Friday, June 29, 2012

Modal Besar Buat @RafiziRamli di Pandan Bila Ketua Bahagian Umno Terbabit Pertuduhan Rasuah!!





Rafizi Ramli merupakan antara calon terawal yang diumum DS Anwar Ibrahim, mendapat saguhati yang sangat besar dengan berita penglibatan rasuah pimpinan utama Umno di Pandan.

Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, ketua Umno bahagian Pandan yang terpalit skandal rasuah memberi satu modal pilihanraya yang sangat besar buat Rafizi Ramli, yang selama ini gigih mendedahkan isu NFC. Barang harus diingat juga bahawa isu NFC yang hanya melibatkan RM250juta merupakan isu titik penolakan melayu terhadap Umno dalam aspek rasuah walaupun telah banyak isu rasuah bertaraf bilion didedahkan sebelumnya. 

Meletakkan kejahatan Umno hingga tergamak menyonglap duit untuk perniagaan lembu memberi kesan besar kepada orang melayu hingga melihat Umno itu umpama lembu Sharizat. Mungkin dengan timbulnya berita di bawah adalah hadiah terbaik buat kempen Rafizi di Parlimen Pandan untuk tapau sebanyak mungkin undi melayu yang tidak bertolaransi dengan rasuah, melainkan melayu Umno itu sudah sebati dengan rasuah dan melihat rasuah untuk melayu itu adalah halal di sisi perundangan ikutsukamakbapakdia...

Ucapan takziah dihambur buat Umno Pandan dan tempias berita rasuah Umno ini akan terkesan ke seluruh negara sebagaimana mereka tahu betapa Umno dan rasuah bagaikan isi dengan kuku - harus ditumbangkan PRU-13.


EDYES REDUAN

PS: Jangan lupa malam ini Merdeka Rakyat Kulim, jemput hadir atau tonton siaran langsung yang dibawakan oleh Team Propaganda SAMM di sini - http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat





No comments:

Post a Comment