Pilihanraya Di Hulu Selangor !!

 Mengikut pecahan pengundi, Melayu dan bukan melayu adalah 50-50. Diandaikan semua kaum cina menolak BN, dan separuh kaum india mengundi PR (mengapa separuh? kerana calon BN adalah terdiri daripada kaum india), maka PR sepatutnya mempunyai 40% undi dalam tangan tanpa undi orang melayu.

Pakatan Rakyat sudah pasti meletakkan calon yang terdiri daripada melayu berbanding calon BN yang bakal menyerahkan kepada MIC untuk memilih calon sesuai. 

Seperti yang saya katakan di atas, 40% undi dalam tangan tanpa undi orang melayu dan calon PR pula adalah melayu. Jika separuh daripada pengundi melayu memangkah melayu dalam PRK kali ini, sudah pasti Pakatan Rakyat akan menempa kemenangan.

Oleh demikian, bersedialah untuk melihat UMNO merampas kerusi MIC!


Berita terdahulu dari Malaysiakini;


Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC

Wednesday, March 24, 2010

16 September Bukan Tak Jadi !!


Salam 1Israel,

Aku pernah maklumkan sebelum ni, 16 september bukan satu cerita kosong. Memang ramai ahli parlimen yang punya sedikit kuderat untuk memacu perubahan di belakang DS Anwar Ibrahim. Jumlahnya adalah seperti yang didakwa oleh DSAI dalam ceramah-ceramah beliau sendiri sekitar bulan April 2008 iaitu lebih dari mencukupi untuk menumbangkan BN dalam satu sidang undi tak percaya terhadap Paklah. Lebih dari mencukupi !

Terdapat banyak versi yang dikaitkan terhadap kegagalan 16 september. Salah satu versinya ialah ketidak-sudian TG Presiden PAS untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Kerajaan Malaysia diambil alih oleh Pakatan Rakyat buat sementara sebelum dibubarkan. Ketika ini, TG Presiden tidak mahu mengambil risiko membiarkan jumlah ahli parlimen bukan islam menjadi majoriti sekiranya pengambil-alihan tersebut berlaku, walaupun untuk tempoh sementara yakni sejurus sebelum membubarkan kembali parlimen. Samada TG Presiden harus rasa bersalah atau tidak, bukanlah persoalan di sini.

Perkara yang harus diambil kira ialah, DSAI telah bersikap benar dalam cubaan merialisasikan 16 September dan sekiranya ia benar terjadi, negara kita ini telah diselamatkan lebih awal oleh DSAI dan Pakatan Rakyat daripada sebuah kerajaan zalim yang mengkudetakan negeri perak, mempermainkan kunci ekonomi negara serta menjaja slogan jahanam iaitu 1Malaysia yang dikaitkan dengan 1Israel.

Kini negara masih lagi terdedah dengan musuh lahanat al-mukmin iaitu Israel dengan jenama APCO. Ia dikaitkan dengan Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO. Jadi, apakah UMNO itu ..... fikir2kan lah...

Baru dapat call, aku kena pergi ambik darah lg sekali sebab darah yang diambil sekitar jam 1 tadi tak boleh pakai kerana beku... tak boleh pakai jugak hospital mahal nie...

Tuesday, March 23, 2010

Demam masuk hari ke-6

Salam 1israel,

Demam sejak hari Khamis minggu lepas berlarutan hingga hari ini. Tapi Alhamdulillah, hari nie yang merupakan hari ke-6, demam dah beransur pulih... walaupun nafas dah berbau ubat anti-biotik, kencing pun dah berbau penadol!

Khamis pergi klinik dapat MC suruh balik rumah rehat, aku bantai dok office jugak. Malam tu keluar lagi sebab ada dinner dgn kengkawan lama. Sudahnya, balik terus menggigil demam.

Dapat ubat antibiotik, hari Isnin tinggal sebijik. Pergi hospital Pantai buat blood test mana tau kalau2 kena denggi ke? result blood test, pallet rendah. takde denggi tapi ada viral... hari rabu kena check darah lg sekali, kalau pallet makin rendah, masuk ward la jawabnya.

Sekarang nie demam dah takde, tapi rasa mcm demam tu ada... badan still sengal2 tapi tak seteruk semalam dan kelmarin.

apa2 berita fasal politik aku tak berapa nak ambik tau time2 demam nie. harap semuanya ok lah. Pakatan Rakyat harus didokong sehingga tercapainya hasrat merakyatkan negara ini - negara rakyat !!

Monday, March 15, 2010

GST Ditangguh Hingga Selepas PRU-13 ??

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Inilah sebabnya kita perlu bersatu sebagai rakyat yang bijak. Kita bukan menentang dasar-dasar kerajaan bagi melaksanakan sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan, malah kita akan menyokong sekiranya dasar tersebut menguntungkan semua pihak, bukan hanya segelintir pihak. Biarlah kemajuan itu selaras dengan taraf kehidupan lantas ia tidak membebankan golongan yang sedikit ketinggalan arus.

Sekiranya kerajaan benar-benar berada dalam keadaan defesit yang begitu memaksa untuk melaksanakan GST, terlebih dahulu kerajaan harus menilai keperluan GST dari pelbagai sudut. Adakah kerajaan telah melakukan yang terbaik sebelum terjerumus dalam defesit negetif ?

Ketirisan yang berlaku dalam menguruskan perbendeharaan negara begitu berleluasa dan tidak terkawal. Tatacara pengurusan yang acap kali menyebabkan kerugian di pihak kerajaan pastinya menjadi faktor utama kepada masalah kewangan dalam kantung kerajaan. 

Adakah dengan perlaksanaan GST ini kerajaan akan menjadi lebih baik dan terurus? atau akan lebih banyak ketirisan yang berlaku setelah berpusu-pusu wang kocek rakyat ditarah masuk terus ke kantung kerajaan ?

Semalam kita telah saksikan pasukan F1 1Malaysia bertarung dalam sukan termahal dunia.  Sungguh kelas sekali kereta Lotus berenjen proton corsworth. Apakah hasilnya kepada rakyat dengan keputusan hampir tercorot tersebut ? Sekiranya pasukan Lotus tersebut menduduki podium sekalipun, apakah benefitnya kepada rakyat, kepada penoreh getah, kepada pemandu lori, peniaga pasar tani dan pasar malam, kepada kerani bank?

Saya merumuskan ini sebagai satu pembaziran secara terang-terangan dan kita harus berasa kecewa terhadap kerajaan yang memerintah kerana cadangan GST telah dibincangkan disebalik berlakunya pembaziran yang bukan sedikit dalam sukan lumba Formula satu.

Banyak lagi pembaziran, ini termasuklah membeli jet pejuang pakai buang, membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam, menghantar pasukan bolasepak kebangsaan untuk menjadi badut di slovakia dan banyak lagi. Begitu juga dengan ketirisan yang berlaku, termasuklah yang termahal sekali iaitu PKFZ yang langsung tidak dikaitkan dengan perompak sebenar.

Ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam kerajaan, adakah rakyat yang membanting tulang, berpenat lelah dan berhempas pulas mencari sesuap nasi dipaksa untuk menanggungnya?

Kini kerajaan telah dikatakan bercadang untuk menangguhkan perlaksanaan GST. Saya percaya dengan penangguhan GST, penangguhan kenaikkan tarif letrik serta penangguhan kenaikkan harga minyak, kerajaan akan menamakan tindakan ini sebagai 'kerajaan prihatin' sedangkan kerajaan sendiri yang mengusulkan GST. Inilah permainan mereka untuk menjadi juara rakyat. 

Menurut penganalis politik berikutan perkembangan semasa, kerajaan akan menangguhkan GST sehingga selepas PRU-13 demi untuk menyelamatkan saki-baki undi yang terarah kepada BN, demi untuk Pilihanraya terpenting dalam sejarah. Tetapi tidakkah kerajaan terfikir bahawa rakyat semakin bijak dan matang? Di manakah rasionalnya seorang pengundi bijak untuk memangkah BN setelah mengetahui GST bakal dilaksanakan sekiranya BN menang? Percayalah bahawa bilangan pengundi bijak kian bertambah dari semasa ke semasa.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada kerajaan BN untuk melaksanakan GST selepas PRU-13. Saya percaya ketika itu Barisan Nasional mencadangkan GST sebagai pembangkang dengan Ong Tee Kiat sebagai ketua pembangkangnya.

Friday, March 12, 2010

Blog edyesdotcom Memasuki Tahun Ke-3


Hari ini merupakan hari lahir bagi blog edyesdotcom. Kini usia blog edyesdotcom mencecah 2 tahun. 

Hari ulangtahun ke-2 blog edyesdotcom hadir ketika edyes benar-benar dalam kesibukan dunia di mana sepanjang bulan Mac dan mungkin bulan April juga, edyes terikat dengan begitu banyak komitmen.

Blog edyesdotcom tidak semeriah ketika menyambut ulangtahun pertama dulu. Kerana waktu itu, sepanjang tahun pertama edyes sangat aktif berblog. Memasuki tahun kedua, komitmen mendahului blogging. Dalam banyak keadaan, edyes tetap memberi ulasan terhadap mana-mana isu yang keudara kerana inilah satu-satunya peranan yang mampu dilakukan edyes dalam perjuangan ini, selain daripada membuang undi.

Namun harus diingat, walaupun blog edyesdotcom semakin lemau ditelan masa, semangat yang membuak-buak untuk melihat kejayaan Pakatan Rakyat membina sebuah negara berorientasikan kebajikan tidak pernah luntur sama sekali. Edyes tetap akan lawan sebarang bentuk kezaliman dan penindasan tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang sendiri. Ini janji seorang pejuang !

Kepada pengunjung setia, edyes ucapkan terima kasih dan harap bersabar kerana kekerapan edyes menguntum artikel sendiri buat masa ini agak perlahan. Harapan edyes agar dikurniakan lebih banyak masa dan ruang untuk memastikan blog edyesdotcom senang dikunjungi oleh semua golongan pada masa akan datang. Edyes juga akan pastikan blog edyesdotcom menjadi sebuah blog yang relevan sepanjang zaman !

EDYES

Siapa Pengkhianat Dan Petualang Agama Bangsa Dan Tanahair


Oleh: Nash Arrawy

Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka . Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB . Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat . Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )
Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya. Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?. Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno. Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma . Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra. Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja. 

dipetik dari : Perakex

Tuesday, March 9, 2010

Perutusan TGNA - (Bagi sesiapa yang belum baca)

oleh TGNA :

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.


Kenapa mesti anti-UG?

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya :

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Seminar khas sempena Muktamar tahun 2010

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Kelantan menjadi teladan

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

[al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Saturday, March 6, 2010

Melompat Menyertai Perjuangan Pakatan Rakyat Lebih Mulia !


Minggu lalu, iaitu minggu pertama bulan Mac merupakan satu minggu yang kian lama dinanti. Minggu tersebut agak istimewa kerana kita menyaksikan penghijrahan sekawan pengkhianat yang sebelum ini berjanji setia berjuang untuk rakyat, demi rakyat. Ura-ura pemergian mereka telah dapat dibaca lebih awal dan akhirnya saat itu berlalu jua, mereka meletakkan senjata, meninggalkan pos kawalan lantas menyusur ke arah kubu seteru untuk menyertai musuh keparat bagi merompak saki baki khazanah bangsa. Ini namanya pengkhianat rakyat.

Apabila disebut tentang mandat rakyat dan wadah perjuangan, semua ini mengingatkan kita disaat kemenangan demi kemenangan yang diumumkan pada malam pengiraan undi. Suasana yang begitu indah  malam tersebut dicemburui oleh seteru, setelah gagasan Barisan Rakyat telah berjaya setelah keras berusaha meyakinkan rakyat bahawa nasib kita akan jauh lebih baik dengan tumbangnya kerajaan pusat, kita yakinkan rakyat bahawa bukan BN sahaja yang boleh memerintah. Hasilnya pada malam itu ialah, majoriti dua pertiga kerajaan pusat telah berjaya dinafikan. Saat manis itu kini bertukar ngeri.

Saya percaya, dan anda juga percaya bahawa setiap undi yang dibuang ke dalam tong undi itu digelangi segeluk harapan. Mereka hadir di pusat pembuangan undi bukan sahaja semata-mata melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, tetapi gah sebagai individu yang berkuasa memilih siapa sahaja untuk mentadbir kawasan, negeri dan juga negara. Mereka memilih siapakah yang bakal mewakili mereka dan apakah dasar perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding. 

Tidak keberatan untuk saya katakan bahawasanya pengundi memilih calon tersebut kerana wadah perjuangan yang dibawa, bukan kerana individu semata-mata kerana sekiranya individu yang sama menjadi calon atas tiket bebas, sudah pasti calon tersebut hilang wang pertaruhan. Kini calon yang dipilih pada tanggal 8 Mac lalu bertindak menjadi calon bebas, wajarkah kemenangan 8Mac lalu diambil-kira? Di manakah jatidiri YB tersebut apabila memanipulasi sebuah kemenangan yang berwadahkan perjuangan Pakatan Rakyat apabila bertukar menjadi calon Bebas?

Memang benar, Anwar Ibrahim adalah individu yang pertama mencanangkan agenda lompat pada pasca PRU12. Namun begitu, perlu diingat bahawa melompat dari Pakatan Rakyat ke arah BN ataupun bebas-BN-friendly dan melompat dari BN kepada Pakatan Rakyat adalah dua perkara yang berbeza. Manakan sama apabila seorang YB itu melompat ke arah wadah perjuangan yang memartabatkan hak rakyat berbanding dengan seorang YB yang meninggalkan kelompok rakyat lalu menyertai kerajaan yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat. Ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Lompatan menyertai barisan yang mengamalkan rasuah dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi adalah satu tindakkan yang hina malah wajar dilakhnat sekiranya berkeras untuk tidak melepaskan mandat rakyat yang diperolehi sewaktu pilihanraya, manakala penghijrahan menyertai perjuangan rakyat menentang kezaliman adalah suatu yang mulia. Kita diajar supaya menjadi lebih baik dengan anjakkan paradigma positif, bukan menjadi lebih jahat dengan menyertai penyamun.

Namun sejujurnya kita memang tidak hairan apakah punca sebenar sifulan bergelar YB ini bertindak meninggalkan parti. Hanya kerana permintaan untuk meng'ali-baba'kan projek bernilai 40juta tidak diendah, mereka meninggalkan prinsip perjuangan. Hanya kerana jawatan CEO bagi syarikat GLC negeri selangor, mereka membakar prinsip perjuangan. Adakah pemimpin sebegini layak mempunyai prinsip? Maka memang layaklah mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Apa yang dikesalkan adalah, sifulan ini membawa bersama mandat rakyat yang menjadi hak pembawa wadah.

Kini bilangan ahli parlimen yang menyebelahi BN kian bertambah. BN memerlukan beberapa lagi ahli parlimen supaya dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti dua pertiga. Dengan penguasaan majoriti dua pertiga ini, dapatlah kerajaan BN melaksanakan program-program yang menyentak wang saku rakyat yang semakin hari semakin tertindas dengan pembawakkan kemajuan yang ternyata tidak selaras dengan taraf kehidupan. Tindak-tanduk kerajaan pemerintah akan lebih mudah dengan majoriti dua pertiga termasuklah dalam rancangan melaksanakan GST. Ini tidak termasuk melaksanakan projek mega sesuka hati lantas mencincang kehidupan rakyat yang bakal menemui kesengsaraan menempuh globalisasi ciptaan pemuja sistem kapitalis.

PKR menghadapi saat getir ini dengan tenang. Segala yang berlaku pada awal tahun ini hasil dari gerakan TaskForce2010 akan dihadapi dengan bijak dan berhemah, malah PKR pernah menghadapi saat telur di hujung tanduk di mana hanya tinggal satu kerusi sahaja selepas PRU tahun 2004. Inilah masa untuk kita melihat 'the true colors of our rebelion'.

Akan ada lagi yang bakal melompat. Sama-sama kita saksikan riak mereka yang menyertai kezaliman. Semoga YB yang melompat itu dapat apa yang mereka kejarkan di dunia ini.

Kepada yang masih tinggal dalam perjuangan, walaupun memaksa kita berkubu di longkang sekalipun, kita harus tabah menghadapinya, percayalah bahawa ketabahan ini akan memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan, yakni menentang kezaliman itu adalah perkara mulia. Gerakan menyelamatkan negara ini dari diratah golongan elit lahanat akan kita teruskan. Sebarang bentuk ketidak-adilan akan kita lawan. Menuntut sebuah negara kebajikan !

Kita yakin dengan perjuangan, tekad dengan istiqomah.

Thursday, March 4, 2010

Tunang Sepol 3 Bulan Tak Datang Bulan???

Saya dedikasikan lagu ini untuk Saiful Bukhari... Lagu berjudul.... FANTASIA DATANG BULAN !!!

apabila kononnya bekas tunangnya itu sudah masuk 3 bulan tidak datang bulan (haid) dan di katakan mengandung. Dan lu orang boleh buat andaian sendiri... apabila dalam situasi tersebut apakah kemungkinan2 yang akan berlaku, apatah lagi dengan status glamor si Sepol sekarang ini.
Adakah ini yang dikatakan musibah dari sebuah sumpah?

Apapun, bersangka baiknya, ada mungkin bekas tunangnya itu menghadapi masalah sakit puan...

Baca berita lanjut dari sahabat edyes yang suka ikut suka... di sini.

Jika Saiful Bukhari membaca entri ini, mohon penafian dari FB anda... TQ

Aktiviti Saiful Bukhari yang dibongkar dalam FBnya sebelum ini, di sini

IKRAR SEORANG PEJUANG!!


"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,” 


Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dengan keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.-Mkini

Syabas YB !!


Ini Binatang Lagi Baik Dari MP Katak Lahanat !!

Salam hormat,

Banyak lagi perkara dalam dunia ini yang boleh kita hayati, selain daripada meratapi ahli Parlimen lahanat pengkhianat!

selamat menonton

Wednesday, March 3, 2010

Ketika Anwar Bergelut Dengan Tuduhan Fitnah, Mereka Menikam Dari Belakang !

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita bersyukur dengan hikmah Allah menunjukkan kepada kita beberapa ekor pengkhianat rakyat, kita merasa simpati juga dengan nasib DS Anwar. Kali ini beliau dihadapkan dengan bebanan serta dugaan yang maha hebat. Calang-calang manusia, sudah pasti tersungkur di perteng ahan jalan. Tetapi DS Anwar telah ditarbiyah dengan kekuatan kerohanian yang kental di samping dokongan rakyat bawahan terhadapnya.

Memang tidak dapat dinafikan, kelemahan utama DS Anwar adalah terlalu berbaik sangka terhadap orang lain. Akibatnya, ketika beliau bergelut dengan tuduhan fitnah liwat ke atasnya, terdapat beberapa rakan yang diberi kedudukan oleh DS Anwar menikamnya dari belakang.

Berbagai alasan yang diberikan oleh pengkhianat itu untuk menghalalkan cara mereka mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun demikian, alasan-alasan mereka langsung tidak masuk oleh akal kita kerana mereka sehingga kini gagal membuktikan apa yang mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang memberikan kedudukan kepada mereka.

Apa yang kita tahu adalah ada di antaranya keluar dari parti kerana gagal mendapat projek jutaan ringgit, ada yang tidak mendapat projek untuk keluarga mereka, ada yang mengalami masalah hutang kereta dan menuntut parti membayar hutang-hutangnya. Itulah pengkhianat yang bertopengkan seperti Malaikat yang kununnya keluar parti atas prinsip memperjuangkan rakyat, bangsa dan ugama. Memang tepat sekali ada di antaranya yang memilih untuk bersama Umno yang pastinya dipercayai boleh menjamu perut-perut mereka sehingga kenyang. Biarlah mereka makan semahu-mahunya sehingga pecah perut mereka.

Perlukah kita bimbang dengan situasi ini? Tidak sama sekali. PKR pernah mempunyai hanya seorang sahaja MP di Parlimen iaitu DS Wan Azizah. Tetapi berkat yang satu itu yang berjuang dengan ikhlas untuk rakyat, Allah membalasnya dengan apa yang kita perolehi sekarang. Proses pembersihan di dalam parti mesti dilakukan mulai sekarang, dan kita harap PKR tidak lagi terlalu berbaik sangka atau memberi ihsan kepada sesiapa jua yang terang-terang tidak mematuhi semangat setiakawan dan persefahaman di dalam PR. Mereka wajib dikeluarkan segera dari parti. Jangan kita bimbang dengan kehilangan berpuluh-puluh orang yang inginkan perut mereka kenyang dengan membiarkan rakyat menderita. 
Kita wajib bersyukur jika kita hanya memiliki hatta seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat. Kita mesti bersedia kehilangan ramai lagi pengkhianat-pengkhianat selepas ini. Kita ingin melihat menjelang Pilihanraya Umum akan datang, berapa orangkah yang sanggup berlapar dan bersusah bersama rakyat.

Kita wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari parti kerana sekiranya mereka masih berada di dalam parti, seandainya InsyaAllah, kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal. Pecayalah bahawa masih ada beberapa orang lagi yang sedang lapar berada di dalam parti kita. Kepada kepimpinan parti, jangan pedulikan permintaan mereka untuk mengenyangkan perut-perut mereka sendiri, biarlah mereka bertindak untuk keluar parti dan kita tunjukkan jalan ke pintu keluar dengan segera.

PR mesti dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat seperti ini sebelum rakyat menghukum kita. Rakyat tidak akan menghukum kita semata-mata pengkhianat ini keluar, tetapi rakyat akan menghukum kita jika kita masih lagi sanggup memelihara manusia hina ini. Mulai sekarang, giatkan usaha mencari petualang-petualang durjana ini dan tendang mereka keluar sebelum rakyat menendang kita. Mereka tiada nilai walau sebesar atom kepada kita tetapi amat bernilai kepada parti yang sememangnya memerlukan orang seperti itu./wfauzdin.blogspot.com

Monday, March 1, 2010

Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti !!

Ini dinamakan operasi pembersihan. Minta jasa baik UMNO untuk memungut wakil-wakil rakyat yang melanggar prinsip perjuangan ini untuk tenggelam bersama-sama dalam lautan kebangkitan rakyat !
Dalam peperangan ini, kita dapat lihat ada komrad yang rebah. Tidak kurang juga yang berpaling tadah. 

Saya berani jamin, walaupun seratus wakil rakyat PR berpaling tadah, hanya wakilnya sahaja yang membawa bendera pengkhianat. Rakyat tetap dengan pendirian menentang kezaliman tatkala wakil rakyat lahanat memilih jalan hitam setelah diangkat dengan segunung harapan.

Terima kasih UMNO!


KUALA LUMPUR 1 Mac – Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

Untuk mengetahui lebih lanjut kejayaan Task Force 2010 (TF2010), sila layari blog adik kita di bagan pinang.

Adik kita sorang nie cargassss! syabas Ali Bagan Pinang !!

Anwar tidak lagi 'relevan' ?


Saya ingin menegaskan bahawa, masih teguh berdiri di belakang perjuangan Anwar Ibrahim dalam kempennya menyelamatkan negara ini dari cengkaman pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat marhein. Lawan tetap lawan.

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri yang melompat masuk UMNO, lawan tetap lawan.

Walaupun semua kepimpinan PAS menyertai UMNO, lawan tetap lawan.

Saya tetap akan pastikan BN akan menemui kegagalan total dalam PRU akan datang. Walau tinggal saya seorang, lawan tetap lawan.
Malaysiakini melaporkan- Lagi Gelora Melanda PKR; 

Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.

Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.

Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.

Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah.

"Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.

Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.

Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.

Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.

Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.

Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.
Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.

Katanya, keputusannya untuk menyertai Umno dibuat selepas mempertimbang perkembangan sejak tiga bulan lalu ekoran kontroversi isu Allah.

Beliau mendakwa bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu.

Najib pula mengalu-alukan penyertaan Fairus ke dalam Umno selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

katanya, beliau selaku presiden Umno menerima dengan hati terbuka kemasukan Fairus ke dalam Umno.

Di majlis tersebut, Fairus menandatangani borang permohonan menyertai Umno dan ahli Seni Silat Gayong.

Dua minggu lalu, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, keluar parti itu, atas alasan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dalam Pakatan. 

Saya berdoa agar ludah ini tidak akan saya jilat kembali !