Monday, December 28, 2020

Positif Covid Kuarantin Di Rumah, Sempadan Negara Dibuka Untuk Pelancong - Kerajaan PN Hilang Kawalan Atau Hilang Pedoman?

 


Pesakit Covid-19 tanpa gejala disarankan menjalani kuarantin diri di rumah adalah suatu keadaan yang agak menggerunkan kita. Ia berlaku kerana pihak hospital tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit positive Covid-19 maka hanya mereka yang bergejala dibenarkan masuk ke ward. 

Dengan kata lain, jika seseorang itu telah disahkan positif pembawa wabak Covid-19 tetapi tiada simptom ditunjukkan, maka pesakit positif Covid-19 itu boleh pulang dan kuarantin sendiri di rumah. 

Jawablah dengan jujur, apakah jaminan penyakit ini tidak tersebar dari pesakit Covid-19 yang kuarantin sendiri di rumah?

Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkelfy Ahmad dalam satu kenyataan menyimpulkan bahawa keadaan ini adalah petunjuk amaran bahawa Malaysia mungkin berada di titik terburuk wabak itu setakat ini.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik Portal Malay Mail mengenai peraturan baru itu, yang mengatakan fasiliti kesihatan kini sesak akibat jangkitan baru yang terus melepasi angka 1,000 kes setiap hari. 

Namun begitu pada hari yang sama, pihak kerajaan PN mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi memberi galakan kepada industri pelancongan tanahair. 

Kegilaan apakah yang sedang berlaku? Apakah Kerajaan PN sudah tidak terkawal?

No comments:

Post a Comment