Friday, January 30, 2009

Maaf Dato Seri, Saya Sokong PPSMI

Dalam isu PPSMI, saya menyokong supaya mata pelajaran matematik dan sains di ajar dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak akan turut serta dalam demo kali ini dan ia bukan bermakna saya telah lari dari arus perjuangan. Sila fahamkan.

Saya berpendapat, ini bukan soal mempermainkan bahasa kebangsaan dan bukan juga soal memperlekeh bahasa melayu terutamanya. Ini soal kesesuaian pendidikan itu sendiri.

Kita meletakkan suatu kesesuaian berpandukan kepada keperluan semasa. Kiranya Bahasa Inggeris itu menjadi satu keperluan dan kita mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Di mana salahnya?

Dalam masa yang sama, saya percaya Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan boleh diperkuatkan lagi dalam lingkungan bidangnya yang tersendiri. Perkuatkan bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini dengan melimpahi program-program bahasa secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh.

Memperkuatkan bahasa melayu dengan menjadikan bahasa inggeris sebagai saingan di bumi tempatan, kerajaan harus memastikan Bahasa Melayu menjadi faktor utama dalam pelbagai aspek dan kriteria yang memberikan kelebihan kepada mereka yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Kita bukan membunuh bahasa melayu dengan meletakkan pembelajaran dua subjek tersebut dalam 'english' malah kita melakukan satu pengorbanan demi menaikkan martabat bangsa kita.

Biarkanlah matematik dan sains digelumang dalam bahasa inggeris atas dasar kesesuaianya yang tersendiri. Umpama sekiranya kita ingin belajar teknologi German, bukankah lebih baik kita menguasai bahasa Jerman terlebih dahulu? Wajar ! Begitu juga sekiranya kita ingin menguasai ilmu dunia, kita perlu terlebih dahulu menguasai bahasa dunia.

Ambillah suatu kesempatan untuk menguatkan bangsa kita melalui penguasaan bahasa Inggeris. Bukanlah saya mengagung-agungkan bahasa lain, tetapi ia adalah keperluan di atas kesesuaian.

Harap semua memahami maksud yang cuba saya sampaikan. Bukanlah saya menongkah arus, apa pun, Barisan Nasional harus ditumbangkan selewat-lewatnya PRU13 kelak.


Salam

20 comments:

  1. Kalau nak pandai English kena belajar english bukan belajar sains dan metematik dalam English. Tambah subjek sastera English contohnya baru mahir dengan english. Matematik dan sains subjek tenikal, bukan subjek bahasa. APE PUNYE TURRR KEPALA HOTAK ENGAKAU NI!

    ReplyDelete
  2. bro..
    if you read the sun everyday you'll see most of the readers (atau baca - bkn melayu) have been pushing english n maths to be thought in english. i could safely say those are the views of urban people i.e KLites.
    im concerned about this. i can speak and read english very well bcoz i studied oversea. but ordinary kampung boys and girls? do you think they can learn english that fast? i became fluent becoz i use it daily. but in reality, do you think english teachers use proper english in classes? leave alone the right grammar and pronounciation.
    in the end it will be only urban students score math n science resulting rural pupils pursuing the secondary schools still at their respective kampungs. in the end chinese will complaint that their students go nowhere despite scoring the exams becoz govt favours bumiputras.
    we dont want any races dominating one school, do we?
    i guess, the solution is simple. teach math n science in BM, but we need more english classes with better educators. its not 1 year process, believe me.

    or.. despite whatever the verdict soon, if someday we'll do free classes ala mentari/niknazmi, will you interested to join us teaching the kampung folks?

    sometimes we have to read between the lines on certain issues. im sounding like an intellect now. haha.

    take care.
    go PBC!

    ReplyDelete
  3. cara terbaik untuk selesaikan masalah ini dgn ikut cara belajar english du universiti. tambah je silibus english for science & math dlm ubjek english tu sendiri.

    tapi kalau nak kata belajar sains & math dlm english boleh buat budak pandai sains & math itu agak dangkal. yg penting budak2 tu kena master dlm subjek english tu sendiri.

    kalau dah besar nanti depa nak jadi lawyer ke accountant ke doktor ke tak jadi hal. abis tu tak mau ajar prinsip akaun dalam english ke?

    teman rasa belajar bahasa untuk belajar sains dgn math bukan susah sgt kot. dulu budak2 asasi jepun kat um belajae bahasa jepun 6 bulan je terus boleh cakap tulis baca dlm bahasa jepun. 2 tahun lepas tu buat degree kat jepun.

    ReplyDelete
  4. Nak baiki kefasihan bahasa Engeris dengan memansuhkan Pengajaran dalam Enggeris untuk math dan sains....minta maaf aku tak setuju

    Katakan bukan math dan sains dalam bahasa Enggeris, katakan sejarah dan geografi dalam bahasa Enggeris...hangpa nak kata apa...disebabkan mentaliti membantah... bantah tetap bantah...mampus pi hangpa


    Kalau tambah subjek katakan Sastra English .. aku setuju.

    ReplyDelete
  5. di awal zaman pemodenan Meiji di jepun dulu, orang jepun belajar sains &math dalam bahasa jepun.

    mereka translate dulu manual sains &matematik ke dalam bahasa jepun.

    mereka berfikir dalam bahasa ibunda.

    saya sokong hapuskan PPSMI

    KERAjaan perlu mantapkan bahasa melayu (nak mantapkan camne, bahasa melayu dah masuk longkang)

    UMNO = united moron nazional organization ..merekalah puncanya..dabik dada kata perjuangkan melayu..hidup melayu.tapi//bahas amelayu mereka campakkan dalam longkan arus pemodenan..

    ReplyDelete
  6. Asas dan rumusan Bahasa mathematik ( istilah ni dari English) kita guna ilmu kira-kira atau ilmu hisab lebih berbudaya melayu dan sains ( ni pun bukan dari bahasa Melayu ) nak taruk apa ....taruk apa saje janji ada bunyi Kemelayuan adalah piawai satu dunia ...tak kira apa bahasa, asas dan rumusan tetap sama. Kefahaman maths dan sains bukan pada bahasa..sebab dia ada bahasa dunia tersendiri.

    Sekurang-kurang apabila belajar dalam bahasa Enggeris, pelajar dapat pelajari Maths / sains dan Enggeris.


    Nak baiki lagi bahasa enggeris tambah subjek Sastera Enngeris

    Nak tambah lagi semangat bahasa budaya... tambah subjek Sastera Melayu...


    Ni pun nak dipolitikan...macamana le MELAYU nak maju..

    ReplyDelete
  7. Generasi sebelum aku yang ambil aliran Enggeris dalam semua subjek kecuali bahasa Melayu dulu, aku tengok lebih semangat Melayu dari aku ni

    tak pulak dia orang jadi orang putih

    ReplyDelete
  8. maaf tuan edyesdotcom..hambo TAK setuju gak ngan demo..

    saya minta encik fikirkan semula..

    den bukan apo.. kesian kat budak2 kampung..

    teman kalau nak study, teman kalau boleh nak faham betul2 apa yang teman belajo. Bila dah paham, senang jak apply.

    but, kalau dah nak faham bahase inglish pun satu hal, nak paham matematik lak satu hal, adussss, bagaimana bisa itu???

    ReplyDelete
  9. elo.. saya orang nombor..

    kalau saya nampak nombor 4, saya panggil empat..
    kalau saya nampak nombor 4, saya panggil four..
    kalau saya nampak 4, saya panggil arbaah..

    444444444444444444444444

    tak ada kaitan dengan bahasa..
    itu bahasa nombor...
    tapi kalau masa belajar tak paham konsep..macam mana nak buat operasi tambah???

    4+4=????

    tak payah guna bahasa ingeris, pakai bahasa jawa pun nanti jawapannya tetap 8, bulan EIGHT!!!

    ReplyDelete
  10. Salam,
    sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dan telah mengajar subjek ni semenjak 17 tahun yang lalu, saya berpendapat masalah sebenar bukan pada bahasa yang digunakan untuk mengajar, tetapi kerana perbezaan dalam pegangan politik. Walaupun saya bukan peminat UMNO /BN saya rasa pemansuhan secara mendadak adalah tidak wajar kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran pelajar2. Bayangkanlah, pelajar yang telah mempelajari Mate dan Sains dlm BI semenjak dari Tahun Satu, tiba2 terpaksa belajar subjek yang sama dalam BM. Jika ini berlaku, we are going back to square one. Maksud saya pelajar2 golongan ini perlu di 'drill' lagi dalam BM seperti yang diarahkan kepada kami dengan berkuatkuasanya PPSMI. Bagaimana pula dengan buku2 teks, buku2 kerja dan rujukan yang berlambak2 dalam BI tu? Tak ke satu pembaziran jika tidak digunakan. Saya memberi pendapat ini kerana kasihankan pelajar2 (termasuk anak2 saya sendiri) yang bakal menjadi mangsa satu lagi perubahan dasar kerana perbezaan fahaman/ideologi politik. Lagipun sepanjang saya mengajar sama ada di bandar dan pedalaman sekarang, pelajar2 luar bandar/pedalaman boleh menguasai Mate dan Sains dalan BI. Malah, ada yang mengatakan lebih mudah faham dalam BI dari BM. Pada pendapat saya Bahasa Malaysia perlu lebih diperkasakan sebelum apa2 dasar drastik digubal, kerana istilah BM itu sendiri sering diubah sehingga mengelirukan yang mana satu diguna pakai; Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?
    Sekian, pandangan ikhlas seorang guru.

    ReplyDelete
  11. anda mahu pandai bahasa inggeris(or at least can speak better english)?x payah blaja bahasa inggeris dalam sains dan maths la..imbau kembali tahun2 80an DI MANA(tatabahasa ini salah sbnrnya) perpustakaan sekolah aliran kebangsaan di luar bandar disediakan bilik yang ada headphone dan kaset2 berbahasa inggeris supaya para pelajar dapat cuba dengar dan belajar sebut perkataan inggeris.saya sendiri pernah guna alat2 tersebut.saya rasa alat2 ini sudah tiada di sekolah pada hari ni dek wujudnya komputer.tp bila ada komputer mengapa tidak dimanfaatkan komputer itu untuk melatih penggunaan BI di kalangan anak2 kita?mengapa mengganggu subjek lain dengan alasan untuk mereka mudah belajar teknologi di IPT kelak.terus terang saya katakan saya sudah boleh berbahasa inggeris dengan lebih baik apabila saya mula berchatting di internet menggunakan bahasa inggeris.siapa berani cuba..saya cabar anda chat di internet selama 2 bulan dan lihatlah hasilnya nanti.sekian.

    ReplyDelete
  12. http://cetusan-hati.blogspot.com/2009/02/dua-pilihanraya-kecil-tekanan-baru.html

    tlg publish dekat blog masing2

    ReplyDelete
  13. Saya juga seorang guru BI mengajar lebih kurang 13 tahun. Kalau cikgu anonymous kat atas tu kata bahawa anak muridnya lebih faham dlm BI dr BM, tetapi berbeza sekali dgn anak murid saya. Setiap kali peperiksaan/ujian bulanan, bila saya masuk kelas, murid mesti datang bertanya apa kehendak soalan ini. Saya terpaksa terjemahkan soalan tersebut dlm BM. Apabila mereka telah faham kehendak soalan, satu lagi masalah timbul bila nak menjawab. Takkanla saya nak beritahu apa jawapannya. Mungkin utk Maths mudah tetapi utk Science....pikirla sendiri. Utk pengetahuan semua, saya mengajar di sekolah luarbandar dan majoriti penduduk adalah bangsa Melayu yang berfikiran Melayu, bertutur bahasa Melayu, budaya Melayu so bagaimana kita nak ubah pemikiran mereka? Saya setuju murid sekolah akan jadi mangsa apabila dasar ini berubah tetapi selama ini pun sejak PPSMI dilaksanakan, guru-guru yang mengajar Maths and Science in English menggunakan dwibahasa sebab murid hanya ternganga bila dengar cikgu cakap BI berterabur...Lagipun dasar PPSMI dijalankan dgn mendadak dan apa salahnya diubah dasar ini balik dgn mendadak sebb bahasanya sahaja yg bertukar....Tapi saya setuju sekiranya Bahasa Melayu diperkasakan lagi dengan lebih giat. Semua pihak mesti menyokong especially kerajaan. Ini tidak, bila ada saja seminar/conference/ yang melibatkan bangsa asing, kita terus lemah dan guna BI sepenuhnya. Apa salahnya kita guna bahasa kita sendiri agar bangsa lain hormat kita kerana memperkasakan bahasa kita melalui apa keadaan sekalipun. Saya setuju sekiranya kita nak menguasai ilmu kita kena belajar lebih dari satu bahasa..tetapi bknlah belajar dua matapelajaran tersebut dlm BI. Master the language first and then u can conquer the world! Akhir sekali, janganlah pandang kami guru2 bahasa Inggeris yang seolah-olah dangkal ilmu sbb grammar dan pronunciation tak betul.....bukan semua guru2 BI yang begitu sbb ada yang berpuluh-puluh thn pengalaman and they can speak in English better than others....

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas pendapat masing2... dan sekali lagi saya tekankan, masing2 punya pendapat dan punya hak untuk menyokong pendapat bersama hujah yang kongkrit.

    Sesuatu bahasa itu lebih mudah dikuasai apabila kita berdamping dengan bahasa tersebut. Lebih banyak kita berdamping, lebih mudah kita menguasainya.

    Dalam konteks PPSMI ini, apa yang penting ialah semua pihak perlu bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menjayakan BI dalam mate dan sains. Ibu bapa, cikgu, masyarakat... semua.

    Mungkin satu ketika dulu, bahasa kita adalah bahasa yang paling diperlukan di asia malah mungkin di dunia. Tapi kita perlu menerima hakikat bahawa bahasa inggeris adalah bahasa dunia. Adalah lebih baik kita menguasainya dulu sebelum bangsa seluruh dunia menguasainya terlebih dulu.

    Bukanlah saya berniat untuk condemn bahasa sendiri, cuma saya berpijak di bumi yang nyata. Kepentingan bahasa melayu itu masih boleh ditingkatkan dengan meletakkan kriteria keperluan BM di pelbagai sektor TERMASUKLAH bagi menubuhkan sebuah syarikat sebagai contoh?

    Jadi, mari kita ambil kesempatan supaya subjek penting diajar dalam bahasa dunia kerana kesesuaiannya DAN kerana kita nak rakyat lebih serius menguasai bahasa inggeris.

    Bagi saya, kalau setakat belajar English dalam subjek English semata-mata, masih tidak mencukupi. full stop.


    Sekarang ingin saya kongsi seperkara dengan rakan pembaca sekalian. Perkara ini tidak ada kena mengena dengan PPSMI. Jika tahun 80an dulu, kita hanya mempunyai 3 saluran TV. Semua rakyat Malaysia, Melayu cina india menonton tanpa punya pilihan.

    Tetapi kini kita mempunyai ratusan channel termasuklah pelbagai bahasa melalui pakcik ASTRO. Terfikirkah anda semua bahawa rakyat cina Malaysia yang punya astro sudah tidak lagi menonton TV1, TV2, TV3? Mereka rakyat malaysia, tetapi menonton cerita bahasa ibunda mereka sepanjang masa. Jika ini terus belaku untuk beberapa dekad, apakah kita rakyat negara ini akan lebih bersatu? atau penumpang menjadi penumpang sampai bila2?

    Maaf kerna sedikit lari dari tajuk, tetapi ia tetap berkenaan bahasa.

    ReplyDelete
  15. Tuan eyesdotcom,

    Tuan tak pernah belajar Maths/Sains agaknya. Literasi Maths/Sains berbeza dengan belajar bahasa.

    Maths/Sains perlukan pemahaman konsep, cuba terangkan bagaimana anda menerangkan konsep Maths/Sains dalam BI pada anak-anak seawal 7 tahun??Jelaskan pakar pendidikan dunia mana yang kata sesebuah negara boleh maju dengan negara asing.

    Berpijak dibumi nyata? OK, cuba senaraikan negara maju dengan PPSMI? Cubalah belajar berhujah dengan fakta!

    ReplyDelete
  16. anakutu..

    aku setuju benar ngan kutucyver. ko tak perlu malu/admin yang kau dah tersilap judgement. it's ok. ko kan blogger.

    aku kini tak heran kenapa dalam dunia ni ada UMNO@BeEnd. Sbb dalam PKR pun ada NGOK yang tak fikirkan bangsa. Kalau kau jadi pemimpin, hancurlah generasi.

    Tuan edyesdotcom, tuan kena ingat, ini bukan lagi sekadar nak bagi pendapat. Ini sudah tahap PELAKSANAAN. Ia sudah dilaksanakan dan ternyata ia membinasakan pelajar2 luar bandar.

    Sahabat saya seorang penanda kertas upsr sains memberitahu bahawa tahap lulus sains bagi kawasan luar bandar ialah 3/20 dibahagian subjektif!!!

    3 soklan betul pun dah LULUS????

    TOLONG BETULKAN PEMIKIRAN ANDA ATAU TUTUP BLOG yang KONONNYA PKR. BUAT MALU PKR JERRRR

    ReplyDelete
  17. Saya akui, ada kesilapan 'judgement' dalam isu ini.

    saya akan terangkan dalam entri yang baru.

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. salam

    mengapa tidak dilaksanakan seperti sistem yang berada di UIAM?

    Pelajar lepasan SPM yang tidak mendapat pelajran Mat & Sains dalam bahasa Inggerris masuk ke UIAM, ambil kelas bahasa dalam tempoh 1 tahun.Hanya belajar bahasa kemudia barulah mengambil subjek.

    saya rasakan model UIAM adalah terbaik dalam memahamkan pelajar dalam mat dan sains.bukan mengajar mat dan sains dalam bahasa inggeris.

    dan saya juga merupakan bekas lulusan uia.begitu juga Saudara Shamsul Iskandar dan Yusmadi Yusof 9walaupun mereka berkelulusan undang-undang tetapi konsep tetap sama)Saya belajar subjek dalam bahasa inggeris.

    Tak menjadi masalah pun bagi saya walaupun saya bersekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran.

    wasalam

    ReplyDelete