Wednesday, April 18, 2012

Pelancaran #BERSIH3 Peringkat Nasional di KSS Kg Baru - COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3 !! (Gambar)

Salam Perjuangan,

Malam tadi, tanggal 17 April 2012 bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, COUNTDOWN 10 hari menuju BERSIH 3 berlangsung dengan meriah sekali. COUNTDOWN BERSIH dianjurkan sepenuhnya oleh kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dibantu oleh Solidariti Mahasiswa (SMM) bersama sokongan 37 kumpulan NGO anak muda dari segenap pelusuk tanahair.

COUNTDOWN BERSIH yang dianjur SAMM ini adalah kemuncak dari 10 venue siri Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3', merupakan venue yang ke-7 selepas di jelajah menjalar dari selatan ke utara semenanjung. Jelajah SAMM bermula seiring dengan pengumuman himpunan 'Duduk dan Bantah' BERSIH 3, SAMM mengambil tanggungjawab penuh melancarkan siri jelajah dan kemuncak jelajah ialah COUNTDOWN 10 hari sebelum BERSIH yang berlangsung malam tadi.

Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' bermula di negeri Umno paling kuat di dunia iaitu Johor pada 10 April 2012, seterusnya N.Sembilan 11 April, Kedah 12 April, P.Pinang 13 April, K.Lumpur dan Selangor 15 April, Melaka 16 April dan kemuncak peringkat nasional 10 hari sebelum BERSIH di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru 17 April. Venue selepas ini adalah termasuk di Perak 19 April, Perlis 21 April dan akhir sekali 26 April di Pahang.

Ceramah Perdana di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru yang juga diwartakan sebagai Pelancaran BERSIH menjadi sejarah apabila menampilkan 28 pemidato dalam satu malam dengan setiap pemidato diberikan masa sekitar 4-5 minit setiap seorang. Bermula tepat jam 9 malam, seorang demi seorang pimpinan termasuklah bekas orang kuat Umno berucap memberikan semangat.

Paling mencuri perhatian ialah kehadiran Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang bergelumang dengan Umno hampir 50 tahun dan beliau juga telah disarungkan baju BERSIH oleh hero demokrasi Haji Md Sabu. Selain itu, pentas juga menampilkan waris kepada arwah Baharudin yang shahid terkorban ketika himpunan BERSIH 2. Karnival pra-BERSIH malam tadi sangat meriah sekaligus merangsang setiap yang hadir berkobar untuk menguningkan ibu kota pada 28 April nanti.

Dari sudut kehadiran  pula, walaupun hujan lebat dan sedikit ribut petir melanda seluruh Lembah Kelang yang menyebabkan kesesakkan lalulintas yang melampau, dengan keadaan padang yang basah dan berlecah-lecak, hampir 10 ribu rakyat berjaya hadir dan duduk ke dalam padang dan ribuan lagi berada di luar padang. Ini semangat rakyat untuk memastikan negara ini mempunyai sistem pilihanraya yang bersih dan Adil.

Akhir sekali, pemimpin dan imam kita pada BERSIH 3 iaitu Pak Samad Said naik ke pentas diiringi semua pimpinan yang hadir bagi melaungkan ikrar BERSIH 3 dan ikrar tersebut diikuti oleh semua hadirin.

Berikut edyes sertakan rangkuman gambar sepanjang event berlangsung;

COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3 bermula dengan @chegubard memperkenal panel penceramah!! Malam ini Chegubard selaku eMCee
Brig. Jenaral (B) Hj Hadi menyeru tentera & bekas tentera mengajak semua anggota keselamatan bersama dengan #BERSIH3
Sdr Syed Shahir, Pengerusi BERSIH pertama turut berucap
YB Syed Azman naik ke pentas, beliau juga merupakan mangsa penipuan besar Umno menawan T'ganu pada 2004
Adam Adli di pentas COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3
Aru dari PSM bersama crowd! #BERSIH3
Dr @SitiMariah Mengiringi Aunty BERSIH naik ke pentas, quote terbaik malam ini - KUNING-KUNING!! NAJIB PENING!!
Sdr Clement yang mengetuai Anti-Lynas naik berucap di Pentas
Aktivis dan juga peguam yang terlibat mengembalikan slogan ABU Sdr Haris Ibrahim naik ke pentas!
Kadar hasutan @IshamRais a.k.a @TukarTiub berada di tahap tertingi di Kemuncak Jelajah SAMM COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3
Elizabeth Wong minta sejuta rakyat Malaysia berbilang kaum turun ke #BERSIH3
Anak kpd bekas TPM, Thamrin Ghaffar berjanji utk bersama himpunan #BERSIH demi pilihanraya adil. Thamrin antaranya mendakwa terdapat pemberian IC kpd warga asing demi mengekalkan kemenangan. "Oleh itu kamu adalah wira, yang tidak mahu negara terjual kepada orang-orang asing, berbanding pemimpin negara (ini)"
Waris kpd Arwah Baharudin yg syahid di ketika berhimpun pada BERSIH2 lalu, sebak menyampaikan ucapan...
TS Kadir Sheikh Fadzil secara terbuka mengakui Umno yg skarang x sama mcm 30 thn dulu, Umno skarang sgt KOTOR kata beliau!
Abg Mat bersama maskot Jom Ubah Nogori menyarungkan TS Kadir baju #BERSIH sebagai tanda simbolik ketegasan beliau sertai himpunan #BERSIH3
Sdr @AminIskandar mengkugir laguntema BERSIH versi ciptaan beliau 'Mentari KuningnMenyalalah' Siap dgn dendangan nyaring harmonikanya
Sebahagian drpd puluhan ribu rakyat hadir di kemuncak Jelajah SAMM 'Road To #BERSIH3' !! Semua sedia utk ke Dataran Merdeka 28April nnt
Sebahagian lagi drpd pulihan ribu crowd yg hadir di Pdg Kelab Sultan Sulaiman, COUNTDOWN BERSIH!!
Orang Besi Reformasi @TianChua mengimbau kembali sejarah demonstrasi tanahair, tiada satupun cermin kereta yg pecah ketika demo berlangsung
2100 pertambahan anggota polis yg bakal mengundi di Lembah Pantai, drpd hanya 100 pada asalnya - @N_Izzah
Hampir kemuncak Hj Mat Sabu naik ke pentas COUNTDOWN #BERSIH3, Pak Samad merangkap pengerusi #BERSIH selepas ini sebagai penggulung
Kemuncak COUNTDOWN BERSIH3, Jelajah SAMM 'Road To #BERSIH3' Pak Samad berucap sambil diiring ke pentas oleh semua pimpinan
PANORAMA 17 APRIL - COUNTDOWN BERSIH 3

EDYES @ edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

No comments:

Post a Comment