Tuesday, November 2, 2010

PECAH BERITA!! - Khabaran Baik Dari Kerajaan Lim Guan Eng !!!


Setelah beberapa hari blog edyesdotcom sunyi tanpa artikel dan berita, malam yang serba santai ini blog edyesdotcom ada membawa khabar gembira dari kerajaan negeri Pulau Pinang ! Berita baik ini harus diambil iktibar kepada semua pembaca, agar kita boleh menilai apakah yang terbaik demi negara dan anak bangsa.

Di saat kerajaan pusat berkira-kira untuk menaikkan harga minyak RON97, kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng telah membentangkan sebuah belanjawan rakyat khususnya untuk rakyat negeri Pulau Pinang dan amnya kepada semua rakyat Malaysia agar berfikir 3-4 kali sebelum memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.

Bajet yang dibentangkan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya kepada golongan yang memerlukan. Saya tidak membentangkan semua intipati Belanjawan 2011 Negeri Pulau Pinang di dalam entri ini, tetapi sekadar menunjukkan betapa prihatinnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan penuh cermat.

Anda akan lihat UMNO dan PERKASA meroyan-royan apabila bantuan-bantuan kerajaan negeri terhadap golongan sederhana susah di Pulau Pinang diperhebat oleh Lim Guan Eng. Mungkin juga Reezal Merican akan sekali lagi memainkan peranan mengelirukan rakyat Pulau Pinang sepertimana isu bantuan warga emas di sini.

Berikut adalah antara intipati belanjawan yang bersifat sangat positif untuk sebuah kerajaan negeri, agak malang bagi penyokong UMNO kerana ini adalah hasilnya menyokong Pakatan Rakyat ;
  1. Elaun Pegawai dan Setiausaha JKKK naik RM100 !
  2. Kakitangan awam negeri akan dapat BONUS RM800 pada tahun ini !!
  3. RM 60 juta dikhaskan untuk program-program pembangunan Islam !
  4. Ibu tunggal dan OKU akan dapat RM100 setiap tahun !!
Saudara dan saudari semua bayangkanlah sekiranya Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat - sebuah pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat! Pastinya lebih ramai rakyat akan terbela dengan skop yang lebih luas.

Kerajaan pusat Barisan Nasional hanya mampu mensasarkan RM500 sebagai saguhati kepada kakitangan awam sedangkan banyak syarikat swasta dan konglomerat yang menyediakan beberapa bulan gaji kepada pekerjanya sebagai tanda mereka dihargai. Kerajaan pusat harus mampu menyediakan yang terbaik kepada semua kakitangannya di sebalik layanan mewah terhadap pelabur-pelabur luar dan juga pelancong yang kononnya membawa banyak keuntungan kepada negara.

Kerajaan pimpinan LGE mampu menghadirkan jumlah bonus yang lebih tinggi di kala sebuah kerajaan negeri milik pembangkang kebiasaannya tidak dilayan dengan adil dalam aspek kewangan dan semua sumber kewangan yang sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri, hanya menyinggahi badan-badan kerajaan pusat yang beroperasi di setiap negeri pembangkang. Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu apabila ia diperintah tanpa ketirisan terancang. Syabas !

Perkara ke-tiga dalam senarai di atas menunjukkan YAB Lim Guan Eng juga adalah seorang ketua menteri yang peka dan prihatin dalam memartabatkan agama Islam di bumi Pulau Pinang. RM60 juta yang diperuntukkan pastinya menutup suara-suara sumbang yang mengatakan LGE seorang yang anti-melayu mahupun anti-islam. Pada hemat kebanyakkan orang sekarang ini, nilai kepimpinan dan pendekatan LGE terhadap Islam itu jauh melebihi kebanyakkan pemimpin melayu yang lain.

Perkara ke-empat dalam senarai di atas menunjukkan keperihatinan sebuah kerajaan negeri terhadap rakyatnya yang memerlukan perhatian. Tanpa mengira batas bangsa mahupun batasan kefahaman dan kepartian, siapa sahaja ibu tunggal dan warga OKU layak menerima RM100 setiap tahun. Walaupun jumlah ini sedikit berbanding apa yang dihulur oleh kerajaan pusat melalui badan kebajikkan, percayalah untuk mendapatkan bantuan sebegini tidak memerlukan surat sokongan pemimpin UMNO sepertimana kebiasaannya yang berlaku demi memohon bantuan badan kebajikan.

Dengan ini, saya selaku seorang aktivis blogger dan penulis bebas ingin melancarkan sebuah tabung kutipan untuk diisi oleh mana-mana individu dari negeri Pulau Pinang yang ingin memulangkan mana-mana bentuk bantuan yang diterima oleh mereka dari kerajaan negeri sekiranya mereka was-was dan ragu-ragu.

Kakitangan awam kerajaan Pulau Pinang yang tidak yakin dengan sumber Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2011 boleh mendermakan wang BONUS yang diterima kepada pihak saya supaya dapat disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan. Begitu juga dengan ibu tunggal yang bersetuju dengan hukum-hakam fatwa UMNO, boleh juga memulangkan RM100 tersebut ke tabung yang telah saya lancarkan sempena Bajet PP 2011. Kepada warga emas yang ingin memulangkan bantuan ehsan kerajaan Pulau Pinang juga boleh berbuat demikian sekiranya tidak sempat masuk TV3 dalam program pembodohan rakyat anjuran UMNO.

Akhir sekali, kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi, sila hayati perkembangan ini sebagai petunjuk untuk membuang undi. Kerajaan BN menawarkan kenaikkan harga minyak dan percayalah harga minyak akan lebih mudah melonjak dengan signal kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi. Tetapi sekiranya anda mahu mengajar BN agar lebih menghormati rakyat Malaysia, agar melihat rakyat kini sudah bangkit menentang kerajaan yang zalim, inilah masanya untuk mengheret Barisan Nasional ke kaki-kaki rakyat marhain. Sesungguhnya kerajaan itu adalah pelayan kepada rakyat!

Berikan kemenangan Pakatan Rakyat kepada Galas !! Berikan kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
nowadays, so busy lah...

3 comments:

  1. Salam.

    Saya setuju 100% jika tuan sanggup menyediakan tabung untuk mana-mana warga Pulau Pinang yang ingin memulangkan mana-mana pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Khususnya penyokong umno yang begitu fanatik dengan perkauman yang dipimpin oleh juara perkauman mereka.

    ReplyDelete
  2. Bertambah lagi la sawan gila babi utusan meloya lepas nih.

    Awang selamat semakin rasa tak selamat dengan DAP.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete