Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan
Sahabat ROHINGYA kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik
Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan
Myanmar terlibat dengan tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput semua NGO, NGI, Aktivis masyarakat dan juga semua parti politik dalam negara ini untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya.
Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan;
Tarikh: 3
Ogos 2012
Masa: 2.00ptg (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Menara PERKESO Jalan Ampang
(Sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Pertanyaan : 012-2231239
Sila hadir
sebagai wakil NGO atau individu. Kami perlukan juga sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum.
Ayuh bergerak
sekarang!! setiap hari ada saudara kita yang mati disana.
PS: Boleh bersolat jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada transport, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500m).
Why subscribe to Malaysiakini when you can get it for free from FreeMalaysiakini?
ReplyDeletelayarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.