Friday, January 30, 2009

SPRM = FBI ?? AJK UMNO Dibogel !

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionHalimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut. -mkini

edyes wrote:

Kenaikkan pangkat dari sebuah Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah bukanlah satu lesen untuk menjadi ala-ala FBI dalam menjalankan siasatan terhadap pesalah politik wang mahupun pesalah rasuah yang lain. Memaksa untuk mengaku bersalah? Apakah ini suruhan kerajaan atau menteri-menteri tertentu atau 'calon' tertentu?

Unsur 'paksa-ngaku' ini telah wujud sekian lama dalam lokap-lokap polis yang menjalankan siasatan. Kini berjangkit pula kepada pegawai-pegawai SPRM yang lagaknya seperti polis. Belasah, dibogel, dicucuh puntung rokok, supaya sipolan itu terlibat secara langsung terhadap apa yang dirancang. Ini adalah melebihi tabiat binatang !

Perkara pokoknya ialah, cara ini salah dan tidak sepatutnya berlaku. Kita pernah digemparkan dengan kejadikan ketuk-ketampi bogel dalam penahanan polis oleh warga China (yang sebenarnya adalah warga Malaysia). Mengapa kejadian ini tidak di ambil iktibar?

Sepertimana yang berlaku ke atas kematian Kugan, sebelumnya telah ramai lagi yang mati dalam lokap. Kematian kugan seharusnya menjadi sinar kepada rakyat kebanyakkan supaya menolak unsur-unsur samseng dalam kepolisian mahupun yang terbaru - SPRM.

1 comment:

  1. Kebanyakan mereka adalah orang Melayu dan berdaftar Islam. Amat memalukan!!!
    Marilah kita menentang perlakuan mereka yang tidak bertamaddun ini.
    Tidak ada 'excuse' kenapa mereka melakukan nya dan tidak bolih diterima kezaliman sedemikian.
    Mereka ini lah yang menghancurkan bangsa dan Agama Islam.
    Mari kita dedahkan dan beri tentangan habis habisan. Ayoh.....rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Maruah Islam mesti di lindungi.

    ReplyDelete