Minggu lalu, iaitu minggu pertama bulan Mac merupakan satu minggu yang kian lama dinanti. Minggu tersebut agak istimewa kerana kita menyaksikan penghijrahan sekawan pengkhianat yang sebelum ini berjanji setia berjuang untuk rakyat, demi rakyat. Ura-ura pemergian mereka telah dapat dibaca lebih awal dan akhirnya saat itu berlalu jua, mereka meletakkan senjata, meninggalkan pos kawalan lantas menyusur ke arah kubu seteru untuk menyertai musuh keparat bagi merompak saki baki khazanah bangsa. Ini namanya pengkhianat rakyat.
Apabila disebut tentang mandat rakyat dan wadah perjuangan, semua ini mengingatkan kita disaat kemenangan demi kemenangan yang diumumkan pada malam pengiraan undi. Suasana yang begitu indah malam tersebut dicemburui oleh seteru, setelah gagasan Barisan Rakyat telah berjaya setelah keras berusaha meyakinkan rakyat bahawa nasib kita akan jauh lebih baik dengan tumbangnya kerajaan pusat, kita yakinkan rakyat bahawa bukan BN sahaja yang boleh memerintah. Hasilnya pada malam itu ialah, majoriti dua pertiga kerajaan pusat telah berjaya dinafikan. Saat manis itu kini bertukar ngeri.
Saya percaya, dan anda juga percaya bahawa setiap undi yang dibuang ke dalam tong undi itu digelangi segeluk harapan. Mereka hadir di pusat pembuangan undi bukan sahaja semata-mata melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, tetapi gah sebagai individu yang berkuasa memilih siapa sahaja untuk mentadbir kawasan, negeri dan juga negara. Mereka memilih siapakah yang bakal mewakili mereka dan apakah dasar perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding.
Tidak keberatan untuk saya katakan bahawasanya pengundi memilih calon tersebut kerana wadah perjuangan yang dibawa, bukan kerana individu semata-mata kerana sekiranya individu yang sama menjadi calon atas tiket bebas, sudah pasti calon tersebut hilang wang pertaruhan. Kini calon yang dipilih pada tanggal 8 Mac lalu bertindak menjadi calon bebas, wajarkah kemenangan 8Mac lalu diambil-kira? Di manakah jatidiri YB tersebut apabila memanipulasi sebuah kemenangan yang berwadahkan perjuangan Pakatan Rakyat apabila bertukar menjadi calon Bebas?
Memang benar, Anwar Ibrahim adalah individu yang pertama mencanangkan agenda lompat pada pasca PRU12. Namun begitu, perlu diingat bahawa melompat dari Pakatan Rakyat ke arah BN ataupun bebas-BN-friendly dan melompat dari BN kepada Pakatan Rakyat adalah dua perkara yang berbeza. Manakan sama apabila seorang YB itu melompat ke arah wadah perjuangan yang memartabatkan hak rakyat berbanding dengan seorang YB yang meninggalkan kelompok rakyat lalu menyertai kerajaan yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat. Ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Lompatan menyertai barisan yang mengamalkan rasuah dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi adalah satu tindakkan yang hina malah wajar dilakhnat sekiranya berkeras untuk tidak melepaskan mandat rakyat yang diperolehi sewaktu pilihanraya, manakala penghijrahan menyertai perjuangan rakyat menentang kezaliman adalah suatu yang mulia. Kita diajar supaya menjadi lebih baik dengan anjakkan paradigma positif, bukan menjadi lebih jahat dengan menyertai penyamun.
Namun sejujurnya kita memang tidak hairan apakah punca sebenar sifulan bergelar YB ini bertindak meninggalkan parti. Hanya kerana permintaan untuk meng'ali-baba'kan projek bernilai 40juta tidak diendah, mereka meninggalkan prinsip perjuangan. Hanya kerana jawatan CEO bagi syarikat GLC negeri selangor, mereka membakar prinsip perjuangan. Adakah pemimpin sebegini layak mempunyai prinsip? Maka memang layaklah mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Apa yang dikesalkan adalah, sifulan ini membawa bersama mandat rakyat yang menjadi hak pembawa wadah.
Namun sejujurnya kita memang tidak hairan apakah punca sebenar sifulan bergelar YB ini bertindak meninggalkan parti. Hanya kerana permintaan untuk meng'ali-baba'kan projek bernilai 40juta tidak diendah, mereka meninggalkan prinsip perjuangan. Hanya kerana jawatan CEO bagi syarikat GLC negeri selangor, mereka membakar prinsip perjuangan. Adakah pemimpin sebegini layak mempunyai prinsip? Maka memang layaklah mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Apa yang dikesalkan adalah, sifulan ini membawa bersama mandat rakyat yang menjadi hak pembawa wadah.
Kini bilangan ahli parlimen yang menyebelahi BN kian bertambah. BN memerlukan beberapa lagi ahli parlimen supaya dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti dua pertiga. Dengan penguasaan majoriti dua pertiga ini, dapatlah kerajaan BN melaksanakan program-program yang menyentak wang saku rakyat yang semakin hari semakin tertindas dengan pembawakkan kemajuan yang ternyata tidak selaras dengan taraf kehidupan. Tindak-tanduk kerajaan pemerintah akan lebih mudah dengan majoriti dua pertiga termasuklah dalam rancangan melaksanakan GST. Ini tidak termasuk melaksanakan projek mega sesuka hati lantas mencincang kehidupan rakyat yang bakal menemui kesengsaraan menempuh globalisasi ciptaan pemuja sistem kapitalis.
PKR menghadapi saat getir ini dengan tenang. Segala yang berlaku pada awal tahun ini hasil dari gerakan TaskForce2010 akan dihadapi dengan bijak dan berhemah, malah PKR pernah menghadapi saat telur di hujung tanduk di mana hanya tinggal satu kerusi sahaja selepas PRU tahun 2004. Inilah masa untuk kita melihat 'the true colors of our rebelion'.
Akan ada lagi yang bakal melompat. Sama-sama kita saksikan riak mereka yang menyertai kezaliman. Semoga YB yang melompat itu dapat apa yang mereka kejarkan di dunia ini.
Kepada yang masih tinggal dalam perjuangan, walaupun memaksa kita berkubu di longkang sekalipun, kita harus tabah menghadapinya, percayalah bahawa ketabahan ini akan memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan, yakni menentang kezaliman itu adalah perkara mulia. Gerakan menyelamatkan negara ini dari diratah golongan elit lahanat akan kita teruskan. Sebarang bentuk ketidak-adilan akan kita lawan. Menuntut sebuah negara kebajikan !
Kita yakin dengan perjuangan, tekad dengan istiqomah.
Jika lompat masuk PR semuanya ok, semuanya baik, semuanya mulia, jika lompat masuk UBN jahat, kena beli dan sebagainya. Betul ke? Cuba fikir ini: kalau pengikut atau orang kanan Firaun lompat ikut ajaran Musa, itu mulia atau tak mulia? Kalau Abu Jahal dahulu berpaling tadah keluar dari pakatan Jahiliah Quraish dan mengikut ajaran nabi, baik atau tak baik. Sama juga dalam hal ehwal politik Malaysia sekarang ini, kalau dari gerombolan UBN melompat ke PR atas dasar keadilan, kesaksamaan, kebaikan, kesejahteraan rakyat bukan kerana ganjaran, itu adalah jauh lebih mulia daripada PR melompat ke UBN atas dasar dibeli, diberi habuan, diberi pangkat, diberi ganjaran, diberi rasuah serta menyertai gerombolan yang terang-terang mengamalkan rasuah dan assobiah maka itu adalah kejahilan, kejahatan, yang amat nyata, itu adalah pecah amanah of the first kind. Kalau dulu Sdr Anuar meminta MP UBN lompat masuk PR untuk menukar kerajaan zalim UBN kepada kerajaan rakyat PR, itu adalah satu perkara yang mulia. Tukar jahat kepada baik. Tapi tukar baik kepada jahat, masyaAllah minta simpang malaikat 44. Tapi apakan daya, UBN rasa mereka baik sangat dah, rasuah tu baik kerana rasuah boleh membantu ketuanan melayu, tipu itu baik kerana boleh mengekalkan kuasa, kuasa itu baik kerana boleh mengekalkan harta, harta itu baik kerana boleh diambil dari rakyat dengan cara memperbodohkan rakyat untuk kepenting diri dan kroni.... dan seterusnya..Itu saja, kesimpulannya pemimpin UBN mesti mengekalkan kuasa.. dan rakyat terbanyak perlu dibodohkan untuk memastikan mereka mengekalkan kuasa tersebut. Demi untuk...(bukan rakyat) tapi diri sendiri dan kroni. Sedarlah wahai pengundi... Masa untuk berubah, dari kejahatan kepada kebaikan...
ReplyDeletemabuk!
ReplyDelete