Apakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita cuba menegakkan keadilan dalam Parti Keadilan ? Apakah sesiapapun wajar digelar pengkhianat apabila melaporkan cacat cela kepincangan yang terbentuk pada badan parti? Samada kecacatan itu sengaja dibiarkan, tidaklah diketahui secara pasti.
Terus terang saya katakan, ada perkara yang kita boleh kompromi demi sebuah perjuangan dan ada juga perkara yang langsung tidak boleh dikompromi terutamanya perkara yang melibatkan soal ketelusan. Ketelusan juga merupakan satu bentuk perlindungan jangka panjang yang membolehkan parti ini terus subur didokongi oleh rakyat yang ingin melihat negara ini diperintah oleh parti yang boleh diharap akan ketelusannya dan berlaku adil terhadap rakyat.
Saya mengikuti pemilihan 2010 sejak dari awal detik pemilihan sebagai orang kanan kepada salah seorang calon Ketua AMK. Banyak kepincangan yang berlaku di hadapan mata sepanjang meniti minggu demi minggu pengundian, maka adakah anda fikir blogger seperti saya perlu berdiam diri??
Telah banyak aduan salah laku pegawai JPP dan laporan penyelewengan pengundian telah dihantar kepada kepimpinan parti termasuklah SUA, tetapi tiada tindak-balas yang diharapkan berlaku. Mungkin aduan-aduan tersebut telah dibakul sampahkan memandangkan keputusan rasmi sudah menghampiri iaitu ketika kongress Nasional ke-7 berlangsung.

Apabila aduan demi aduan tidak dilayan, beberapa surat bantahan telah dihantar sebelum ini tidak dibalas, resolusi 10 November lalu yang mengandungi 6 perkara itu juga telah dikemukakan namun tiada respon sewajarnya. Sehingga sampai di satu tahap saya terpaksa membocorkan surat laporan kepincangan JPP kepada pucuk pimpinan di sini, supaya ianya diambil peduli oleh biro yang bertanggungjawab. Tetapi malangnya, ia lebih diambil peduli oleh para wartawan termasuklah dari RTM.
Semua saluran kecuali saluran media arus perdana telah digunakan demi mendapatkan secetus perhatian dan keadilan supaya cabang-cabang yang dibuktikan berlaku seleweng dan disaksikan 'sangat tidak logik' itu segera disiasat. Suruhanjaya siasatan itu juga harus dilihat bebas agar akhirnya dapat dikesan siapakah dalangnya yang cuba menang dengan cara yang keji lagi terkutuk. Kita ini Parti Keadilan Rakyat, adalah begitu busuk pekungnya apabila ada di antara kita yang sanggup gadai maruah perjuangan demi sebuah kerusi jawatan.
Justeru itu, saya menyeru kepada semua anggota parti terutamanya anak muda menyertai kumpulan kami untuk bersama-sama mencari keadilan yang kian terperosok. Jika Pemilihan 2010 adalah satu punca kepada barah yang bakal merosakkan parti, maka kitalah yang menjadi ubatnya untuk melawan barah tersebut.
Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga harus diselamatkan apabila kita sedar dan melihat bahawa, Anwar Ibrahim sebenarnya telah dikelilingi oleh orang-orang yang berkepentingan tersendiri yang menjadi penasihat tidak rasmi terhadap DSAI yang akhirnya menimbulkan banyak keputusan tidak popular dari Ketua Umum dan juga meja biro politik. Anwar Ibrahim harus dijauhkan dari anasir-anasir yang membawa rebah!
Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010.
Saudara dan saudari yang saya hormati, percayalah bahawa kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan Parti Keadilan Rakyat, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Jawatankuasa Pemilihan Parti, dan lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan - apakah makna KEADILAN?
Saya berpegang kepada prinsip, jika menyatakan kebenaran itu menyebabkan saya dituduh pengkhianat, maka saya rela 1000 kali dipanggil pengkhianat demi memperjuangkan kebenaran. Saya takkan berundur walau setapak, takkan seinci akan berganjak!!
Saya menjunjung Parti Keadilan Rakyat sebagai satu wadah yang paling ideal, sebuah parti harapan merentasi kaum, menjadi pertaruhan terbaik untuk menumbangkan BN keparat. Itu perkara Pasti!
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Sdra bila kita berkata tentang ketelusan dalam apa juga tindakan atau perbuataan hendaklah mesti telus 100%, pemilihan PKR 2010 ini, saya juga mengikuti perkembangannya dari mula hingga tirai pemilihan in labuhkan, dan saya dapat lihat bahawa banyak kepincangan dan ketidak telusan tetap berlaku, tetapi apa yang mengeciwakan saya ialah JPP hanya membisu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, dan persoalan saya kenapa JPP dan pucuk pimpinan parti PKR tidak membuat penyiasatan secara telus dan terbuka bahkan hanya membuat penafian dan tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap semua aduan yang dibuat oleh ahli-ahli parti, apakah suara-suara ahli parti dari cabang-cabang perlu dinafikan oleh JPP begitu sahaja, saya percaya pemimpin -pemimpin pusat PKR sedar bahawa tanpa ada ahli PKR tidak ada sekuat hari ini, sebab itu suara ahli perlu didengar.
ReplyDeleteAku dah expired dari AMK ni.. boleh joint korang tak?
ReplyDeleteKAYU JUGA YANG MEROSAKKAN KAYU.....
ReplyDeleteASD,
ReplyDeleteboleh je nak join... pakai baju hitam!
ASD yang berjiwa muda!