Sebuah sidang media bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 3 'Hanya di Dataran Merdeka' telah berlangsung di Pusat Khidmat masyarakat Taman Asean Melaka.
Dalam sidang media yang dipengerusikan oleh Penyelaras SAMM Melaka iaitu sdr Zuraidi Abdullah, dengan sokongan DPP PAS Melaka, AMK Melaka dan DAPSY Melaka telah bersetuju untuk hanya berhimpun di Dataran Merdeka pada tanggal 28 April 2012.
Berikut adalah klip video sidang media tersebut;
Ucapan tambahan.
Haji Yuhaizad Abdullah (Ketua DPP Melaka) menyatakan PAS melaka telah bersiap sedia ke Dataran Merdeka sekurang-kurangnya 5 ribu orang.
Ginie Lim (Exco AMK keadilan Pusat)
menambah berita tentang keperitan mahasiswa di dataran merdeka dan bersih 3.0 juga bermaksud menyokong perjuangan mahasiswa.
Dalam masjlis itu juga kita telah menghebahkan kepada reporter dan orang ramai bahawa kita telah melancarkan Risalah "BONGKAR".
Kehadiran : Zuraidi Abdullah (Penyelaras SAMM Melaka), YB Tew kok kiew (ketua DAPsy melaka), Haji Yuhaizat (ketua DPPas Melaka), Mazri Saleh (Setiausaha AMK Negeri melaka), Ginie Lim (Exco AMK Malaysia), halim Bachik (Ketua Cabang Masjid Tanah), Cikgu Yusof Wahab (Penerangan PAS Melaka), Komrad2 SAMM dan orang ramai.
No comments:
Post a Comment