Thursday, May 23, 2013

CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI

Kenyataan Terbuka
23 Mei 2013 (6.05pm)

CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI

Terdapat spekulasi yang mengatakan pengasas SAMM che'GuBard telah ditahan. Ternyata spekulasi ini tidak benar dan sehingga jam 6 petang ini, che'GuBard masih bebas dan sedia untuk bersama rakyat dalam himpunan #SuaraRakyat505 yang dijadualkan bermula dalam masa 48 jam dari sekarang.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua rakyat supaya tenang dan fokus bagi menjana persediaan terbaik untuk turun ke Himpunan #SuaraRakyat505.

Ayuh turun beramai-ramai, selamatkan negara ini dan nyahkan SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya. Jumpa semua di Padang Timur depan Amcorp Mall Petaling Jaya.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

1 comment:


  1. Biduk berlalu, kiambang bertaut.

    Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi ISLAM, MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTRA semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    ReplyDelete