Sunday, March 16, 2008

Muafakat dicapai di Perak

Muafakat dicapai di Perak

post info
By Admin
Categories: Anwar

Wacana hangat berterusan dalam blog mengenai kegagalan mencapai muafakat penubuhan Kerajaan di Perak.

Setelah upcara mengangkat sumpah ditangguhkan, saya terus merujuk kepada pimpinan KeADILan, PAS dan DAP memohon agar dipertimbangkan isu pembahagian kerusi Exco yang lebih adil dan saksama.

Alhamdulillah, muafakat kini tercapai sudah. Kegawatan sedikit ini perlu dimengerti dan dimaafkan.

ANWAR


Di sini saya sertakan beberapa komen2 menarik dari blok DSAI dari subjek di atas.

amin nasri Mar 14th, 2008 at 11:45 am

Janganlah terlalu emosi sangat memandang ke PERAK.. pandang lah ke Terengganu sama.. yang masih kelam kabut perlantikan MB nya.. so adil lah.. kat BN pun tengah cari keserasian.. dekat BR pun tentu la lebih2 lagi kerana.. kitakan baru Kawin..

Cuma kenyataan kepada media itu kena lah berhati2 sikit buat DAP.. kerana soal rumahtangga janganlah diheboh2kan..

Yang kelakar Dr Politik tahi Kucing Rais Yatim.. buat kenyataan BN yang lebih layak jadi MB kerana mendapat majoriti undi paling tinggi diantara parti2 yang bertanding.. nak tergelak jeee rasanya.. ataupun dia ni memang dah nyanyokk.. hmmm kita tengok lah nanti.. dia ni masih termasuk ke tidak dlam kabinet sementara Pak Lah..

Apa pun rakyat kena tenang.. pemimpin kena tegar dan berhati2.. dulu pembangkan boleh lah cakap tak berlapik.. sekarang dah jadi kerajaan.. tengok kena pandang2.. cakap kena alas-alaskan.. terima kasih

rakan_ba Mar 14th, 2008 at 11:47 am

Sekarang dah selesai, apa kecoh2 lagi. Saya dah kata kemelut itu satu proses penyesuaian dan pembetulan. Terima sajalah. Sekarang masa untuk bekerja..

ZAKI Mar 14th, 2008 at 11:50 am

Saudara DSAI….Isupergolakan di Perak memerlukan saudara berada di sana untuk menjelaskan dengan lebih detail kepada rakyat jelata… jangan biarkan media memanipulasi isu ini sehingga tercetusnya perbalahan diantara wakil parti… BN sentiasa mengharapkan agar ada diantara wakil PKR atau DAP yg akan kluar parti dan mewakili BN…. Tindakan saudara amat penting dalam menyelesaikan isu ini….

zenko Mar 14th, 2008 at 2:01 pm
Syabas kepada Barisan Rakyat.

10 Harapan saya
(1) Jangan makan duit
(2) Jangan tidur semasa kerja
(3) Jangan tutup satu mata
(4) Jangan malas bekerja
(5) Jangan tipu dan manipulasi
(6) Jangan sombong
(7) Jangan cepat naik angin atau marah semasa bertugas
(8) Jangan main wayang
(9) Jangan cakap kosong
(10)Jangan tak kerja

Hidup Barisan Rakyat !!

Dan akhir sekali, post dari edyesdotcom

edyesdotcom Mar 14th, 2008 at 6:26 pm

REFORMASI !

DSAI,

Membentuk kerajaan perak adalah ujian yang pertama bagi Barisan Rakyat untuk membuktikan kesepakatan dan permuafakatanya. Pastinya seluruh negara akan tertumpu ke arah negeri Perak dan menanti perkembanganya dengan penuh minat dan debaran.

Sebagai penyokong Barisan Rakyat, saya bersyukur kerana perkara ini dengan ‘mudah’ dapat diselesaikan dan ayuh bekerjasama bangkit untuk memajukan negeri2 Barisan Rakyat !! buktikan pada mereka yg masih dalam kebingungan bahawa sesuatu yang indah menanti mereka jika mereka nekad untuk melakukan perubahan.

ayuh bebaskan kami yang merana dengan dasar yang amat menekan rakyat… REFORMASI!!!

WE DESERVED A BETTER MALAYSIA !!! REFORMASI !!!

No comments:

Post a Comment