Pada 12 September 2008, kira-kira 4 hari sebelum 16 September 2008 iaitu jangkaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, OPS Lalang 2 bermula dengan penahanan Raja Petra, Penulis Malaysia Today, Y.B. Teressa Kok Ahli Parlimen daripada Parti DAP dan juga Tan Hoon Cheng, wartwan daripada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
RAJA PETRA
Penahanan Raja Petra dikatakan akibat daripada penulisan beliau di laman web blog beliau yang terkenal iaitu Malaysia Today. Malaysia Today adalah laman web yang paling berani dalam mendedahkan kebenaran berkenaan skandal-skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang disorok daripada media kerajaan.
Artikel Raja Petra yang dikatakan menyentuh berkenaan kesucian Islam dikatakan membawa kepada keselamatan dalam negeri, namun kerajaan UMNO di bawah pimpinan Dolah tidak pernah untuk membawa seorang Artis yang bernama Rosnah Mat Aris yang terang-terang mengutuk Siti Khadijah, iaitu Rasulullah yang telah banyak membuatkan penduduk di Malaysia marah berkenaan ucapan yang diberikan oleh Rosnah Mat Aris di dalam sebuah rancangan di stesen TV Malaysia.
Namun begitu, Astora Jabat yang mengemukakan seorang editor di Majalah Al Islam pernah jua membawa kekeliruan dalam masyarakat Islam dengan mengeluarkan hujah-hujah yang kontroversi dan boleh memesongkan Aqidah Ummat Islam kini.
Akhirnya, Dr Mashitah yang terlah terang-terangan mengutuk dan mempermainkan Hukum Allah berkenaan Hudud dan memperlekehkan kewajipan Solat juga dibuta tulikan oleh si Dolah ini.
AR: Sikap Double Standard Dolah ini akan mengundang bala kepada diri beliau sendiri......
TAHANAN KEDUA, TAN HOON CHENG
Selepas Raja Petra ditahan di bawah AKTA ISA, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina daripada Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng juga ditahan.
Penahanan Hoon Cheng ini dikatakan ada kaitan dengan penulisan berita berkenaan kenyataan AHMAD ISMAIL, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera semasa ucapannya semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang menyatakan Cina adalah kaum menumpang di Malaysia.
Apa yang meragukan adalah, apabila Ahmad Ismail yang terang-terangan mengaku beliau menyatakan sedemikian dan berdegil untuk tidak maaf dan terus menerus menghentam masyarakat Cina sehingga ada penyokongnya yang sengaja mengoyak Gambar Pemangku Parti Gerakan, Koh Tsu Koon hanya dikenakan hukuman dalaman parti sahaja dan tidak dikenakan hukuman daripada kerajaan untuk ditahan di bawah AKTA HASUTAN.
AR: Orang lain yang salah, orang lain pulak yang kena tangkap!!! DOLAH FIRAUN!!!
TAHANAN KETIGA, Y. B. Teressa Kok
Tahanan ketiga pada 12 September 2008 adalah seorang Ahli Parlimen daripada Seputeh pada jam 11:18 malam.
Penahanan Teressa Kok ini belum diketahui punca, namun apa yang pasti, kerajaan FIRAUN UMNO pasti menyatakan Teressa Kok memainkan isu perkauman dan juga isu agama berkenaan dengan penulisan papan tanda Jawi di Kuala Lumpur dan juga kenyataan benar Teressa Kok berkenaan laungan azan seperti yang difitnah oleh Khir Toyo.
AR: Apa yang pasti, mengapa penulis Utusan yang terang-terangan membuat provokasi tentang isu laungan azan tidak ditangkap? Mengapa Khir Toyo yang terang-terangan sengaja membawa keadaan yang tidak selesa dengan memfitnah Teressa Kok ini juga tidak ditahan? DOLAH FIRAUN wal MALAUN.
kredit kepada Anak Reformasi
edyes wrote:
Inilah taktik terakhir mereka sebelum berdepan dengan 16 September !
KERAJAAN PENJAJAH
Ya... sungguh sedih kepada keadaan negaraku tercinta. Sudah tidak ada keadilan di bumi Malaysia ini. Individu yang sebenarnya dilupakan dan yang ditangkap hanyalah rakyat yang menuntut hak mereka. Kita tunggu saat mereka akan tersungkur walaupun beribu tahun lagi
ReplyDeletepandai2 ajer buat fitnah.. sah2 dh salah..menimbulkan kekecohan.. x nk ngaku plak.. huhuhu..
ReplyDeletejust wondered.. apsal eak org suka sgt pkr even dh bley tgk apa si teresa tu buat..
SIGNBOARD
ReplyDeletecelah mana pulak teresa kok boleh tukar signboard ?? dia bukanya menteri kerja raya...
sohih ke berita tu? atau anda baca dalam utusan?