantung serta-merta keputusan di kedua-dua cabang terbabit demi memelihara semangat setiakawan di kalangan anggota AMK.

Badrul Hisham turut menyuarakan rasa yakin bahawa Shamsul Iskandar bersedia untuk berfikiran matang serta memelihara imej parti memandangkan Shamsul Iskandar berpengalaman memimpin AMK sebelum ini.
Tetapi, apa untungnya untuk sebuah parti (PKR) memulakan langkah awal mencipta sejarah demokrasi di Malaysia supaya parti-parti lain boleh ikut,” katanya.

Dijangkakan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung PKR sekali lagi akan campur tangan dalam kedua-dua insiden terbabit dalam masa terdekat demi memastikan perjalanan pemilihan PKR 2010 yang dijadualkan berakhir 29 November ini berjalan lancar.



*****************************************


ANDA SEMUA DI MINTA MENILAI, PEMIMPIN MANA YANG LEBIH BIJAK MENDEPANI ISU-ISU BERBANGKIT !

ANDA MENENTUKAN SIAPAKAH LEBIH LAYAK UNTUK DI ANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN AMK KETIKA KITA MENGHAMPIRI SELEKOH PALING PENTING DALAM SEJARAH MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL!

AMK HARUS MENJADI PENJANA UTAMA KEKUATAN ANAK MUDA UNTUK DIGEMBELING BERSAMA DALAM MENDESAK PERUBAHAN !!

No comments:

Post a Comment