Monday, January 25, 2021

Adakah Sanusi Batal Cuti Kerana Masyarakat India di Kedah Tidak Sokong PAS Ketika PRU14?

 


Adakah ini ajaran Islam yang wajar dicontohi apabila Menteri Besar sebuah negeri yang ditadbir oleh kononnya parti Islam tergamak membatalkan cuti Thaipusam hanya kerana mendakwa masyarakat india di negeri Kedah tidak mengundi parti mereka?? 

Apabila wakil MIC dilihat mempertikai tindakan MB Kedah membatalkan cuti Thaipusam, ini jawapan yang diterima seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini;

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Sanusi yang mengganti Mukhriz Mahathir tahun lalu bagi mentadbir kerajaan negeri itu menambah, ketika PRU14 lalu, parti itu juga tidak menyokong PAS.

Dia malah mendakwa, kebanyakan ahli parti MIC menyokong Pakatan Harapan (PH).

"Malas layan dah, pada PRU14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

"Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India," katanya seperti dipetik portal BH Online hari ini.

Sanusi berkata demikian susulan kenyataan Presiden MIC S A Vigneswaran yang menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk 'bersosial' dengan kaum lain.

Justeru itu, Vigneswaran memberi amaran bahawa partinya tidak akan menyokong Sanusi pada PRU15 akan datang.

Cuti Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah selepas Sanusi mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan berkenaan di negeri itu susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah antara Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan menteri besar Kedah itu.

Untuk rekod, sambutan Thaipusam dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014.

Barulah kita tahu, rupanya jika sesuatu kaum itu ingin berunding untuk mohon pertimbangan cuti sebagai contoh, mereka perlu mengundi parti Islam terlebih dahulu maka barulah meja rundingan dibuka.

No comments:

Post a Comment