Friday, October 25, 2013

Kemenangan BN PRU13 Bebaskan Liong Sik Dari Skandal PKFZ

Kenyataan Umum
25 Oktober 2013

Kemenangan BN PRU13 Bebaskan Liong Sik Dari Skandal PKFZ

Pembebasan Tun Ling Liong Sik dari dakwaan menipu kerajaan Malaysia dalam skandal PKFZ merupakan satu lagi detik hitam buat rakyat Malaysia pasca PRU 13. Kehilangan berbilion wang rakyat dalam skandal PKFZ kini menjadi rompakkan yang halal apabila tiada lagi bekas menteri yang akan dipertanggungjawabkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menjangka keputusan ini, namun terus mempersoalkan jika Dr Ling jatuh dibebaskan, siapakah pula yang harus dipersalahkan di atas kehilangan wang negara? RM 12 bilion untuk sebuah infrastruktur pelabuhan adalah sangat tidak munahsabah.

Ternyata rakyat terus ditipu dan penjenayah berskala menteri terus selamat mendapat imuniti setelah kerajaan BN kekal kuasa melalui penipuan pilihanraya. Keputusan ini sengaja dilewatkan hingga selepas PRU13. Jika BN tumbang, sudah pasti tiada imuniti lagi buat perompak skala bilion. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya yang ditangguh selepas PRU13, pesalah bebas dari hukuman gantung dan kes ditutup rapat hingga tidak ada ruang untuk pencuri setengah bilion didakwa. Altantuya akhirnya didapati mencuri C4 dan mengebom dirinya sendiri di Puncak Alam.

SAMM turut melihat keputusan Dr Ling bebas yang diumum pagi tadi ketika di sebelah petangnya akan berlangsung pembentangan belanjawan 2014 adalah satu helah untuk menenggelamkan isu PKFZ. Pastinya laporan media akan menjurus kepada laporan belanjawan berbanding pembebasan Dr Ling. 

SAMM dengan ini mendesak mendesak supaya skandal PKFZ tidak terus didiamkan walaupun Dr Ling didapati tidak bersalah. Mana-mana bekas menteri yang telah menyebabkan negara hilang berbilion ringgit dalam skandal PKFZ harus diheret semula ke mahkamah. Jika Dr Ling didapati tidak menipu, maka siapakah yang menipu dan siapakah yang ditipu? 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. HAI YA LIONG SIK AAE.SUDAH CURI MANYAK LUWEI KASI SAYA SIKIT LOOO.USAH ITU MACAM LUWEI MANYAK TATAK BOLE MUNYA.MAU KONGKEK PUN SIKIT LUWEI CAJA MAH AIYA NANG PUDI NANG PUI KU TI PUI OLANG BOKAN OLANG ANTU PUN BOKAN ANTU WAA

    ReplyDelete