Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.
"Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.
edyes wrote:
Buat kali kedua, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memperkatakan tentang penurunan maksima 15sen. Kononnya, penurunan harga yang tinggi iaitu melebihi 15sen seliter akan menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara.
Jika saya berpeluang untuk bertanya kepada menteri yang baghal ini, ingin sekali saya tanyakan "Mengapa ketika harga minyak naik secara mendadak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, YB Shahril tidak langsung mengatakan bahawa seluruh masyarakat negara ini terjejas dengan teruk sekali?"
Tetapi apabila harga minyak global telah merundum LEBIH dari separuh, harga minyak glokal terkial-kial untuk diturunkan dengan alasan2 bodoh dan sengal. Daripada mengatakan matawang negara jatuh berbanding Dollar Amerika kepada penurunan maksima 15sen bagi menjaga pengusaha minyak yang kaya raya itu.
Sewaktu harga minyak glokal naik sebanyak 78sen, berapa banyak pulak untung para pengusaha stesen minyak? Ada juga pengusaha yang terus tutup 2-3 tangki harga lama untuk dijual keesokkanya pada harga baru. Banyak antara mereka pengusaha minyak yang mengambil keuntungan singkat serta mengambil kesempatan dan kini, apabila keadaan menjadi sebaliknya, apabila harga minyak glokal mahu diturunkan, mengapa tauke-tauke stesen minyak ini pula yang diberikan PRIVILEGE.
Sepatutnya, sebagai menteri yang bertanggungjawab dan juga sebagai wakil rakyat yang bertaraf menteri, adalah diharapkan sesuatu yang bijak keluar dari rambut-rambut putih ala albino itu. Rakyat itu harus diutamakan, bukan tauke-tauke minyak. Atau apakah tauke-tauke ini banyak memberi sumbangan kepada menteri bertanggungjawab?
Kini, harga minyak dunia telah jatuh ke paras $60 setong. Cuba kira berapakah harga minyak seliter tanpa subsidi. Kerajaan hanya memberikan 30sen subsidi shj sewaktu harga minyak $125setong. Apakah kini rakyat pula yang memberi subsidi kepada kerajaan ? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat celik.
Ingat, apabila kerajaan berani menaikkan 78sen suatu masa dulu, kerajaan juga harus berani menurunkan ke arah angka tersebut. Bukan memberikan seribu alasan seperti yang diungkap menteri albino.
merapu tahap burung tiong, tak kira siang malam.. "good morniiing!"
ReplyDeleteye la...berapa byk pak2 menteri ni ada stesen minyak...
ReplyDeleteMalaysian dream bigger than American dream - even stupid assholes can become Minister in this country.
ReplyDeletelet me tell u, how many petrol stations here in Malaysia - all together = 27 millions.
ReplyDeletethat why itu pak mentri jaga sangat mereka.. takut rugi besar!
masa naik minyak 0.78sen => RM1.00dulu x ingat brapa mereka untung, tambah lg kenaikan commission ke 0.12sen seliter & juga penurunan caj c/card dari 1% ke 0.5%.
sapa yg rugi besar waktu tu... semua harga barangan keperluan harian melambung naik... masih tiada tanda2 penurunan walaupun harga minyak dh turun 2 kali. masa tu ada difikirkan masaalah yg bakal timbul????
tu la buat kerja tk pakai otak!!! buat lah penilaian dulu & buat "brainstorming" pro & contra sebelum buat keputuan!!!!!
banggang punya KERAjaan BN lead by umno!!!
ini menteri paling bengong di malaysia
ReplyDelete