Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Saturday, August 8, 2009
Edyes kembali kepada UMNO Kerana Kebiadapan DAP?
Jangan kita salah sangka dan salah kira.
Untuk kembali menyokong UMNO tidak ada langsung dalam pemikiran aku dan aku rasa semua orang pun macam tu. Hanya ketika mentah, ku fikirkan Mahathir penyelamat melayu sedangkan pada waktu itu tidak ku sedar negara ini dirompak lebih 50tahun di atas tunjuk ajar British laghnat!
UMNO perompak khazanah negara, perosak bahasa dan bangsa! UMNO yang elit ini akan binasa di bawah arus kebangkitan rakyat pertengahan dan bawahan!
DAP harus bertanggungjawab terhadap kebiadapan ketua pemudanya! DAP harus meninggalkan Pakatan Rakyat dan berjuang dengan idealis kecinaan mereka! selagi DAP tak boleh bertolak ansur dengan majoriti penduduk Malaysia, selagi itulah DAP tidak akan lagi menerima undi Melayu!
Selagi aku bernafas, selagi itulah aku akan menentang puak2 yang menghina Islam. UMNO juga sinisnya menghancurkan Islam dengan program2 yang sangat mengutamakan hiburan dan kemaksiatan!
selagi aku bernafas juga, aku akan pastikan regim UMNO tumbang ditangan pejuang-pejuang keadilan, penentang-penentang kezaliman dan gerakkan kebangkitan Islam!
ayuh melayu, bersatu di bawah satu panji. PAS adalah wadah terbaik !
Lihatlah negeri Kelantan, lihatlah pembangunan pesat negeri kelantan tanpa bantuan kerajaan pusat! peruntukkan pusat yang acap kali tersasar ke KESEDAR dan agensi lain yang akhirnya disiat-siat Ringgit Malaysia kepada kaum kerabat!
Lihatlah negeri Kelantan. Undang-undang pindah hak milik yang mewajibkan hanya rakyat kelantan berhak membeli tanah negeri kelantan yakni emak, atau ayah, atau diri sendiri anak kelantan sahaja yang boleh membeli tanah kelantan.
Bayangkan jika undang-undang ini dipraktikan pada semua negeri di Malaysia! Namun ianya sudah terlambat kerana UMNO memusnahkan harapan bangsa untuk menjadi tuan tanah di negara ini! Ketuanan Melayu yang dilaungkan menjadi candu kepada orang melayu untuk menyokong perjuangan elite UMNO! shit!!
sedarlah semua, kita harus bangkit menentang segala anasir-anasir yang menghina kesucian agama kita! itu yang terutama!
Jika tidak dapat berjuang di Palestin menentang yahudi, kita masih boleh berjuang di Tanah Melayu ini menentang yahudi DAP dan 'yahudi melayu'!
Ayuh bangkit! bersatu di bawah panji gerakan Islam! adalah menjadi kewajipan untuk berjuang ke jalan Allah, biarpun pada skala yang kecil.
Lakum Dinukum Waliyadeen!
ps: posting ini merujuk kepada posting yang terdahulu di sini
printscreen kebiadapan itu laman web itu juga terdapat di sini
hahahhahahahahahahhahahahahaha
ReplyDeleteEd,bole tahan jugak rasis ko ye...
ReplyDeleteAnyway,Islam is for all..
ko buat aku nerves jela..ingatkan betui ko nak pindah rumah....jgn bro rumah tu dah nak roboh dah...
ReplyDeletedemi islam tk kira sahabat atau saudara, akan ku tentang habis-habisan
ReplyDeleteklau mereka-mereka ini menghina agama suci allah.
Saudara,
ReplyDeleteIslam itu hendaklah disampaikan secara b'ilmiah terutama sekali kpd non muslim..
Islam tidak mengajar kita menggunakan pendekatan yng radikal & raskal..
Kalau begini caranya anda berhadapan dgn non islam,maka akan menguatkan lagi tanggapan Islam = terrorisme...
Isu ini sengaja diperbesarkan oleh puak umno kerana utk memecah belahkan kesepakatan di dlm PR.
Maka apabila saudara melonjak utk protes kpd non muslim DAP,maka umno telah berjaya memasukan jarum perpecahan di dlm PR!!!
sedaraku pemuda insaf,
ReplyDeletesaya akui bahwa apa yang pemudainsaf katakan itu adalah tepat, namun sabar kita pun bertempat.
kita tidak bertolak ansur, cuma bersabar dengan karenah mereka yang menolak gerakan islam. Ini kerana kita sedar bahawa negara ini adalah sekular dan gerakan islam itu masih lancar di atas lingkungan dan lingkaranya yang tersendiri.
namun sahabatku, apabila border line itu telah diceroboh sesuka hati tanpa rasa bersalah, maka kesabaran itu juga mempunyai titik hujung yang berbutang merah. Air yang jatuh setitik demi setitik di dalam baldi, akan akhirnya melimpah ruah!
apabila JIM dikatakan extremist dan tidak wajar diberi ruang, apabila cendiakawan islam di hina, apabila kata-kata kesat dilempar ke atas pihak yang menegakkan agama Allah, apakah ini tidak melampaui batasan?
saya tidak termakan dengan dakyah utusan dan bharian, tapi sebagaimana kita berfikir betapa teruknya UMNO dan BN, begitu juga lah kita harus berfikir betapa kurang ajarnya sesetengah pemimpin DAP terhadap gerakan Islam.
sedaraku pemudainsaf, adakah pakatan rakyat PAS menghina agama lain? dan apakah kita boleh berdiam diri apabila seorang wakil rakyat DAP bertaraf KETUA PEMUDA menghina Islam atau sekurang-kurangnya menyebabkan agama kita di hina. Adakah kita akan berkompromi dengan hinaan sedemikian?
Mungkin terdapat beberapa isu bertindih yang boleh kita timbang tara untuk mencari penyelesaian. Tetapi penghinaan terhadap agama adalah sesuatu yang tidak langsung boleh dimaafkan. DAP harus bertanggungjawab penuh terhadap kebiadapan ketua pemudanya!
Siapa yang mahukan perpecahan dalam Pakatan Rakyat? hanya UMNO yakni pakar propaganda sahaja yang mahukan kita berpecah demi survival UMNO yang kian karam itu.
UMNO tidak mungkin dapat menagih undi aku yang satu di atas kerakusan 50tahun memerintah negara ini membuncitkan perut diri dan bini-bini mereka. Saya yakin UMNO tetap akan mengalami kesukaran untuk menghadapi PRU13, begitu juga dengan DAP, dan Pakatan Rakyat!
undi aku yang satu itu tidak mungkin akan dimiliki UMNO. Aku lebih rela pangkah semua di atas kertas undi tersebut(undi rosak), kecuali ruangan UMNO.
Berkenaan isu arak, saya menyokong dasar penjualan arak hanya di kawasan Majoriti kaum bukan melayu. kalau ada melayu dah takde agama nak mampos tonggang arak, dipersilakan ke kawasan majoriti cina. susah ke nak buat camtu???
perjuangan masih belum selesai, kita jangan lupa penghinaan terhadap Islam yang disebabkan oleh pemimpin DAP, atau pemimpin DAP itu sendiri yang menghina agama kita. rasiskah aku? fikir sendiri.
Saudaraku,
ReplyDeleteThanx for your feedback,really appreciate that.Saya b'setuju dgn usaha saudara utk m'junjung & menegakan syiar Islam.InsyAllah saya akan b'sama saudara utk b'juang menegakkan keadilan & kebenaran..
Tetapi apa yng harus ditekankan disini ialah perkara fundamental yng perlu diberi perhatian oleh kita t'utama rakan2 di dlm PR.
Harusnya pemuda DAP diberi penerangan tentang Islam kerana mereka tidak faham konsep yng dibawa oleh Islam.Mereka mungkin tidak boleh d'persalahkan 100% kerana mereka mungkin menerima info yng salah tentang Islam. Saudara harus faham,inilah hasil & corak yng telah dibentuk oleh bn/umno selama 50-60 tahun mereka memerintah.
Mereka harus bertanggunjawab kerana menyebabkan bukan shj non-muslim tetapi melayu sendiri keliru & skeptikal mengenai Islam.
Cukup 50 tahun orng melayu dperbodohkan dgn 3 sentimen yakni raja2 melayu,sentimen islam & ketuanan melayu.3 elemen ini terlalu lama m'belenggu minda orang melayu.Umno tahu,melayu cukup lemah bila ditekankan dgn sentimen ini.Tujuan utama hanyalah satu,mereka ingin lihat supaya PR berpecah belah kerana berjuang atas perkara yng non-fundamental.
Sebenarnya banyak lagi yng hendak saya kongsikan disini tetapi kesuntukan masa.Bagi saya perkara fundamental yng perlu ditekan disini ialah fokus kita bagaimana utk menumbangkan regim bn/umno bersama rakan2 di dlm pakatan utk PRU nanti...
Salam perjuangan..
Setuju dengan pandangan pemudainsaf
ReplyDelete