Saturday, December 26, 2020

PPBM Tuduh Umno Tidak Relevan di Selangor Sedangkan PPBM Hidup Atas Ehsan Sokongan Umno




Sebenarnya PPBM lebih cemas untuk hadap PRU-15. Mereka kini di ambang kuasa, namun tidak mustahil kuasa yang mereka miliki hasil dari sokongan Umno itu akan berterusan selepas PRU. Mereka perlukan kemenangan untuk kekal berkuasa, menang dengan kerusi yang selesa.

Maka atas rasa cemas itu cuba disembunyikan dengan nada yang angkuh.

Di Selangor, PPBM cuba berkepak mengatakan Umno sudah ditolak di Selangor untuk 3 penggal berturut. Dengan maksud lain, PPBM mengatakan Umno tidak relevan di Selangor. Ini semua hanyalah 'pantun' untuk mendapat jumlah kerusi yang lebih.

PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor, namun bersedia “bertembung” dengan parti itu pada pilihan raya umum ke-15, jika terpaksa, kata Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari.

Beliau membayangkan bahawa UMNO setakat ini menolak usaha PPBM untuk merungkai isu pengagihan kerusi di Selangor dalam menghadapi PRU yang dijangka diadakan tahun depan apabila pandemik Covid-19 reda.

“Jika (kena) bertembung (dengan UMNO), maka bertembunglah. Hendak buat macam mana lagi. Sudah jelas rakyat Selangor tidak menerima UMNO sebagai pemimpin di Selangor. Jadi, kita akan teruskan agenda kita bawah Perikatan Nasional (PN),” kata beliau kepada FMT
PPBM Selangor usahlah dabik dada. Sebenarnya bukan Umno yang ditolak di Selangor, tetapi parti yang berasaskan kaum telah ditolak. Rakyat Selangor berfikiran lebih terbuka untuk menerima dan mengekalkan agenda Reformasi yang dioborkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertembungan PPBM dan Umno di Selangor akan menguntungkan Pakatan Harapan dan seterusnya mampu mengekalkan negeri Selangor di bawah pentadbiran PH.

PH juga perlu bijak khususnya dalam pembahagian kerusi. Gabungan 3 parti di Selangor sudah cukup untuk Kerajaan PH dikekalkan. Jika dibahagikan kerusi itu kepada lebih banyak pihak, ia secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak oppurtunis untuk menjadi 'King Maker' seperti yang berlaku di dalam Kerajaan Pusat.

Selangor kini sudah menjadi fix deposit bagi PH. Kekalkan momentum, perkuatkan PH. 


No comments:

Post a Comment