Tuesday, October 8, 2013

Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish

Kenyataan Umum

8 Oktober 2013

Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo yang dibeli oleh Nadem Nazri.

SAMM sebelum ini pernah mendedah dan mempersoal kelayakkan seorang anak menteri untuk memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta. Pengakuan Nora Danish sekaligus menguatkan lagi dakwaan persoalan tersebut.

Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munahsabah pendedahan SAMM minggu lalu.

Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz. 

"Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?"

SAMM juga sedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM dan Lambaga Hasil bersama dokumen-dokumen yang berada di tangan, dalam usaha mengheret 'jerung' ke muka pengadilan.

Ingatlah bahawa ketika ini sebilangan besar rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri, berhempas pulas menyimpan wang dan akhirnya tidak mampu juga membeli rumah di atas kenaikkan harga di pasaran hartanah. Ketika yang sama, seorang anak menteri hidup begitu mewah dan mampu membeli apa sahaja yang dimahunya, tanpa dipersoal dari mana datang hasil kewangan tersebut.

Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya?

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. malaysia boleh.......cuma orang lain aje tak boleh.....

    ReplyDelete