Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Thursday, June 5, 2008
Kami Sokong Paklah !! Satu Malaya Berhimpun !
Pengalaman saya pada malam tadi tidaklah mengerikan. Bukan selalu nasib yang sangat baik menyebelahi saya, tetapi malam tadi saya begitu tenang dan selesa.
Ini kerana, sehari sebelumnya saya telah mengisi fulltank dan atas sebab itu, saya tidak pun menjenguk mana2 stesen minyak kerana mendapat maklumat bahawa semua jalan, yang ada stesen minyak atau yang takde stesen minyak telah JEM.
Orang yang nak isi minyak, dia punya Q jangan cakaplah. Orang yang taknak isi minyak pun secara tidak langsung terpaksa bergelut dengan orang minyak untuk melepaskan kenderaan mereka dari kawasan pergelutan orang-orang minyak.
Saya call rocky bru untuk tanya mengenai pangilan piket, dan beliau rupanya lebih tinggi melompat dan bunyinya agak trauma sikit kerana Rocky Bru menggunakan kenderaan berinjen diesel.
ok, fullstop cerita pengalaman indah, mari cerita pasal fakta.
Tindakan paklah dengan mengambil risiko politik yang sangat besar ini bakal mengundang padah. Katanya, 13billion yang 'diselamatkan' dari pengurangan subsidi minyak itu akan "disalurkan" ke arah menangani krisis makanan dunia. that was bullshit !!
Soalan saya, apakah besarnya 13billion itu berbanding projek mega koridoraya yang mencecah 1trilion? Keuntungan Petronas jangan cerita lah, kononya bukan hak kita. Dimaklumkan bahawa, setiap kenaikkan 1 US Dollar, Malaysia atau Petronas akan untung sebanyak 2ratus juta RM ! Ianya berkadar terus, bukan berkadar songsang !! Oleh demikian, dengan status harga minyak dunia mencecah $130 sebarel, agak2 berapa la kita orang Malaysia untung ?
Kita nie pulak orang Malaysia, penduduknya kelas bawahan, takde kelas, tak layak nak guna minyak berkualiti tinggi. Minyat 'sweet' keluaran Malaysia nie hanya layak digunakan oleh orang2 eurupe sahaja kerana darjat mereka yang tinggi dan juga, bekas penjajah kita dulu. Bukankah itu yang mereka ajar suatu masa dulu???
Indonesia yang negaranya berpenduduk 2ratus juta++ itu pun hanya mengalami kenaikkan 30%, mengapa kita naik sehingga hampir 50%?
Akhir sekali mari kita kaji apa kelebihan yang kerajaan bagi melalui skim rebate insuran. Untuk motorsikal, RM150 rebate manakala untuk kereta, RM625 rebate. Setahun ada 12 bulan dan 365 hari. So;
Motor - RM150 setahun = RM12.5 sebulan = RM0.42 sehari.
Moto kalau nak isi 42sen sehari, boleh sampai mana??
Kereta - RM625 setahun = RM54.1 sebulan = RM1.74 sehari.
Sehari nak isi RM1.74 ??? woi paklah, aku nak beli seliter minyak (harga lama) pun tak cukup!!
Saya sebenarnya agak saiko dengan kenaikkan ini, saya rasa ada yang sampai tahap trauma. Cuba kita fikir golongan di bawah pertengahan.
Oklah, sampai di sini dulu. Saya harap kita semua bersedia untuk berpiket (demonstrasi). kita kena bantah kenaikkan ini. SATU MALAYA HARUS BERHIMPUN.
No comments:
Post a Comment