Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Beliau berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Omar berkata, penamatan kontrak mereka ditamatkan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja.
edyes wrote:
50 ribu ??? Mustahil kesemua 50 ribu yang bakal diberhentikan ini mempunyai masalah prestasi dan produktiviti kerja.
Tindakkan kerajaan ini umpama menjerut leher 50ribu rakyat kabanyakkan. Kerajaan tidak prihatin.
Salam edyes..
ReplyDeleteDah takde cerita baru ttg PKR? mcm mn dengan 'bakal PM' awk tu? dengar khabar dah x jumpa jalan p putrajaya? haha...
Aku tak kesiankan si DSAI tu, tapi aku kesiankan korang-korang ni sume yang hidup-hidup kena tipu..
16 sept la, jumpa agong la, slow talk dengan paklah la, lepas raya haji la.. mana dia ahli2 BN yg nk jadi katak ari tu? katanya bertambah dari semasa ke semasa.. klu mcm tu takkan x boleh lg kot! haha..
tu la, lain kali nk sokong pun jgn la smpai jadi mcm kerbau... main ikut jer! org tu ckp mcm2 sebab ada kepentingan.. korg?? haha...
hmmm.. ingatkan BN jer yg suka tipu ni, rupa nya PKR pun 2x5 jer! siap bg tarikh yg detail lg.. haha...
takpelah anwr, ko tipulah ape2 pun mmg orang akan percaye.. kalau keling lagi percaya dengan ko.. dah anggap ko mcm Ayah Pin dah.. siap buat gmbr besar utk ko lg.. kalah Ayah Pin!..
Untung ko Anwar, ko taknak sumpah pun orang percaya.. 916 pun ramai yg percaya. tak jadi 916? lepas raya haji ko cakap pun semua orang percaya.. lepas raya haji tu Plan yg ke berapa ek! K?? L?? haha...
edyes, ko ckp ko cabar paklah utk jatuhkan kredibilit anwar kan! Nah, sekarang kredibiliti anwar memang dah jatuh pun sebab anwar x berupaya nk buktikan apa yang dia ckp!
Anwar dengan paklah tu sama je..
Oh ya, aku dah pun buat blog 'lubang taik'.. jadi senang2 boleh la singgah di blog aku yea!
http://sakitbadan.blogspot.com/
tak mengapa kalau kamu tak siarkan comment aku ni, sebagai seorang loser, aku paham semua tu..
Takat cabar kat blog camni sapa nak baca. Jemput geng dia sendiri (PROTES) buat demontrasi pun diorang tak baca. Haha kelakar betul.
ReplyDeleteSB,
ReplyDeleteJangan risau. blog ini mengamalkan dasar keterbukaan. Inilah yang dikatakan 'COURT of PUBLIC OPINION'. Semua orang boleh memberikan pendapat mereka. Cuma diharapkan komen-komen tu biarlah yang tidak keterlaluan.
Apapun, terima kasih atas komen anda.
Saya nak ulas sedikit sahaja. saya tegaskan, saya tidak taksub DSAI. Saya sokong perjuangan yang dibawa oleh beliau.
Blog ini agak sepi semenjak dua menjak ini. Banyak isu yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya sekarang lebih menumpukan kepada kerjaya dan kerja. Saya masih lagi berjuang dalam perspektif tersendiri, iaitu sebagai aktivis blogger.
Banyak isu yang boleh disentuh, contohnya isu duit KWSP yang sekali lagi dijadikan 'bail-out' bagi menjaga saham-saham kroni daripada merundum teruk. Mengapa wang kami dijadikan pertaruhan??
KRONI mereka diselamatkan tetapi dalam masa yang sama, pekerja kontrak kerajaan bakal diberhentikan. Inikah kerajaan yang kalian semua mahu?
Anwar tetap Anwar, Perjuangan tetap Perjuangan. Kita berusaha demi memastikan kerajaan BN tumbang seawal yang mungkin sebelum mereka menghabiskan sisa-sisa khazanah tinggalan moyang kita.
Apabila disebut tentang khazanah moyang, sudah pasti ia berkait rapat dengan rezab tanah melayu yang sedia ada 3juta hektar setelah merdeka dulu. Apa dah jadi dengan rezab tanah melayu? banyak yang telah bertukar tangan atas alasan pembangunan, tetapi pembangunan yang membawa keuntungan kepada kaum lain sedangkan kita dok makan gaji di tanah sendiri.
Pasal harga minyak toksah cerita lagi la. Dah banyak entri saya tekankan tentang perlunya harga minyak diturunkan. Singapore dah 15kali turun harga minyak, minggu lepas saja dua kali.
Kenapa kerajaan BN tetap berdegil tidak mahu menurunkan harga minyak ke tahap sepatutnya?? dan sekali lagi saya ulang sekiranya kerajaan mengambil langkah kaji harga minyak sebelum kenaikkan 78sen tempoh hari, sudah tentu tidak ada yang merana atas kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Inikah kerajaan yang korang pertahankan?
Isu eurocopter dan isu pembelian bank indonesia oleh maybank? Tidak ada seorang pun ahli parlimen BN yang bangkit membantah tindak-tanduk kerajaan yang ternyata MEROMPAK wang rakyat.
Inikah ahli parlimen bacul yang korang pertahankan??
Jika SB kasihan aktivis reformasi seperti edyes. saya juga simpati dengan penyokong kerajaan seperti SB. Penyokong yang mempertahankan rompakkan kolar putih.
cik anon,
ReplyDeleteSaya dah jumpa dengan jawatankuasa protes, kami akan buat sedikit masa lagi.
tunggu sahaja lah...
SB,
saya nak tambah sikit. saya yakin DSAI dan Pakatan Rakyat akan tumbangkan BN dalam sedikit masa lagi. InshaAllah
Salam Sdr. Edyes,
ReplyDeleteBagi saya, senario kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang agak sulit untuk ditangani sekiranya pihak pemerintah tidak benar2 serius untuk mengatasi bahananya kepada masa depan rakyat. Krisis kejatuhan ekonomi global bukan sahaja akan menyebabkan kerugian2 di Bursa2 Saham, bahkan kesannya akan turut menyerang seluruh sendi2 ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara, terutamanya negara2 yang turut sama berkecimpung dengan dasar2 kapitalis dalam pentadbiran mereka.
Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh sekelian rakyat negara ini, di mana mereka perlu sedar bahawa ketidakstabilan ekonomi akan membawa pelbagai akibat ke dalam kehidupan mereka. Namun, sekiranya pihak kerajaan benar2 prihatin terhadap rakyat, sudah tentu mereka akan dapat menangani dengan baik segala kesan buruk yang berlaku itu. Pemerintah yang prihatin sudah tentu akan berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan beban kesusahan rakyat, dengan memperkenalkan pelbagai langkah proaktif untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Selain itu, mereka juga akan memastikan perbelanjaan negara terurus dengan penuh berhemah dan mengelak dari berlakunya pembaziran. Umpamanya hanya projek2 yang benar2 perlu sahaja akan dipertimbangkan pelaksanaannya sesuai dengan kemampuan semasa ekonomi negara. Manakala, amalan2 negatif seperti korupsi, penyelewengan dana dsb sudah pasti akan dijauhi sama sekali dari lingkungan pentadbiran negara.
Bagaimanapun, realiti yang terjadi sekarang sangatlah berjauhan dari yang kita inginkan. Jelas sekali kerajaan BN hanya tahu mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu isu. Sikap sambil lewa mereka begitu terserlah apabila satu demi satu alasan dangkal dihadapkan kepada rakyat, terutamanya semasa menghadapi kemelut ekonomi mutakhir ini. Sebagai contohnya, timbul ura2 menyatakan nasib 50,000 orang pekerja akan menjadi gelap-gulita apabila kontrak mereka bakal ditamatkan kerajaan. Manakala sebab bagi penamatan kontrak itu pula dinyatakan berpunca dari prestasi kerja atau mutu perkhidmatan mereka yang rendah. Nah! Bukankah alasan ini sangat tidak munasabah?
Sekiranya kerajaan masih mahu bertegas dengan penilaian itu, soalan saya ialah kenapa baru sekarang ia dibangkitkan? Apakah selama ini iaitu sebelum krisis ekonomi berlaku, standard perkhidmatan 50,000 pekerja itu bagus dan memberansangkan? Sekiranya benar sekali pun bahawa rekod kerja mereka tidak memuaskan pihak kerajaan, bukankah zalim mengambil tindakan drastik begitu, lebih2 lagi dalam suasana getir seperti sekarang? Bukankah lebih elok sekiranya pekerja2 “bermasalah” itu diberi peringatan terlebih dahulu supaya mengubah sikap2 negatif mereka? Bukankah tindakan memecat/menamatkan kontrak perkhidmatan mereka sepatutnya menjadi pilihan terakhir pihak kerajaan, memandangkan iklim ekonomi yang tidak menentu ini?
Tidakkah kerajaan sedar sekiranya pemecatan itu benar2 terjadi, kenyataan ini tersangatlah pahit buat mereka. Ini kerana walau apa pun alasan pihak kerajaan, nasib para pekerja ini dan seluruh keluarga yang bergantung hidup kepada mereka tentunya akan terumbang-ambing tanpa pembelaan. Maka, bagaimanakah nanti mereka akan meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar ini? Lebih2 lagi tanpa sebarang pekerjaan dan gaji bulanan? Apakah sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh pihak kerajaan dengan mengumumkan suatu keputusan tergesa2 begini? Di manakah keperihatinan terhadap rakyat yang kononnya selalu dicanang2kan oleh para pemimpin BN selama ini?
Kesimpulannya, pemimpin2 kerajaan BN sekali lagi telah membuktikan kepada rakyat, bahawa mereka adalah kelompok penguasa yang hanya tahu memikirkan tentang kesinambungan kuasa politik mereka. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan kekuatan pengaruh mereka dalam segenap aspek pentadbiran negara. Dek kerana terlalu asyik mengejar agenda peribadi masing2, nasib rakyat marhaen sering dijadikan seperti barang2 taruhan. Mungkinkan keputusan menamatkan kontrak 50,000 pekerja itu dibuat semata2 untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan? Mungkinkah dana yang “dijimatkan” itu kemudiannya akan diperuntukkan pula untuk tujuan2 atau projek2 lain yang difikirkan lebih menguntungkan oleh pemimpin2 BN?
Sekiranya tanggapan ini benar, maka wajarkah 50,000 rakyat dan keluarga mereka akan dibiarkan kelaparan tanpa belas ihsan? Apakah pelaksanaan projek2 mega lebih penting dari tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat? Apakah perut kroni2 dari syarikat2 korporat jauh lebih mulia dari perut2 rakyat jelata, sehinggakan kerajaan tergamak meminggirkan nasib rakyat bawahan dari pelan induk ekonomi mereka?
Akhir kalam, sampai bilakah fenomena pemimpin “membuli” rakyat akan dibiarkan berterusan di negara ini? Adakah rakyat Malaysia akan terus merelakan penganiayaan begini terhadap diri mereka dan anak cucu mereka seterusnya? Apakah masa depan yang boleh dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat sekiranya mereka dibenarkan terus berkuasa?
Marilah kita fikirkan bersama….
Wassalam.