oleh aduntitiserong (drs Khalil Idham)
Tertinggal sembahyang nak beli minyak : Pak lah bertanggung jawab
Kata Al banjari dalan cbox cina islam "ana beratur di petronas kg. kedah setelah habis solat maghrib, dapat isi minyak jam 9.30 mlm. bayangkan 100 minit jadi org bodoh semata nak isi minyak.."
Realiti dari keadaan diatas saya menyatakan bahawa Pak Lah kena bertanggung jawab kerana berapa ramai orang tertinggal solat maghrib kerana beratur untuk beli minyak pada kadar lama. Rakyat yang terkejut cuba menyelamatkan sedikit wang nya dengan kali terakhir menikmati harga lama yang jauh lebih murah dengan harga baru. Beraturlah mereka sehingga melewati waktu sembahyang.
Seandainya seseorang itu mula beratur sekitar jam 7.29 tepat masuk maghrib di Parit Buntar, ditambah 100 minit berarti jam 9 lebih baru dapat giliran . Awal dari itu pun masih belum sempat kerana 8.45 sudah masuk Isya. Bayangkan berapa ramai yang tidak sempat sembahyang diseluruh negara dan terpaksa jamak "tak payah" sahaja lantaran pengumuman Pak Lah yang menyusahkan itu.
Drs itu mengaji agama tinggi, dia mesti tahu hadith ini:
ReplyDeleteDari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma berkata, bahwasanya Rasulullah shallallahu
alaihi wa'ala alihi wasallam menjama antara dhuhur dengan ashar dan antara
maghrib dengan isya' di Madinah tanpa sebab takut dan safar (dalam riwayat
lain; tanpa sebab takut dan hujan). Ketika ditanyakan hal itu kepada Ibnu Abbas
radhiallahu anhuma beliau menjawab: Bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa'ala
alihi wasallam tidak ingin memberatkan ummatnya.
(HR. Muslim dll. Lihat Sahihul Jami' - 1070)