Friday, March 12, 2010

Blog edyesdotcom Memasuki Tahun Ke-3


Hari ini merupakan hari lahir bagi blog edyesdotcom. Kini usia blog edyesdotcom mencecah 2 tahun. 

Hari ulangtahun ke-2 blog edyesdotcom hadir ketika edyes benar-benar dalam kesibukan dunia di mana sepanjang bulan Mac dan mungkin bulan April juga, edyes terikat dengan begitu banyak komitmen.

Blog edyesdotcom tidak semeriah ketika menyambut ulangtahun pertama dulu. Kerana waktu itu, sepanjang tahun pertama edyes sangat aktif berblog. Memasuki tahun kedua, komitmen mendahului blogging. Dalam banyak keadaan, edyes tetap memberi ulasan terhadap mana-mana isu yang keudara kerana inilah satu-satunya peranan yang mampu dilakukan edyes dalam perjuangan ini, selain daripada membuang undi.

Namun harus diingat, walaupun blog edyesdotcom semakin lemau ditelan masa, semangat yang membuak-buak untuk melihat kejayaan Pakatan Rakyat membina sebuah negara berorientasikan kebajikan tidak pernah luntur sama sekali. Edyes tetap akan lawan sebarang bentuk kezaliman dan penindasan tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang sendiri. Ini janji seorang pejuang !

Kepada pengunjung setia, edyes ucapkan terima kasih dan harap bersabar kerana kekerapan edyes menguntum artikel sendiri buat masa ini agak perlahan. Harapan edyes agar dikurniakan lebih banyak masa dan ruang untuk memastikan blog edyesdotcom senang dikunjungi oleh semua golongan pada masa akan datang. Edyes juga akan pastikan blog edyesdotcom menjadi sebuah blog yang relevan sepanjang zaman !

EDYES

9 comments:

  1. tahniah dari wak. Pejam celik dah masuk tahun ke 3 tuan berblogging. Apa pun jua, edyesdotcom tetap berperanan dialam siber. Tetap di hati pembaca.

    7 hari dari sekarang blog wak pula akan genap 2 tahun, huh..tak terasa dah 2 tahun rupanya..

    Tahniah dari wak albanjari

    ReplyDelete
  2. wak... terima kasih...

    walaupun sy awal skit... tapi blog wak memang terlalu jauh kedepan...

    tahniah juga pada wak!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Congratulations!! Semoga terus berjuang melalui penulisan di dalam blog.

    ReplyDelete
  4. keep on edyes..i wish u good luck..saya suka pandangan u.

    ReplyDelete
  5. Wow!

    Dah masuk tahun ketigo rupo eh. Tahniah bang. Semogo Allah S.W.T pelihara abg edyes serta dipayungi rahmatNYA.

    Dirgahayu blog edyesdotcom!

    ReplyDelete
  6. thanks akak M3M... thank ali...

    dirgaharu blog edyesdotcom !

    ReplyDelete
  7. tahniah edyes!!

    tapi awak sebagai otai blogger ni kena lebih berhati-hati. jgn jadi macam si aduka teruknya tu!

    ReplyDelete
  8. eydes ang nye blog tarikh lahir sama aku ngan sheikh teluk intan le.. kehkehkeh mmg ong date 12march nih.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. Tahniah bro... dah 3 tahun rupanya. Gua 15/08/10 baru masuk 2 tahun...

    Nanti celebrate teh tarik jelah... calling2 bro...

    ReplyDelete