Wednesday, December 30, 2020

Tun Mahathir Mungkin Tidak Bertanding PRU15 - Mukhriz

 


Akhirnya Mukhriz sendiri yang memaklumkan bahawa bapanya tidak lagi akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk ketengahkan tokoh politik baharu menggantikan ayahnya.

Apakah yang dimaksudkan pengganti Tun Mahathir itu ialah Anwar Ibrahim, hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Berikut adalah kenyataan beliau dalam satu temubual bersama Astro Awani;

Menurut Presiden (Penaja) Pejuang Mukhriz Mahathir, Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun sudah tiba masanya tokoh politik lebih muda diketengahkan pada PRU akan datang.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam rancangan bual bual bicara Astro Awani semalam ketika ditanya mengenai kemungkinan bapanya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya ingat dah tiba masa kita lihat tokoh-tokoh baru pula, kalau tak nama sama saja yang disebut. Saya rasa this is the time (ini adalah masa) untuk kita mengubah paradigma politik yang kita hadapi ketika ini."

Terima kasih Mukhriz kerana bersikap jujur. Sekiranya PRU-15 akan berlangsung pada tahun 2021, umur ayahanda Tun Mahathir telah mencecah 96 tahun. Maka benarlah kata Mukhriz, kita sewajarnya menampilkan muka baharu. 

Dan adalah menjadi satu perkara yang pelik apabila seseorang yang berumur hampir 100 tahun masih lagi ingin bertanding pilihanraya, dan masih lagi ingin jadi Perdana Menteri. Cukuplah rasanya.

No comments:

Post a Comment