"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," - Najib Razak
Apakah maksud kenyataan Najib ini? Siapakah yang berfikiran munahsabah? Siapakah pula yang tidak munahsabah? Apakah pula ukuran 'munahsabah' yang dimahukan oleh Najib?
Apakah seorang ahli parlimen yang dipilih oleh puluhan ribu rakyat itu tidak berfikiran munahsabah? Jika sekadar ahli parlimen belum cukup munahsabah, bagaimana pula jika seorang ketua pembangkang yang dipilih oleh lebih 80 ahli parlimen yang juga mewakili hampir separuh dari jumlah pengundi seluruh negara, itu tidak cukup munahsabah fikirannya?
Wahai Najib, berikan definasi orang yang berfikiran munahsabah mengikut acuan pemikiran seorang perdana menteri yang 'munahsabah'. Pilihlah salah seorang dari ratusan pimpinan Pakatan Rakyat, asalkan debat perdana yang panelnya terdiri dari seorang perdana menteri menjadi kenyataan.
Wahai Najib Razak seorang perdana menteri yang juga anak kepada bekas perdana menteri dan sepupu kepada seorang menteri yang juga anak kepada bekas perdana menteri, tolonglah pilih seorang daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang dirasakan berfikiran munahsabah mengikut perkiraan Najib.
Adalah begitu tidak munahsabah apabila memikirkan, tiada seorang pun susuk manusia dari Pakatan Rakyat yang berfikiran tidak munahsabah. Jika debat antara ketua kerajaan dan ketua pembangkang itu tidak munahsabah, kami redho asalkan Najib Razak memilih seorang dari kami untuk berdebat.
Kami redho juga walaupun jika Najib memilih Khalid Ibrahim sebagai lawan debat, asalkan jadi maka Khalid Ibrahim lah wakil Pakatan Rakyat. Kami juga redho jika Najib memilih YB Er Teck Hwa sebagai calon debat, asalkan jadi maka YB Er juga lah wakil kami.
Pilihlah siapa sahaja, dan berdebatlah! Supaya ada sedikit bangga di kalangan penyokong Barisan. Supaya kami tidak lagi terjerit-jerit melaungkan "Najib penakut", juga supaya tidak lagi kami berburuk sangka yang Najib itu takut bini, juga tidak penyokong Pakatan Rakyat mahupun penyokong Umno sendiri menegaskan sebulat suara - Betapa malangnya rakyat Malaysia kerna mempunyai seorang PM yang bacul dan penuh retorik semata-mata.
Tolonglah pilih dan debatlah seperti anak jantan! Pilihlah siapa sahaja, samada yang munahsabah mahupun munahsarawak, asalkan jadi!
Atau rakyat akan terus bersentimen - Asalkan Bukan Umno!!
EDYES SAMM
Published with Blogger-droid v2.0.4
bukan berdebat, berdailog je
ReplyDelete