Seperti yang dijangka, Dato Seri Mazri Aziz dalam sidang media sebentar tadi telah mengesahkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Kerajaan PN. Selepas Nur Jazlan, Kini Nazri Pula tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai PM.
Ini juga bermakna jumlah sokongan terhadap PM ketika ini hanya berbaki 109 Ahli Parlimen sahaja, sekaligus menandakan tumbangnya Kerajaan PN dan Muhyiddin Yasin harus segera melepaskan jawatan.
Ikuti laporan Malaysiakini;
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini."Atas mandat yang telah diberikan oleh bahagian saya - Padang Rengas - dan dengan mandat oleh MT maka saya pada hari ini mengumumkan saya Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli parlimen kawasan Padang Rengas dengan ini dan dengan rasminya saya menarik sokongan kepada pimpinan Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada," katanya.
- Muhyiddin Menamakan Hishamuddin Sebagai TPM - Sumber TMI
- Kesihatan PM Merosot dan Sedang Terima Rawatan di Negara Jiran?
- Zahid Beri Sokongan Bertulis Kepada Anwar - Annuar Musa
- BN Pecat Setiausaha Agongnya Tan Sri Annuar Musa!!
- Perubahan Kerajaan | Hanya Tunggu Budi Bicara Agong - Anwar
- Kerajaan Hari Ini Tidak Boleh Diharap - Anwar
- Zeti Menafikan Dakwaan Tanpa Menyentuh Soal SD
- TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB
- Selamat Tinggal Feri Pulau Pinang | Amaran Pihak Polis Terhadap LGE Tidak Dipeduli
- RANGKUMAN | Poster Lebai Membisu Cabutan 'Special Draw' Meningkat Kepada 22 Kali!!
- KANTOI | Muafakat Nasional Telah Didaftar Pihak Lain
- Tun Mahathir Mungkin Tidak Bertanding PRU15 - Mukhriz
yeyyy hari ni kerajaan PN dan jatuh.. sapa PM.. LKS ka LGE? 😁😁
ReplyDelete