Tuesday, December 3, 2013

KENAIKAN GAJI ADUN SELANGOR: PASTIKAN IA BERBALOI UNTUK RAKYAT SELANGOR

Kenyataan Media
SAMM Selangor
2 Disember 2013

KENAIKAN GAJI ADUN SELANGOR: PASTIKAN IA BERBALOI UNTUK RAKYAT SELANGOR

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor dengan ini menyatakan pendirian tegas mengenai isu kenaikan gaji ADUN Selangor;

1. SAMM Selangor menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya yang menyindir dan memberikan perbagai konotasi negetif terhadap kenaikan gaji ADUN Selangor. Mereka mungkin terlepas pandang bahawa gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih besar ketika rakyat Sarawak majoriti berpendapatan rendah.

2. Kenaikan di Selangor ini dalam keadaan kecemerlangan kerajaan Selangor mengurus ekonomi dengan betul, berbanding kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri-negeri lain khususnya di bawah Barisan Nasional.

3. Walaubagaimanapun, SAMM Selangor tetap mempertahankan pandangan yang menyatakan, walaupun layak namun kenaikan yang diumumkan adalah sedikit terlalu tinggi, sepatutnya kenaikan gaji boleh dikurangkan separuh dan diganti dengan pertambahan belanja di semua pusat khidmat supaya rakyat Selangor juga mendapat lebih manfaat.

4. Dalam masa yang sama SAMM Selangor menganggap tindakan berani Kerajaan Selangor membentangkan pendapatan gaji mereka untuk dinilai oleh rakyat melambangkan ketelusan. Ia jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini yang berpura-pura bergaji kecil tetapi sebenarnya terlibat dalam kegiatan 'merompak' wang rakyat dengan membina kekayaan peribadi termasuklah membina mahligai agam.

5. Isu ini menjadi lebih sensasi apabila beberapa anggota BBC Selangor sendiri menyatakan bantahan secara terbuka di media. SAMM sebelum ini telah membidas sikap pelik anggota BBC yang diam membisa ketika pembentangan kenaikan gaji di dewan sebaliknya berkokok di media kemudian hari. Kenyataan kononnya 'senyap kerana bukan cara anggota BBC bantah usul kerajaan dalam dewan' adalah satu lawak jenaka, bantahan harus berlaku sebelum kelulusan dewan bukan selepasnya. 

Menurut maklumat yang SAMM perolehi, perkara kenaikan gaji telah dibangkit dalam mesyuarat di peringkat parti namun tiada sebarang bantahan malah mendapat sokongan 'tepuk meja'. Adakah bantahan di media ini kerana tidak tahan dengan mainan media perdana atau bantahan di atas kepentingan politik peribadi dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Menteri Besar seorang?

6. Isu ini sebenarnya isu kecil dan perlu dihentikan. Dewan sudah menerima kenaikan gaji tersebut termasuk diterima oleh pembangkang di Selangor. Keputusan betul atau tidak semua harus bertanggungjawab. Sekarang apa yang lebih penting, rakyat ingin melihat hasil mutu perkhidmatan yang diberi kepada rakyat selaras dengan kenaikan gaji tersebut. 

7. SAMM Selangor juga menggesa Kerajaan Selangor memperkenalkan pusat aduan khidmat wakil rakyat serta mewujudkan sistem penilaian (KPI) yang menyeluruh berkenaan prestasi wakil rakyat bagi memastikan kenaikan gaji tersebut berbaloi kepada rakyat di negeri Selangor.

Sekian

AZHAR ACHIL
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor

No comments:

Post a Comment