Friday, March 13, 2009

Kamu Pembunuh !!!



(Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diherdik dengan kata-kata “Kamu pembunuh!” dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan kata-kata tersebut terhadap Najib ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua).

Perkara itu juga berlaku sebaik sahaja Najib menggulung perbahasan peringkat dasar rang undang-undang berkenaan.

Gobind pada mulanya menyatakan kehairanannya kenapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan dan infrastruktur sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk memastikan sistem keadilan berjalan dengan baik.

Beliau kemudiannya membangkitkan isu kematian A Kugan di dalam lokap polis di balai polis Subang Jaya.

Sehingga hari ini, katanya, “tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan”.

Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.

Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.

“Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya),” katanya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: “Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk… Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan.

“Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!”

Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.

Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan.

Keputusan Timbalan Speaker itu dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang dan berlakulah jerit-menjerit antara ahli-ahli Parlimen BN dan pembangkang termasuk menjeritkan perkataan ‘bodoh’ dan sebagainya.

Gobind kemudiannya bangun dan menyatakan kepada Kiandee :”You should be ashamed of yourself (Anda patut malu dengan diri anda)” dan kemudian diiringi oleh bentara keluar dewan.


edyes wrote:

Soalan kuiz minggu ini : Sempatkah Najib menjadi PM?

Bak kata abang bakaq ;

Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind Singh Deo, akhbar Liberation dan wartawannya, Arnaud Dubus (awat aku rasa semacam muka dia?!! Tak gamak nak bubuh gambaq tu di sini), selagi itulah itulah rakyat seperti saya tidak mampu melihat Najib sebagai seorang yang bersih.

Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"

Jadi kita hayati betul-betul, di manakah hala tuju negara ini dengan sebuah kepimpinan yang nampaknya tidak berapa nak bersih. Dengan keadaan tidak berapa bersih ini, adalah sangat mudah untuk mencuci habis sambil menjelmakan kotoran-kotoran lutsinar yang baru apabila berkuasa kelak. Itu pasti.


No comments:

Post a Comment