Kenyataan Terbuka
22 Ogos 2013
Jamboree Anak Muda Radikal | JAMRAD SAMM | 31 Ogos - 1 September 2013
Buat pertama kali dalam sejarah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menganjurkan pertemuan besar-besaran anak muda radikal dari seluruh tanahair dalam satu Jamboree Anak Muda Radikal (JAMRAD 2013), dengan kerjasama dari aktivis mahasiswa SMM dan beberapa front anak muda.
JAMRAD 2013 akan bermula pada 31 Ogos 2013 sempena hari 'pembebasan' negara dan berakhir 1 September 2013. Penyertaan adalah melalui jemputan yang kini sedang diperhebat dan ianya terbuka buat semua anak muda yang 'bersetuju memilih RADIKALISMA sebagai jalan perjuangan'. Lokasi JAMRAD 2013 juga telah dimaklum melalui jemputan.
JAMRAD 2013 juga membuka ruang dan platform terbaik untuk penyertaan baru anak muda dalam meneruskan rantaian perjuangan mereka yang terdahulu. Diskusi, perbincangan dua hala, bersukan dan aksi lasak adalah antara aktiviti yang bakal mewarnai JAMRAD 2013.
Kepada anak muda yang sudah berdaftar melalui portal SAMM dan sedia untuk menyertai jamboree, sila rujuk semula portal yang beralamat www.anakmudamalaysia.com untuk maklumat lanjut. Maklumat mengenai JAMRAD 2013 juga boleh diakses di laman Facebook rasmi SAMM.
Akhir sekali, SAMM mengalu-alukan penyertaan semua khususnya dari front anak muda yang bersama dan bersekutu dalam pelbagai aksi untuk menyelamatkan negara ini. JAMRAD 2013 adalah permulaan yang bakal melahirkan anak muda yang cukup kental untuk berhadapan sebuah regim 60 tahun.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Ada dakwaan mengatakan gaji CEO TH Real Estate yang diuruskan oleh Azeez Rahim naik dari RM30ribu kepada RM70 sedangkan syarikat TH Real Estate tu zero revenue !!! Apa Azeez Rahim buat ni ?? Macam ni ka Pengerusi Tabung Hajai , patut wang yang dibazirkan tu boleh disalurkan pada tempat lain yang lebih memerlukan . Tolak Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji. http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_22.html
ReplyDelete