Saturday, October 13, 2012

Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Oktober 2012

Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara

Merujuk kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.


Bagi SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan ia sebenarnya adalah tuntutan Islam. 

Tan Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu yang lucu.

Tweet Tan Keng Liang yang berbunyi "Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang dan baju yang berlengan", apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu mengenai aurat dalam Islam?

Inilah hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan. Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama. Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.

Oleh demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosialnya sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.

Lantas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis disusuli oleh SAMM Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang dan SAMM Wilayah. 

Laporan polis oleh SAMM Kedah di IPK Kota Star

Laporan Polis SAMM Kelantan bersama Pemuda PAS di IPD Kota Bharu. Turut bersama ialah Chegubard

Laporan polis SAMM N.Sembilan bersama PAS N.Sembilan dan Angkatan Muda NS di IPD Seremban 2. Bukan Islam juga turut bersama menolak prejudis terhadap agama lain.
SAMM Pulau Pinang di IPD Timur Laut

Laporan polis oleh SAMM Pahang di IPD Kuantan
Laporan polis SAMM Perlis di IPD Kangar
SAMM Selangor di IPD Sabak Bernam

Report polis SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu

Report Polis SAMM Wilayah di IPD Dang Wangi yang turut ditemani Edy Noor dan Anwar Asyraf
Hanya SAMM Melaka dan Johor akan membuat laporan polis pada 17 Oktober (esok) dan juga SAMM Langkawi akan turut menyusul membuat laporan polis terhadap Tan Keng Liang. 

Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan segera. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

Sebagaimana suatu ketika tidak lama dulu seluruh rakyat negara tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit mengutuk penerbitan filem yang menghina agama Islam, SAMM juga hari ini menuntut perkara yang sama disokong merentasi perbezaan agama dan bangsa.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM 



Berikut adalah kenyataan awal SAMM Kebangsaan;

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
15 Oktober 2012

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM, BUKTI POLITIK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL

Pagi ini kira-kira jam 11 pagi tadi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.

Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakkan pengiklan. Ini sememang modus operandi Bn ala ular kepala dua yang cukup hipokrit. Di sisi Melayu dan Islam mereka akan menggunakan Umno dan membayar ustaz - ustaz upahan untuk menyerang PR yang kononnya tidak Islamik tetapi dalam sisi lain mereka menggunakan Mca dan parti komponen bukan Melayu Islam agar menyerang PR yang terlalu Islamik dengan menggambarkan Islam itu hina dan ortodok. Mereka juga menyerang kononya PR pro Kristian dan anti Melayu. Ini jelas dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno sendiri ketika demo anti penghinaan terhadap Rasulullah apabila dia mendesak PAS tinggalkan PR kerana PR ramai orang cina. Ini taktik ular kepala dua yang mahukan rakyat bergaduh.

taktik ular kepala dua untuk menghantar masej berbeza berdasarkan kaum dan agama
bagi memecah belahkan rakyat demi keuntungan politik Bn


Mca bantah hudud, Umno cabar laksana hudud

Tok Guru upahan yang keluar dalil konon haram sokong DAP tetapi
akhirnya menerima habuan RM 2 juta 'sumbangan' kepada pondoknya

Umno berpura menentang PR kononya tidak Islamik termasuk dengan
cara maki hamun yang jelas bertentangan kehendak agama

Tetapi twitter Tan Keng Liang pagi ini betul - betul kurang ajar dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan model lelaki tidak berpakaian (seluar) pendek kerana untuk elak lelaki dalam PAS teransang dan lebih kurang ajar apabila dia mempertikaikan jika PAS menguasai putera jaya atlet akan menutup aurat.

Kepada Keng Liang mungkin Umno gagal memperkenalkan kamu mengenai Islam. Islam agama Ad Din bukan sekadar solat dan berzakat. Agama kepercayaan kami (Islam) yang menyusun hidup kami termasuk menutup aurat. Menutup aurat bukan arahan PAS tetapi tuntutan agama. Kamu sudah melampau dan menghina agama.

SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini. Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain. Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu. (klik sini untuk baca akaun twitter palsu dan klik sini pula untuk baca rampasan komputer rumah ketua AMK Rembau)

Rakyat perlu menilai taktik ular kepala dua Bn ini memecah belah masyarakat dan keharmonian negara. Kekuatan Bn ialah apabila rakyat bergaduh antara agama dan kaum.

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

No comments:

Post a Comment